Assalamu'alaikum.
Cabaran si tukang jahit kampung.
Orang tak tahu apa yang tukang jahit alami. Orang tak tahu cabaran yang bakal menanti. Orang tak tahu macam mana tukang jahit ni nak tahan hati dan kuatkan iman untuk bersabar.
Pola dah lama. Dah rabak dikerjakan dek kucing. Penuh dah kesan selotape. Terpaksa buat pola baharu. Alah, tekap aje la. Haha.
Salah satu daripada cabarannya adalah kain yang berlubang dan koyak. Jadi, pandai-pandai si tukang jahit la nak buat macam mana. Jika boleh elak, kita memang akan cuba untuk elak tapi jika tak boleh nak elak, maka terpaksalah ditampal. Tuan punya kain sudah tentu sedia maklum akan kualiti kain yang diberi. Mesti dia punya sebab tersendiri kenapa dia nak kain pelikat itu dijadikan seluar.
Punyalah gedabak dia punya cop. Atas bawah pulak tu ada cop. Mujur boleh elak.
^
Hello dunia..! Apa khabar anda di luar sana? Haha.
v
Lubang di sana sini. Kena tampal la jawabnya.
Orang hanya tahu, komplen dan minta harga upah yang murah, yang ada kalanya tidak masuk dek akal. Tak apa, selagi mampu, si tukang jahit kampung ni akur sahajalah.
p/s: Setiap kerja, ada cabarannya, kan? Tapi jangan dicabar kesabaran seseorang itu. Heh.
.