Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Cara atasi Chrome yang selalu crash atau hang..

Assalamualaikum...

Cara atasi Chrome yang selalu crash atau hang..


Beberapa minggu lepas, laptop aku ada masalah dalam loading.. Bila aku buka je blog aku, cursor tak boleh digerakkan.. Selagi loading tak berhenti, selagi tu la cursor tu dok macam tu, hang memanjang.. Secara jujurnya, memang dah berbakul-bakul sumpah seranah yang aku hamburkan.. Mana tak sakit hati kalau kita nak cepat tapi satu apapun tak boleh nak digerakkan..


Banyak jugak website dan blog yang aku terjah untuk mencari jalan penyelesaian sampaikan masuk kat website seberangpun ada.. Janji yang ada kaitan dengan masalah yang aku hadapi.. haha.. Suruh uninstall dan reinstall Chrome, aku dah buat dah.. Bukan sekali, malahan beberapa kali jugak la.. Bila tak menjadi jugak, aku mula la salahkan line apatah lagi line kat sini memang tengah ada masalah.. Jadi, aku tak pasti puncanya dari mana satu..


Semalam, aku cuba lagi google untuk cari jalan penyelesaian.. Akhirnya aku jumpa sesuatu yang aku perlukan di sini.. Okay, dia punya entry memang kena dengan masalah yang aku hadapi.. Aku ikut apa yang dia tulis kat dalam entry tu..


Lepas tu, aku ikut pulak apa yang ada kat sini..  Aku uninstall anti virus AVAST yang aku gunakan selama ini dan aku gantikan dengan anti virus AVG versi terbaru.. Aku download anti virus AVG tu kat sini.. Buat masa ni aku gunakan yang free trial tu je.. Padahal masa awal-awal ada laptop dulu, anak buah aku dah install anti virus AVG ni tapi mungkin masa format untuk kali kedua dulu, terlepas pandang nak install balik AVG tu..


Okay, lepas je selesai download anti  virus AVG tu, kena la run dulu, kan.. So, aku buat la proses biasa bila kita selesai download satu-satu software tu.. Sebelum tu, aku dah buang dulu mana-mana widget yang ada kat blog aku.. Mungkin sebab widget yang banyak ni yang membuatkan blog atau laptop aku hang.. Tu yang aku terfikir buat masa tu..


Hasilnya, alhamdulillah, setakat ini aku tengok dah takde dah nak hang kat mana-mana.. Bila aku buka blog aku, dah boleh terus gerakkan cursor walaupun proses loading masih lagi berjalan.. 


p/s: Jika korang yang menggunakan Chrome dan ada masalah yang sama, boleh cuba rujuk kat link-link yang aku bagi kat atas tadi.. Selamat mencuba dan jangan pernah putus asa.. heeeeeee....

Malam tadi punya cerita..

Assalamualaikum...

Malam tadi punya cerita..


Ingat nak letak tajuk projek malam tadi untuk entry ni tapi kang ke lain pulak jadinya.. Kang tak pasal-pasal kena cop 'biru'.. kehkehkeh...


Semalam sebelum Maghrib, aku buat kuih bom bijan frozen ni.. Ingat lepas ni nak cuba la buat jual pulak untuk kawasan dekat rumah je.. Itupun jika ada permintaan la.. Apapun, semuanya atas nama rezeki.. Yang penting, cuba dulu.. Peduli la orang nak kata apapun.. kan..


Apapun, terima kasih kat sepupu-sepupu aku yang nak kuih ni.. Siap suruh kirim kat abang aku bila abang aku balik Senawang sebab dorang semua tinggal berdekatan.. Terima kasih atas sokongan korang..



Berat doh kosong...


Berat selepas isi inti.. 


Bekas ni untuk sementara je sebab bekas yang sesuai masih dalam pencarian..



Lepas Isyak pulak, aku buat karipap inti ayam + kentang ni pulak.. Rasa macam dah okay tapi tu la, bila goreng kulit karipap tu keluar benjol-benjol sikit.. Tak licin macam karipap orang lain.. Lepas tu masih ada lagi yang terbuka sebab aku guna acuan.. Nak klim lambat dan terhegeh-hegeh.. Dah la klim aku tu tak cantik langsung.. Tu yang guna acuan je tu.. Mungkin sebab gam tepung gandum aku tu tak bersesuaian.. 


Maybe lepas ni nak guna gam tepung ubi pulak.. Kena rajin try and error la kan.. Kalau ada yang nak bagi tips percuma sangat dialu-alukan.. Terima kasih in advanced aku ucapkan..




p/s: Berapa harga nak letak untuk kuih bom bijan frozen tu untuk 10 biji ya..? Ada cadangan..? 

Cara nak buat pola atau pelan atau dasar baju kurung moden / simple blouse...

Assalamualaikum...

Cara nak buat pola atau pelan atau dasar baju kurung moden / simple blouse...


Pertama sekali, seperti yang selalu aku bagitau, kena pandai ambil ukuran badan.. Jika dah pandai ambil ukuran badan, insyaAllah, nak ambil ukuran pada baju yang dah siap akan lebih mudah..


Contoh ukuran: (Jap ehh, nak bukak kitab jap.. hehe..)

