Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 24, 2017

Bertahun aku menanti, akhirnya...

Assalamu'alaikum.

Bertahun aku menanti, akhirnya...


Iya. Memang dah lama aku tanam pokok bunga amaryllis ni tapi sekalipun dia tak pernah keluarkan bunga dia. Rasanya dah lebih dari tujuh tahun. Dah macam-macam jenis baja aku taburkan tapi hasilnya tetap nan hado. Kedekut sungguh aihh...!


Ikutkan hati, memang nak buang je tapi apabila fikir balik semula, takpe la, biar je la dia kat situ. Lagipun aku beli anak pokok ni dengan jiran aku. Harga dia RM6. Masa tu pokoknya kecil je. Yang buatkan aku geram adalah pokok jiran aku tu dah berkali-kali keluar bunga tapi pokok aku ni sekalipun tak pernah berbunga. 


Baru-baru ni, dek kerana terlalu geram, aku siap ugut pokok ni. Aku kata; kali ni kalau kau tak nak berbunga jugak, aku buang terus! Lantak la. Takde dah nak fikir sayang ke, apa ke. Ha, sampai macam tu sekali tahap kegeraman aku. Hahaha.


Tup-tup, tak berapa hari lepas tu, aku tengok dah keluar dah sulur bunga dia. Ya Allah! Aku punya suka tu tak boleh nak digambarkan. Seronok sangat. Alhamdulillah. Ni semua atas izin dari Allah. Bukan sebab aku ugut nak buang dia. Hehe.


^
Gambar pada 18/8/2017
v



 Gambar pada 22/8/2017.


Gambar pada 23/8/2017.



Dan di bawah ini pula merupakan gambar yang aku baru ambil tadi. Kiranya gambar pada 24/8/2017 la. Heh. Sekuntum bunga ni dah berkembang dah. Cantiknya warna dia. Alhamdulillah. Seronoknya hatiku ini. Ecehh... 








Dan setelah tujuh tahun lebih amaryllis ni tak pernah berbunga langsung, kini dia berbunga lagi untuk kali yang kedua dalam jangka masa dua minggu dari bunga yang kali pertama. Alhamdulillah.





p/s: Dia punya seronok tu lain macam! Alhamdulillah. Hehe.

Cara mudah nak alihkan barang berat.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah nak alihkan barang berat.


Aku tak tau nak letak apa untuk tajuk entri aku kali ni. Makanya, aku letak aje tajuk macam kat atas tu. Jika tajuk tu tak kena dengan isi dalam entri, aku minta maaf la ya. Heh.


Cara aku ni mudah je. Aku hanya gunakan penutup mister potato ni. Hah! Tak percaya? Percayalah. Haha.




Kisahnya begini. Malam tadi, aku nak ubah susun atur barang kat dalam bilik jahit aku ni. Aku nak alih la kedudukan mesin jahit tepi aku ni. Masalahnya, mesin ni berat ya amat. Memang boleh tarik sebab tapak kaki tu ada macam getah yang melekat tapi susah nak bergerak sebab berat. Jenuh weii nak tarik. Nak angkat berduapun berat. Nak tolak memang tak boleh sebab dia tak akan bergerak. Masa dok terhegeh-hegeh tarik mesin ni la aku terpandangkan bekas kosong mister potato ni. Terus aku dapat idea untuk letakkan penutup tu di bawah tapak kaki mesin jahit tepi aku ni.




Aku letakkan empat penutup mister potato tu pada empat kaki mesin jahit aku ni. Lepas tu, terus je aku tolak dan dengan mudahnya, mesin itupun bergerak. Tak payah ajak orang untuk tolong. Yang penting, permukaan lantai kena licin dan rata. Kalau permukaan lantai tak sekata, memang payah la nak buat kerja menolak dan menarik tu sebab nanti dia sangkut-sangkut.




Gambar bawah ni pulak aku letakkan penutup plastik yang ada kat tin susu pekat manis. Penutup ni dah lama aku simpan. Sekarang ni aku mana ada beli dah susu pekat manis ni. Dah tak minum dah.




Senang dah nak ubah-ubah kedudukan kerusi besi ni. Takde la bunyi bising kesan tarik kerusi besi tu. Lantaipun takde la rosak dan ada kesan karat.




p/s: Tengok pada jenis barang jugak la nak letak lapik penutup plastik macam ni. Tapi tak salah nak cuba untuk barang lain pulak, kan?

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)