Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 8, 2011

ASMARA KINI MENYERANG KEMBALI..

Assalamualaikum...

Asmara kini menyerang kembali..

Sudah agak lama jugak hati aku beku..
Entah, semacam malas je nak bermain dengan perasaan ni..
Bukan apa, takut kecundang lagi..
Luka lama yang sedia adapun belum pulih sepenuhnya..

Aku suka kat orang tu..
Tapi dia pulak suka kat orang lain..
Begitulah selalunya yang terjadi..
Seolah-olah tiada penghujung yang pasti...
Bukan mudah nak palingkan hati bila rasa suka itu melebihi yang sepatutnya..

Mujurlah aku cuma punyai rasa suka je...
Belum sampai ke tahap jatuh cinta..
Kiranya macam syok sendiri la...
Ibarat bertepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi...

Kalau tepuk tangan kat atas meja, ada bunyi laa..
So, tak perlu lagi nak bertepuk kedua belah tapak tangan tu...
Kehkehkeh....

Apa kata malam ni ramai-ramai kita tengok kesinambungan dari drama Asmara. Kalau dulu hanya Asmara je, kini dah jadi Asmara 2. Mungkin sebab Asmara dah ada isteri dua kot... hehehe... Drama Asmara 2 ni bermula setiap hari Selasa, pukul 9 malam seperti dulu jugak.

Enrty ni takde kena-mengena dengan aku. Saja je nak buat promosi. Tambahan pulak tengah takde idea nak menulis. Letih asyik mengejar dan melastik kera je... hahaha..

Aku kata: Ada yang terkena ke..? Jangan marah haa.... hikk...

KALAU DAH ITU TAKDIRNYA..

Assalamualaikum...

Kalau dah itu takdirnya..

Tak siapapun yang akan menjangkakan..
Segala-gala yang berlaku adalah ketentuan dariNya..

Sedih bila baca kisah yang menyayat hati ini...
Siapa sangka, nyawa boleh melayang hanya kerana sebuah meja lipat..!
Al-Fatihah untuk arwah kanak-kanak comel ini..
Salam takziah juga untuk seisi keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan maha besar ini...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Inilah meja lipat yang menjadi punca kematian Siti Nor Haiza Habibu Rahman (gambar kecil) di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 7 Mac - Bagi budak berusia empat tahun, apa sahaja objek boleh menjadi barang mainan.

Begitu jugalah bagi Siti Nor Haiza Habibu Rahman yang menjumpai sebuah meja lipat usang di luar rumahnya.

Bagaimanapun malang tidak berbau, kelekaan bermain dengan 'barang mainan' itu mengundang tragedi apabila lehernya tersepit pada meja tersebut.

Mayat mangsa ditemui abangnya di luar rumah mereka di Taman Damai Senai, dekat sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 petang ketika Siti Nor Haiza bermain seorang diri.

Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh anak lelakinya yang baru pulang bermain bola.

"Semasa itu, saya sedang tidur dan terkejut apabila diberitahu mengenainya. Saya bergegas keluar dan alangkah sedihnya apabila melihat Siti dalam keadaan badannya kebiruan dengan anak matanya memandang ke atas.

"Saya terus mengangkat dan membawanya ke hospital untuk rawatan, namun sudah terlambat kerana dia sudah pun meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini.

Jumaliah yang berasal dari Sabah memberitahu, dia telah membuang meja berkenaan di belakang rumah tetapi anak-anaknya mengambilnya semula untuk bermain.

"Tanpa saya sedar Siti pula bermain meja itu seorang diri sehingga meragut nyawanya," ujarnya.

Menurutnya, dia terkilan kerana tidak memenuhi permintaan Siti Nor Haiza yang inginkan permainan ketika mereka ke kedai runcit berhampiran rumah beberapa hari lalu.

"Dia merengek minta saya belikan permainan itu tetapi saya tidak belikan kerana ingin hadiahkan dia permainan yang lain. Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhirnya," ujarnya.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes itu dan berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas," jelasnya.

Sumber dari sini...

Aku kata: Selamat hari wanita untuk SEMUA wanita di dunia ini terutama sekali kepada wanita-wanita hebat dalam keluarga aku. Siapa lagi kalau bukan mak aku yang tersayang, juga untuk kedua kakak aku, kedua kakak ipar aku, kedua adik ipar aku serta semua anak buah aku.. Tak ketinggalan juga kepada followers wanita blog aku.. Orang lelaki jangan jeles tau... =)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)