Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 18, 2012

Jodoh kita tak panjang... sobbsss....

Assalamualaikum...

Jodoh kita tak panjang... sobbsss....

Nasi lemak buah bidara..
Sayang selasih hamba lurutkan..
Tinggal emak tinggal saudara..
Kerana kasih hamba turutkan...

Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak ingin berpisah.. Kita dah lama menjadi teman rapat.. Kau setia dengan aku dan aku juga setia dengan kau.. Walaupun kadang-kadang kau meragam dan buat hal, namun aku masih tetap melayan kau kerana kau begitu berharga buat diriku ini... Dan bilamana aku pula yang meragam, membebel-bebel di depan kau, tapi kau tetap begitu, memandang aku tanpa kata.. Begitu sabarnya kau melayan karenah aku yang entah apa-apa ni... huhuhu...

Tapi kini, segala-galanya telah berakhir.. Berat hati aku untuk melepaskan kau pergi.. Namun apakan daya, aku tidak punya kuasa untuk terus-menerus membela dirimu.. Kau tidak lagi boleh melayan kehendak aku.. Kau sudah sakit.. Sakit yang tidak boleh diubati lagi.. Kalau nak ubatpun, macam tak berbaloi je.. Lebih mudah untuk aku mencari pengganti... *pitam sat naaa.... 

Bukan aku yang membuang kau... Bukan...!! Percayalah bahawa aku memang tidak sanggup untuk membuang kau begitu sahaja setelah bertahun-tahun kau menjadi teman paling akrab dalam hidupku ini. Aku letakkan kau disudut pintu tapi tiba-tiba bonda dan kekandaku meletakkan kau di luar pagar.. *ehhh, apa lak ni... 

Sebelum itu, izinkan aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala budi baikmu selama ini.. Terima kasih kerana kaulah satu-satunya yang memahami hati aku yang kadang-kadang keras macam batu dan kadang-kadang lembik macam obor-obor ni... *obor-obor lembik ke ehh...

Dan pagi tadi, kau di bawa pergi.. Aku tak sedarpun masa bila mereka membawa kau pergi.. Tup-tup tengok dah takde je.. Tak sempat untuk aku melambai-lambaikan tangan tanda perpisahan.. Apa lagi nak say babaiii... Sedihnya la haiiihhh... *sreeetttttttt.......

Selamat jalan sayang... Moga kau bahagia berada di tempat baru... *loya lak haiihhh... hihihi...


Ada sebab kenapa letak gambar katun tu.. Sebenarnya nak cover tukang amek gambar.. Tak perasan la pulak termasuk dalam tv tu sekali.. wakakakakka...


p/s: Sayang tu memang la sayang.. Tapi nak buat macam mana, dah tak boleh nak repair dah.. Benda dah lama, repair macam manapun akan rosak jugak nanti, kan... Kalau ada muzium khas, boleh jugak pos kat sana.. :D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)