Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, November 10, 2012

Bosan je..

Assalamualaikum...

Bosan je..

Siapa tengok anugerah skrin..?
Aku tak tengok sangatpun..
Agak membosankan....
Aku bukak cenel tu sementara nak tunggu pukul sepuluh je..
Tepat pukul sepuluh, terus aku tukar cenel TV1..

Kalau Tok T ada buat persembahan, nak jugak aku tunggu...
Tapi Tok T takde, dia ada show kat Kuantan..
So, takde sebab kenapa aku nak terus layan anugerah tu..
Macam takde aura je kalau Tok T takde... ehehh...



Konsert Tok T kat Kuantan..

Aku layan drama kegemaran aku iaitu Trilogi Cinta 2..
Terhibur dengan lakonan Aida dan Raissudin yang menjadi pasangan suami isteri tu..
Scene dorang malam ni kelakar je... hehe...

Habis je drama tu, aku sambung baca novel..
Layan novel lagi bagus dari layan anugerah yang hmmm....
Takmo cakap lebih-lebih...
Tapi rata-rata timeline mengatakan program ni memang syok sendiri...

Okay la, aku nak sambung baca novel Terlerai Kasih hasil karya Rehan Makhtar.. 
Pertama kali aku baca hasil beliau..


p/s: Agak-agaknya kat anugerah tu, ada tak yang berdengkur kat kerusi masing-masing.. :D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)