Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, August 13, 2014

Fikir sendiri la ya.. ;)

Assalamu'alaikum...

Fikir sendiri la ya.. ;)

Memang sakit bila benda macam ni terkena kat diri sendiri.. Tapi cakap banyakpun tak guna jugak, kan..? Buat kering air liur je.. Buang masa je bertekak dan melayan benda-benda macam ni.. Biarlah orang nak kata apapun.. haiihhh... haha..




Orang yang mengata tu mungkin tak tau.. Sebab tu sesedap rasa je mengata.. Tapi tak mustahil ada yang tau.. Tapi dah memang habit suka mengata, memang dah tak boleh nak buat apa la, ya tak..?


Gambar-gambar ni aku 'kidnap' dari wall kawan aku.. Terima kasih ya.. :)


Lebihkan senyum... Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.. Biarkan.. Biarkan.. Biarkan.. ahahhh.. Cara aku senang je.. Siapa mengata, dia yang dapat dosa.. Jika aku mengata, maka akupun dapat jugak dosa tu.. 


p/s: Aku tak tujukan entry ni kat sesiapa.. Tapi lebih kepada diri sendiri.. Al-maklum la..., kann... hehhh..

Kerana terpaksa, aku lepaskan...

Assalamu'alaikum...

Kerana terpaksa, aku lepaskan... 

Kelmarin, dok kemas-kemas almari novel.. Nak clear-kan beberapa buah buku dari almari tu.. 


Acik Lana punya koleksi aku tak lepaskan.. So, jangan tanya berapa nak letgo ke, apa ke.. ahahh


Dan kat bawah ni antara novel yang masuk kategori kerana terpaksa, aku lepaskan.. hehh.. Grup pelepasan yang ini tidak termasuk dalam grup yang terdahulu.. Mungkin terselit sebuah dua novel je kat grup ni.. Biasa la, tersesat.. 








Dulu memang aku pernah kata yang aku sayang koleksi novel aku dan tak akan jual balik.. Tapi tu la, kadang-kadang terpaksa telan balik apa yang pernah dikatakan atas sebab-sebab tertentu..


Kebanyakan daripada novel yang hendak dilepaskan ni masih lagi cantik.. Boleh jenguk kat fb page blog ni untuk tengok penerangan yang lebih details... 


p/s: Jika betul-betul berminat, boleh inbox ya.. Tak perlu add a friend pun boleh inbox.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)