Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 24, 2021

Pertama kali tengok kelawar. 😅

 Assalamu'alaikum.


Pertama kali tengok kelawar.. 😅


Jujur cakap, aku tak pernah tengok kelawar secara live. Biasa tengok dalam tv je tapi itupun sekadar tengok macam tu je. Kiranya takde la tengok beria. Jadinya, aku memang tak tau la rupa kelawar tu macam mana. Haha.


Nak dijadikan cerita, satu hari ni, ada la seekor makhluk Allah yang tersesat dan terperangkap dalam jaring sauk ikan. Sauk tu aku letakkan kat buah durian belanda dengan tujuan nak cover la buah tu dari kena kokak dek tupai. Sekali tengok, ada benda lain yang sangkut.




Aku siap tanya kat fb lagi apa nama benda alah ni. Haha. Ada yang kata drakula laa, si penghisap darah laa tapi aku masih tak boleh bayangkan sebab akupun tak pernah tengok cerita drakula. 😂😂😂





Jangan risau, aku tak bunuh kelawar tu. Walaupun ada yang kata itu drakula, aku beranikan diri untuk lepaskan dia. Caranya, terpaksalah gunting jaring tu. Mujurlah kelawar tu diam je. Behave sangat dia tu. Risau jugak aku takut tergunting telinga dia yang comel tu. Hehe.


p/s: Jangan datang lagi ya kelawar. Pergilah ke tempat asalmu. Ehh....

.

Friday, January 22, 2021

Koleksi calathea.

 Assalamu'alaikum.


Koleksi calathea.


Ini antara koleksi calathea yang ada kat rumah aku. Dah bertahun-tahun aku bela. Tu yang pokoknya dah besar. Rasanya ada yang dekat 10 tahun kot..

















p/s: Jatuh cinta pulak dekat pokok calathea ni. Suka tengok jalur daun dia yang pelbagai tu. Rasa macam nak beli lagi jenis yang lain pulak.

.

Saturday, January 16, 2021

Kembali mengait.

 Assalamu'alaikum.

Kembali mengait.

Lamanya blog ni aku tak update. Geramkan line Unifi yang macam siput punya fasal sampai hilang mood nak update blog. Inipun aku update guna handphone. Jenuh oii dok delete typo je. Dah la jari aku besar gedabak. Haha..


Apapun, selamat tahun baru 2021 untuk semua. Semoga Allah hapuskan segera virus covid19 dari terus menular di atas muka bumi ini. Aamiin.


Aku saja nak letakkan gambar hasil kaitan yang baru aku buat di penghujung tahun 2020 hari tu. Tiba-tiba rasa nak mengait balik semula selepas 20 tahun tak pegang jarum kait. 😊🤭








p/s: Okay la. Sampai sini je dulu. Jika ada kerajinan, aku kongsi lagi cerita di sini. Jaga diri ya semua. #kitajagakita.

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)