Assalamualaikum.....
LUKANYA SUDAH SEMBUH....NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod 1:
Pagi Jumaat yang indah...! Seorang gadis cilik berusia 9 tahun yang tubuhnya agak tembam sedang bersiap2 untuk ke sekolah. Sementara menunggu si ibu menyiapkan sarapan pagi, si gadis cilik ini duduk di tangga sambil menyarung stokin di kaki. Manakala si abang pula telah siap menanti si adik di luar rumah sambil sesekali menjerit supaya cepat sedikit. Namun si adik masih terus setia menanti pisang goreng panas yang bakal dihidangkan oleh si ibu...
Si cilik terus menanti dan menanti dengan penuh kesabaran. Sesekali terdengar suara 'manjanya' bertanyakan si ibu.. "Mak nak goreng apa tu...". Dan si ibu dengan lembut akan menjawab.... "Nak goreng pisang ni haa...". Dan jawapan ringkas si ibu membuatkan si gadis cilik itu tersenyum gembira...
Si cilik manis terus memerhatikan ibunya membuat kerja. Mula2 ibu menuang minyak kelapa ke dalam kuali. Angin pagi yang nyaman bertiup dengan ramahnya menerusi tingkap yang terbuka luas di depan tungku dan seterusnya keluar menerusi tingkap yang berada di sebelah tangga tempat si anak memakai stokin. Kemudian si anak melihat si ibu menuang sekali lagi minyak ke dalam kuali sambil berkata2 di dalam hatinya sendiri... "tadi kan dah tuang... Apsal nak tuang lagi...?".
Belum sempat si anak bertanyakan soalan itu kepada si ibu, tiba2 dia terbau sesuatu yang hangit dan dalam masa yang sama dia dapat merasakan bahawa kepalanya panas seketika. Si anak jadi kaget seketika dan terus meraba2 kepalanya. Manakala si ibu terus sahaja berlari mendapatkan si anak dan memasukkan kepala si anak ke dalam kain batik yang sedang dipakainya. Sambil menangis kesal, si ibu terus menggosok2 kepala si anak untuk memadamkan api yang sedang rakus membakar rambut si anak..!!!
Setelah pasti tiada lagi api yang merebak, si ibu teringat pula pada kuali yang masih ada sisa bola2 api di dalamnya. Segera si ibu mengangkat kuali tersebut dengan jarinya tanpa menggunakan pelapik, dan terus mencampakkan kuali tersebut ke luar dapur. Akibatnya, ibu jari si ibu melepuh sedikit. Tak apalah.... kerana yang penting sekarang ialah si anak yang sudah terbakar rambut dan melecur kedua lengannya..!!!
Si abang yang sedang menanti di luar terus meluru masuk ke dapur dan bertanya kenapa..? Tatkala melihat keadaan si adik comelnya itu, terus si abang menangis. Si adik pula rilek je... ishh... ishhh... ishhhhh... Terus si ibu menyuruh si abang pergi ke sekolah sendirian dan ibu membawa si adik berjalan kaki hampir 3 kilometer menuju klinik desa yang berhampiran. Untuk ke klinik tersebut, terpaksa melintasi kelas si anak tadi kerana klinik terletak bersebelahan dengan kawasan sekolah. Dan kedua beranak ini terus di bawa ke hospital daerah yang berhampiran dengan menaiki ambulan...
Sesampai sahaja ke hospital tersebut....
Ehhh.... panjang la pulak cerita ni. Sambung lain kali je la ehh... Itupun kalau ada permintaan la kann... Kalau takde yang minta sambung tu, aku ucapkan terima kasihhhhhhhhhhhh....... ( sila sebut seperti Datok David Arumugam yaa.... hikhikhik...).
p/s: Hidup ini umpama roda. Ada kalanya kita berada di atas dan ada ketikanya kita terus jatuh bedebappp ke bawah... Apa yang pasti lagi nyata adalah kita semua tetap akan kekal di bawah SANA....