Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, May 28, 2014

Carik dan cari....

Assalamualaikum...

Carik dan cari....


Carik-carik bulu ayam...
Lama-lama bercantum jua...


Ni kalau tanya maksud dia kat budak-budak sekarang, rasanya dorang tak tau apa-apa kot.. Silap haribulan, dorang tanya kita balik; carik-carik tu apa..? Ataupun; carik tu cari ke..?


p/s: Jawapan ada kat sini.. Cari je la.. 

Tuesday, May 27, 2014

Main tabur je..

Assalamu'alaikum...

Main tabur je..


Ini adalah sayur sawi yang mak aku tanam.. Bukan tanam sebenarnya tapi lebih kepada main tabur je benih sawi tu.. Siapa sangka main tabur macam ni pun sawi tu boleh hidup dengan baik.. 




Aku semai sawi siap beli tanah khas lagi.. Lepas tu semai pulak dalam tray khas.. Namun hasilnya nan hadooo... Memang sakit hati dibuatnya.. hehh... Tray semaian tu pun mak aku dah terbalikkan, keluarkan tanah yang ada kat dalam tu dan simpan tray tu.. Mujurlah aku cuma beli satu je tray semaian tu.. Buatnya aku beli banyak, maka banyak la bebelan yang masuk kat telinga aku.. kehkehkeh..


Tanah hitam ni abang aku yang tambak.. Ni la kebun sayur kecil mak aku..


Lepas ni, aku pulak nak ikut tabur biji benih sawi yang aku beli dulu.. Nak tengok samada boleh hidup ataupun tidak.. Jika tak nak hidup jugak, memang nak kena titik agaknya tangan ni.. hahahaha...




p/s: Buat baik pada tanahpun dapat ganjarannya.. Apatah lagi jika berbuat baik sesama insan.. Lagilah besar ganjaran yang menanti asalkan seiring dengan nawaitu yang betul.. 

Sunday, May 25, 2014

Murah dan masih cantik..

Assalamualaikum...

Murah dan masih cantik..


Saya nak lepaskan semua novel dalam simpanan saya ni.. SEMUA HARGA SUDAH TERMASUK HARGA POS LAJU RM6 (Semenanjung sahaja).. Terbuka untuk PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA.. PM saya jika berminat nak bertanya atau membeli.. Terima kasih...



Dalam kurungan adalah harga asal novel..


1 - Hanya Kau Yang Tahu - RM14 (RM19.90)
2- Seindah Takdir Cinta - RM21 (RM27.90)
3- Demimu Nazwa - Buku baru - RM20 (RM25.90)
4- Hati ke Hati - RM15 (RM21)
5- Mr. Pai Epal - RM21 (RM28)
6- Usah Menangis Sayang - RM15 (RM21)
7- Pengantin Ekspres - RM14 (RM19.90)
8- Cinta Kalut - RM19 (RM25)
9- Asmara Seribu Cinta - RM13 (RM19)
10- Gelak Tergolek - RM12 (RM18)
11- Cinta Awek dan Pakwe - RM20 (RM25)
12- Cinta Si Kucing Parsi - RM14 (RM19.90)
13- Benci Bilang Cinta - RM15 (RM21.90)


p/s: Boleh PM saya kat sini atau kat sini... Tak diwajibkan untuk Like page saya tu ataupun jadi Friends saya.. Kondisi novel 10/10 sebab ni novel pending... Cuma sebuah dua je yang saya dah baca habis..

Saturday, May 24, 2014

Pendapat..

Assalamualaikum...

Pendapat..


Masing-masing punya pendapat tersendiri..


Tak perlu marah andainya pendapat tidak dihargai..
Tak perlu sedih jika pendapat dipandang sepi..
Tak perlu bongkak melangit bila pendapat disanjung tinggi..




Tak perlu nak bagitau satu dunia andainya pendapat itu mendapat berjuta Like.. ahahh...


p/s: Perlu risau dan berhati-hati bila pendapatan sedikit demi sedikit mula mengundurkan diri.. hehh..

Friday, May 23, 2014

Isu..

Assalamualaikum...

Isu..


Kita ni, jika boleh semua benda nak dijadikan isu.. Dari sekecil-kecil isu, ditokok-tambah menjadi semakin besar sedangkan isu tu kita sendiri tak pasti akan kesahihan dan kebenarannya..  Yang kita tau, kita seronok memainkan isu tersebut.. 


Isu yang sepatutnya kita besarkan, kita diamkan..
Isu yang sepatutnya kita tak perlu nak ambil tahu, kita kecohkan..


Dari isu air kena catu, isu kemarau, isu kehilangan kapalterbang, isu bergaduh main bola, isu kemalangan bas, isu hudud, isu artis kahwin cerai dan macam-macam lagi, semuanya kita jadikan bahan politik atau bahan lawak..  Dan sekarang ni keluar pulak isu tentang si pasangan panda dari China tu..