Labuh baju = 34 inci
Bahu = 16 inci
Paras pinggang = 16 inci
Keliling dada = 38 1/2 inci
Keliling pinggang = 32 inci
Keliling ponggong = 42 inci
Panjang tangan = 21 inci
Bahu ke mercu = 9 1/2 inci
Mercu ke mercu = 7 inci
Keliling leher = 16 inci
Pergelangan tangan = 11 inci

**Labuh baju = Ukuran bermula dari tulang belakang tengkuk, berhenti pada paras pinggang dan teruskan ukur sampai kepada ukuran yang dikehendaki..

**Bahu = Ukuran diambil dari tulang kiri bahu hingga ke tulang kanan bahu..

**Paras pinggang = Ukuran bermula dari tulang kat belakang tengkok tu, dan ikut alur badan terus ke titik point pinggang..

Keliling dada + keliling pinggang + keliling ponggong = Masa nak ukur lilit setiap satu, masukkan 3 jari di dalam lengkungan pita ukuran dan lepas tu baru tegangkan pita tadi.. Ukuran keliling dada dan keliling ponggong diambil pada bahagian yang paling tinggi untuk dada dan paling lebar untuk ponggong..

**Panjang tangan = Ukuran bermula dari tulang bahu, bawa ke siku, kemudian tangan dibengkokkan sedikit dan terus ukur sampai pergelangan tangan atau panjang yang dikehendaki..

** Bahu ke mercu = Ukuran daripada tengah bahu ke titik point buah dada (jangan nak gelak ya.. huhuhu...)

**Mercu ke mercu = Ukuran jarak antara kedua belah titik point buah dada atau bahagian yang paling tinggi pada buah dada.. 


Cara nak lukis pola atau dasar atau pelan baju.. Ini adalah pola untuk bahagian hadapan baju..


Ini pola asas untuk blouse yang ada butang di hadapan..


Berpandukan pada gambar di atas dan nombor yang ada pada gambar, boleh la cuba melukis pola/dasar baju dengan mengikut panduan yang aku cuba huraikan.. Mula-mula kena buat garisan lurus dari 0-1 dan 0-7.. Ni kira garisan asas ataupun tulang belakang setiap pola..

0-1 = Labuh baju yang dikehendaki..

0-2 = Turunkan bahu 1 inci atau 1 1/4 inci.. Buatkan garisan lurus..

0-3 = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan ditambahkan dengan 1 inci. Untuk dada 40 inci ke atas, tambah 1/4 inci sahaja..

0-4 = Ukuran bahu ke paras pinggang.. Buatkan garisan lurus..

4-5 = Turunkan 8 inci untuk paras ponggong..

0-6 = Ukuran keliling leher bahagi 6 dan tambahkan samada 1/2 inci atau 1 inci..

6-6A = Ukuran keliling leher tetap (takde penambahan 1/2 inci atau 1 inci). Buatkan petak segiempat sama ke B..

B-C = Tandakan 1 1/4 inci untuk tangga kolar sport. Kemudian bentukkan.

0-7 = Ukuran bahu bahagi 2. Buatkan petak segiempat sama hingga ke 8..

7A-8 = Dibahagi 2 dan tandakan dengan 9..

9-9A = Untuk bahagian hadapan, masukkan 3/4 inci atau 1/2 inci..

3-10 = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci. Bentukkan lubang lengan dengan menggunakan pembaris bentuk L..

5-11 = Ukuran keliling ponggong bahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci atau 1 1/4 inci..

1-12 = Ukuran sama seperti 5-11.. Jika nak blouse yang besar sedikit  atau kembang sedikit, boleh lebihkan 1 inci dari ukuran 5-11 tu..

12-13 = Naikkan 1/2 inci ke atas.. Gunakan pembaris melengkung dan temukan 13-1..

10-13 = Temukan garisan dan bentukkan..


Nota tambahan:

1) Pola hadapan baju dengan pola belakang baju lebih kurang sama je.. Bezanya ialah pola belakang takde bahagian untuk lubang butang dan ukuran keliling leher 0-2 tu cuma turunkan 3/4 inci kemudian buatkan garisan melengkung dari 6-2.. 


2) Jika nak buat blouse yang takde butang di hadapan, kena lipatkan bahagian 3/4 inci bahagian lubang butang pada pola tadi dan gunakan bahagian tersebut untuk pola bahagian belakang sebagai ganti tempat untuk letak zip ataupun butang di belakang..


3) 5 inci untuk belahan tu adalah optional.. Nak buat belahan boleh.. Tak nak buat belahanpun boleh..

4) Potong dua keping kain untuk setiap pola.. Maknanya, kain kena lipat dua memanjang..





p/s: Moga boleh faham ya.. Cuba buat dulu pada kain yang murah atau kain batik lama dan jangan mudah berputus asa.. Kena try and error.. Moga Allah permudahkan segala laluan anda untuk belajar.. Amin..


UPDATE:
30/12/2018.



Ini yang kawan aku bagi sebab dia kata, mudah guna formula ini. Dia dapat dari satu grup di fb. Terima kasih banyak-banyak untuk dia yang sudi berkongsi info. Aku letak kat sini untuk rujukan aku di masa akan datang. Maklum la, bukannya mudah nak ingat semua formula ni, kan?









p/s: Harap dapat membantu dan sama-samalah kita berkongsi ilmu.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)