Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 11, 2015

Marker for laundry...

Assalamu'alaikum...

Marker for laundry...


Kadang-kadang masa nak potong kain, kita jadi buntu bila kapur jahitan tidak melekat pada kain.. Masa ni memang tension dibuatnya.. Ditambah lagi bila kain tu ikut bergerak masa kita gariskan kapur tersebut... Huwaaarrggghhhhhh!!! 


Jadinya, kali ini aku terpaksa cari cara lain untuk gantikan kapur jahitan tadi.. Kain yang aku nak potong ni jenis bergetah.. Mungkin kain jenis lycra kot.. Entah, aku memang tak tau sangat jenis kain ni.. Puas aku dok gariskan kapur tu kat kain tapi tak juga mahu bertanda.. Sudahnya, aku selongkar laci dan cari balik marker untuk laundry ni.. Mujurlah dakwatnya masih ada lagi.. ahahaha... Kalau tak, mau meroyan aku dibuatnya.. Hari yang panas bertambah panas gamaknya... hehh...




Jika nak diikutkan, pen untuk kain ni ada je dijual.. Masalahnya, susah nak cari sebab bukan semua kedai ada jual pen tersebut.. Kalau marker untuk laundry ni, ada jual kat kedai buku.. Boleh je cari kat situ.. 


Aku gunakan marker ni untuk buat garisan yang akan dipotong nanti.. Jadinya, tanda ni lepas kain tu dipotong, takde la nampak.. Tapi kalau nampak sekalipun, rasanya tanda ni akan hilang bila kain ni dicuci...


p/s: Mula-mula tadi dah stress dah.. Mujurlah teringat yang aku pernah beli marker ni dulu.. Alhamdulillah, selesai satu masalah.. hehh....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)