Assalamu'alaikum...
The version of my tomyam.... ahahh...
Semalam the version of my ayam masak merah.. Hari ni the version of my tomyam la pula.. ahahh...
My tomyam ni sangatlah sempoi.. *macam tuannya jugak.. ahakk.. Sebabnya, just gunakan aje apa yang ada dalam peti sejuk.. Sebelum ianya mengecut atau membusuk, apa kata kita lempar ke dalam periuk dan jadikan satu menu yang cukup ringkas.. Tak perlu nak berperang meletup-letup untuk menumis.. Tak payah susah-susah sinsing lengan baju dok perah kelapa.. Guna air pun boleh.. hehehe..
Resepi tomyam aku ni ringkas je.. Ni resepi sendirian berhad ni.. Takde nak jumpa kat mana-mana melainkan kat sini je.. keh keh keh..
Bahannya adalah: Satu mangkuk ayam, 6 biji tomato, 2 batang carrot, 4 ulas bawang putih, 8 ulas bawang merah (kes takde bawang besar.. haha..), 3 helai daun limau purut, sebiji cili merah, sebiji limau nipis, secubit rosemary whole, satu kiub pati ikan bilis, sedikit garam, perencah tomyam dan air secukupnya..
Masakkan air + perencah tomyam + bawang putih + bawang merah + daun limau purut hingga sedikit mendidih.. Lepas tu masukkan ayam + rosemary whole.. Kacau-kacau.. Bila ayam dah mula nampak macam dah lembut, masukkan carrot.. Bila carrot dah sedikit empuk, masukkan tomato.. Kacau-kacau sekejap dan tutup api.. Akhir sekali masukkan garam.. Kacau sedikit supaya garam larut dan rasa..
Kalau dulu, asal nak memasak je, mesti nak semua bahan dan peralatan serba lengkap dan ikut resepi betul-betul.. Kalau takde, memang takde harapan jugak la nak cuba resepi tu.. Teruk sungguh perangai.. ahahh...
Tapi sekarang ni takde dah macam tu.. Asal ada watak utama, tambah satu dua watak sampingan, itu dah cukup memadai dah.. Pandai-pandai pengarah la nak variasikan watak yang ada.. ehhh... haha...
p/s: Batang kayu tu pun kalau dipotong sebaik mungkin, dihias cantik-cantik sapu krim coklat ke, apa ke, lepas tu diletak dalam pinggan, orang telan airliur jugak menengoknya.. errrrrrr... ahahh...