Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 7, 2013

Bila dah penat...

Assalamualaikum...

Bila dah penat...

Terkadang, bila kita dah penat, kita jadi malas nak ambil kisah akan semua perkara..
Bila ada orang bertanya, kita just diam je, buat tak dengar..
Lagi-lagi bila selalu ditanya soalan lazim, soalan sama sepanjang masa..
Bila ada yang membebel, kita ignore je semua tu padahal kalau nak ikutkan hati, eeeeeiiiii... geram teramat geram...

Tapi tu la, bila dah kepenatan, semuanya jadi lantak la haiihhh...
Biarkan aje si luncai terjun dengan labu-labunya...
Nak bebel ke, nak memekak ke, buat pekak badak je...
Just let it be...
Let it be...

Dan tak berapa lama lepas tu, keluar la bunyi krohhh... krohhh... krohhhh...
Penat je membebel, orang tu dah tidur dah pun...
Siap berkeruh lagi tu...
Kehkehkeh....




Lagi banyak diam, lagi banyak kena asak dengan pelbagai soalan yang merangkumi rangkaian pertanyaan: Kenapa ni..? Apsal..? Sakit ke..? Tak sihat ke..? Marah ke..? Bosan ehh..? Bertambah-tambah penat jadinya... Kesian la kat otak yang nak kena fikir untuk beri jawapan.. Kesian la kat badan yang berhempas-pulas bekerja seharian..

Kalau dah terlampau malas nak jawab, bagi je nota macam kat atas ni... Pastu kat bawah sekali, tulis la camni; 

I'm really tired to answered all of the stupid questions and I need a rest... 


p/s: Ada faham...? Konpem tak akan faham punya.. Lagi panjang berjela dia punya skrip ada laa.. Kesian kat telinga yang mendengar.. hahaha...

Skodeng PTS lak... ehehh....

Assalamualaikum...

Skodeng PTS lak... ehehh....

Kaki Novel sudah,
Karya Seni sudah,
Karangkrafpun sudah,
Beli sendiripun sudah...

Sekarang ni aku nak cuba beli novel keluaran syarikat PTS lak...
Banyak jenis buku yang ada kat sini...
Boleh pilih mana yang berkenan di hati...
Ada juga diskaun untuk yang mendaftar sebagai ahli...
Dan penghantaran pos juga percuma dengan syarat pembelian bermula dari RM25 untuk Semenanjung dan pembelian bermula dari RM100 untuk Sabah dan Sarawak (jika tak silap la..)


Kadang-kadang kena jugak ubah selera dengan jenama lain.. Kalau asyik jenama yang sama je, sudah pasti isinya jugak tidak jauh beza. Sangat klise dan ada kalanya mempunyai bait-bait ayat yang sama seolah-olah di-copy and paste je... :)


p/s: Beruntungnya orang zaman sekarang ni.. Macam-macam dapat dari gomen... Nak beli enpon pun gomen bagi RM200... Itupun ada lagi yang tak puas hati.. Tak bersyukur langsung.. Bagi betis nak peha... Elok bagi pelangkung je orang jenis macam ni.. ehehh..

Tanda amaran.. :D

Assalamualaikum...

Tanda amaran.. :D

Khas untuk mereka yang tangan panjang atau yang tidak pandai nak meminta izin kepada tuan punya barang, atau orang yang meminjam tetapi tidak tahu untuk menjaga barang yang dipinjam itu dengan sebaiknya tanpa mengira siapa orang itu.. Mungkin orang itu terdiri daripada kaum keluarga kita sendiri, kawan-kawan kita, jiran tetangga kita dan sebagainya.. 

Entry ini adalah secara umum dan bukannya ditujukan kepada sesiapa... Tetapi andainya ada yang terasa, aku minta maaf banyak-banyak.. Pada pendapat aku, eloklah difikirkan apa tindakan yang wajar diambil jika  kita bersikap buruk macam tu... 

Actually, aku bukanlah jenis yang kedekut.. Cuma aku tak berkenan nak tengok orang yang ambil dan baca koleksi novel aku ni, buat sesuka hati dia je kat novel tu.. Langsung tak pandai nak jaga.. 




Kalau dia rasa nak campak, dia main campak je.. 
Kalau dia rasa nak letak merata-rata, dia main letak je ikut sempat dia..
Kalau dia rasa nak lipat kat satu-satu mukasurat tu, dia main lipat je..
Takde inisiatif langsung nak ambil benda lain macam pensil or pen or anything untuk dijadikan penanda sementara...

Kepantangan aku betul bila orang buat barang aku macam tu...

How about you, my dearest readers..?
Adakah sama macam aku atau korang jenis tak kisah...?
Kalau kata tak kisah, jangan pulak dok soksek, dok potpet kat belakang...
Kalau dah namanya tak kisah, korang kena diam dan redha je bila orang perlakukan barang korang sesuka hati mereka je.. 
Boleh buat macam tu..??
Tabik spring laaaa kat korang kalau boleh tahan sabar.. ehehh...


p/s: How can I respect your things if you can't do the same for my stuff...? Try to read it here... 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)