Entahlah, ada waktunya, aku jadi malas nak cakap banyak.. Kang tersalah cakap, jadi isu pulak, kan.. Tak pasal-pasal keluar pulak asap dari semua lubang... hehh... 


p/s: Panda is much better than Pandir.. Smiley Vault Home - Welcome to Smiley Vault where you can share your favourite smileys with your friends! You can create albums for personal use or for public use, all you have to do is create your own album, give it a name, then add the smileys you want to add to your album, simple as can be! Panda is cute..  while Pandir is..  ishh... ishhh.. ishhh...


Nota: Dah lama tak bermain dengan emoticon gif macam ni.. ahahh...

Thursday, May 22, 2014

My homemade lontong...

Assalamualaikum...

My homemade lontong...


Al kisahnya, pagi tadi aku teringin nak makan lontong.. Tengok dalam kabinet, masih ada lagi nasi himpit segera ni.. Masih lagi wangi bau beras dia.. Maklum la, nasi himpit brand Nona la pulak, kan.. Ehh, ter-promot brand Nona la pulak.. hehh...


So, pagi-pagi buta lagi aku dah mulakan proses merebus nasi himpit ni.. Sekali satu bungkus tu aku rebus.. Ada dalam 30 ketul.. Tapi jangan bimbang sebab saiz ketul dia kecil je.. Masa ni aku tak konpem lagi samada nak buat soto atau lontong tapi aku lebih berat kepada lontong sebab dah lama tak makan..




Pagi tadi jugak ada pekan sehari kat sini.. So, mak aku belikan sarapan soto sebab aku dah mintak belikan soto tu.. Maka, nasi himpit aku ni aku biarkan je dulu.. Aku plan petang nanti baru buat kuah lontong tu memandangkan lauk untuk tengaharipun dah ada.. Buat apa nak masak banyak-banyak jenis dalam satu masa, kan..? 


Sedang mendidihkan diri.. heehe..


Makanya, baru sekejap tadi aku siap masak kuah lontong ni.. Dia punya bahan semua dah aku siapkan dari awal lagi.. Tinggal nak mesin kelapa je.. Lepas je abang aku mesin kelapa tu, akupun mulakan sessi memasak kuah lontong tu..




Bahan yang aku masukkan dalam kuah lontong ni simple je.. Semuanya jenis sayur.. Jadi, siapa yang tak suka makan sayur tu, silalah makan benda lain ya.. haha.. Tapi kat rumah ni aku dengan mak dan abang aku memang jenis makan sayur punya orang.. 


Ni resepi kuah lontong versi aku yang tak berapa nak rajin ni.. ahahh...

Bahan:

1 biji kelapa - parut - perah - ambil santan 
2 biji carrot - ikut suka nak potong macam mana*
2 biji kentang - *
1/4 biji kobis - jika saiz besar - *
5 biji cili merah - dihiris
1 biji cili benggala - dihiris kasar
2 labu bawang besar saiz sederhana - dihiris membulat
1 genggam ikan bilis
5 biji tauhu kering - potong dua - (apa entah nama tauhu tu.. hahaha...)
Garam
Serbuk perisa - jika suka
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk kunyit


Cara:

1) Masukkan ikan bilis, lada merah, cili benggala, bawang besar ke dalam periuk.. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit. Masakkan kuah lontong atas dapur dengan api yang sederhana.. Sesekali kacau kuah untuk mengelakkan kuah tu pecah minyak..

2) Bila kuah dah mula mendidih, masukkan kentang.. Biarkan mendidih lagi.. Lepas tu masukkan pula carrot.. Kacau kuah biar sekata..

3) Masukkan pula garam, serbuk perisa dan serbuk lada hitam dan rasa.. Biarkan kentang sedikit empuk.. Lepas tu masukkan pula tauhu kering tadi..

4) Akhir sekali barulah dimasukkan hirisan kobis tadi.. Biarkan kobis layu, kentang dan carrot empuk dan kacau sebati.. Lepas dah mendidih tu, barulah tutup api dapur..

5) Dah siap.. Dan boleh la makan... hehe...


p/s: Malam ni tak payah masak dah.. Makan je lontong ni sampai habis.. kehkehkeh... 

Jangan kacau, boleh tak..

Assalamualaikum...

Jangan kacau, boleh tak.. 


Bila tengah tidur, memang kita marah kalau kena kacau, kan..? Lagi-lagi bila badan dah penat, otak pulak berselirat dok fikir macam-macam.. Tambah lagi dengan perut yang lapar.. Silap-silap haribulan mengaum macam singa tak makan setahun.. hehehe..


Tiga beradik berkongsi satu tilam... *padahal bantal busuk je.. hahaha..


Kan bagus macam ni.. Sejuk mata memandang.. 


Ibu tidur atas lantai je la ya.. Tilam kitorang kecik je.. *amboiihhhh... haha..


Eh dia tengok kita.. Eh dia jeling mata... Ampun bu... hikk...


Sebelum tidur kena baca doa dulu.. hehe..


Ehh, sempat lagi bergossip tu.. huahuahua...


Kemek la yang kat bawah tu.. kehkehkeh...


Alamak, dia dah bangun la.. Tanjat boboi tauuuu... ahahh...


