Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 25, 2011

Marhaban + Cukur Jambul..

Assalamualaikum...

Marhaban + Cukur Jambul..

Sabtu lepas aku menghadirkan diri ke majlis marhaban + cukur jambul kat rumah jiran aku ni. Seawal pagi lagi dah bangun dah. Konon-kononnya teruja sangat la nak pergi kenduri tu. Namun disebabkan cuaca pagi tu teramatlah sejuk, boleh pulak aku menyorok balik semula bawah selimut... haha.. Mujurlah tak lama lepas tu aku terbatuk-batuk dan menyebabkan aku tersedar..

Lepas tu mulalah terkejut macam ayam kena sergah.. Cepat-cepat bangun dan terus call jiran sebelah rumah tanya dia nak pergi pukul berapa. Nasib baik la diapun tak pergi lagi. Aku ni lain sikit perangainya. Kalau takde kawan, aku susah sikit nak pergi. Segan je rasa bila orang tengok aku jalan sorang-sorang. Baru la bersilang-silang kaki aku melangkah.. Maklum la, aku ni pemalu sikit... kehkehkeh..


Ni merupakan kali pertama aku menghadirkan diri untuk majlis cukur jambul ni. Kebiasaannya aku pergi majlis bacaan Yassin dan tahlil je. Merasalah jugak potong rambut baby tu. Aku bukannya tau apa yang kena buat dulu. Terus je aku ambil gunting dan potong sikit rambut dia. Mujurlah rambut dia dah panjang, so, senang sikit aku nak memotong. Itupun macam ketar-ketar je jari aku pegang gunting tu.. huhuhu.. Pastu, aku tepek apa tah kat dahi baby tu. Tang ni, ayah baby tu yang tunjukkan kat aku... *Malu weiii... huhuhu...

Gegurl ni sangat comel.. Muka macam anak orang Pakistan...

This is the baby. Yang kat dahi tu la yang kitorang renjis/ tepek.. hehe..

Lepas je selesai majlis cukur jambul ni, ada pulak nyanyian dia. Makin seronok la baby tu tidur. Dah la buaian tu betul-betul bawah kipas angin. Ehh, yang dok melangut duduk kat tepi dinding ni pun rasa macam nak tidur sama bila dengar lagu dodoi tu... **Aku la tu.. hahaha.. 

Usai je acara untuk kaum perempuan/wanita/ibu ni, kaum lelaki pulak ambil giliran untuk bacaan tahlil manakala kitorang pergi makan... Yeaaa... hehe... Lauk-pauk sedap sangat. Siap ada gulai rusa + pisang muda... Pergghh...!! Tapi aku tak makanpun lauk ni sebab dah banyak sangat pilihan. Antara lauk-pauknya ialah jelawat masak tempoyak, sambal udang, rendang kambing, ayam goreng berempah, ikan masin goreng dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.. 


Kalau ikut perancangan tuanrumah, lepas tu ada pulak majlis sambutan hari jadi untuk anak buah dia sekali. Namun, majlis tu dibatalkan atas sebab adik tuan rumah tercedera semasa nak masak lauk-pauk tu. Khabarnya, pisau terpelanting dan terkena betis adik dia tu. Terus bawa pergi klinik dan kena lima jahitan kat betis tu. Mujurlah klinik dekat je dengan rumah dia. Bak kata pepatah, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...

p/s: Esok, Selasa dan Sabtu ada lagi jemputan baca Yassin.. Aku tengah berkira-kira samada nak pergi ataupun tidak.. Kalau pagi, mungkin pergi la kot.. Tapi kalau petang tu, adehhh... faham-faham aje la kan... huhuhu...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)