Hai.. Nama saya Combi.. Comel tak..? Macam comel je, kan.. kan.. kan... hihihi...


p/s: Cari mood ceria dulu.. Baru la senang hati nak buat kerja tanpa tekanan.. hehh..

Wednesday, May 21, 2014

Novel untuk di-letgo...

Assalamualaikum...

Novel untuk di-letgo...


Sebenarnya, dah lama aku nak letgo atau jual balik novel-novel ni tapi asyiklah tertangguh je.. Entah apa yang disibukkan, akupun tak tau la.. hehe.. Yang pasti, masa tu aku sangatlah malas nak buat urusan di pejabat pos..


Dan sekarang ni, memandangkan aku dah mula jual book cover yang aku jahit sendiri (boleh tengok kat 1, kat 2, kat 3,  dan kat 4, barulah aku rajin sikit nak tulis borang pos laju tu.. Tapi selalunya abang aku yang tolong pergi pos.. Terima kasih la kat dia.. hehe..






Ni gambar dah rotate.. Ada satu barisan lagi kat belakang tu yang nak di-letgo.. Tapi malas pulak nak ambil gambar sebab malas nak keluarkan barisan yang depan tu.. haha..


Ni aku baru je lepas asing-asingkan novel yang nak di-letgo.. Boleh la pilih mana yang berkenan ya.. Yang pasti, novel-novel aku ni kebanyakkannya masih lagi seperti baru.. Maklum la, tangan aku je yang pegang novel ni..


Ada novel yang aku tak baca langsung.. Ada yang aku baca tapi tak habis.. Main lompat kijang je.. Ada jugak novel yang takde plastik sebab kadang-kadang masa beli online tu memang dah sedia takde plastik.. So, nanti jangan pulak kata novel tu novel second pulak ya.. Ada yang aku beli kat kedai dan ada juga yang dibeli secara online..


Kita sibuk mengemas, dorang sibuk jugak main nyorok-nyorok.. hehh...


Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang nak di-letgo.. Tapi disebabkan aku dah tulis nama aku kat dalam buku tu, maka terpaksalah simpan jugak.. hehh..


p/s: Harga boleh runding.. Apa-apa hal berkaitan, boleh PM aku kat page fesbuk aku tu ya.. Ataupun boleh komen kat bawah gambar berkaitan.. Kot la sekadar nak tanya-tanya je.. Terima kasih.. :)

Tuesday, May 20, 2014

Cergas :: Cantik :: Cerdas...

Assalamualaikum...

Cergas :: Cantik :: Cerdas...


Siapa yang berminat untuk mencuba produk ni, boleh la tanya dulu kat sini.. Jangan tanya aku sebab aku tau minum je.. hehe..






p/s: Aku tolong promot je.. Tak salah, kan...? 

Monday, May 19, 2014

Setuju tak..?

Assalamualaikum..

Setuju tak..?


The happiness of your life depends upon the quality of your thoughts - Marcus Aurelius




Bagaimana nak gembira jika hati dan minda sentiasa dipenuhi dengan perkara negatif..? Jika nak gembira, jangan sampai ada rasa sakit hati dengan orang lain hingga berusaha untuk menjatuhkan orang tersebut.. 


p/s: Setuju..? Alhamdulillah.. Tak setuju..? Pun alhamdulillah jugak.. Terima hakikat bahawa masing-masing punya pendapat sendiri.. Asal jangan bertekak hanya dek pendapat yang berbeza dah la.. Bertekak can't go anywhere... hehh..

Sunday, May 18, 2014

PM saya jika berminat.. :)

Assalamualaikum...

PM saya jika berminat.. :)


Ini adalah contoh book cover yang dah siap saya buat.. Jika ada yang berminat nak beli, boleh la PM saya kat page fesbuk saya.. Nak jadikan as a small gift untuk besdei kawanpun boleh jugak.. Just bank in, bagi address dan phone number then saya proceed.. 









Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar.. Mana la tau kot nak tengok dengan lebih dekat lagi.. 











Stok yang ada setakat ni.. Sila PM saya cepat sebab stok kain ni memang terhad.. Terima kasih.. :)


Terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda.. :)


p/s: Benda yang kita sayang, pastinya akan kita jaga dengan sebaik mungkin.. Saya sayang koleksi novel saya.. :)

Friday, May 16, 2014

Terima kasih atas ingatan..

Assalamualaikum...

Terima kasih atas ingatan.. 


Rasanya aku takde order buku atau barang lain.. Alih-alih dapat pulak sampul pos laju ni.. Belek la dia punya resit.. Rupa-rupanya kain untuk buat baju raya kiriman dari sepupu aku yang dihantar oleh isteri dia..






Setiap tahun sepupu aku tak pernah miss bagi baju raya untuk aku dan mak aku.. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, kan.. hehe.. Kami hargai setiap pemberian dan ingatan yang tulus terhadap kami yang jauh tercampak kat sini.. *eceehhhh... hahaha...


p/s: Tenkiu kazen.. Moga rezeki semakin melimpah-ruah.. Amiinnn...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)