Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 21, 2012

Cinta yang terlewat...

Assalamualaikum....

Cinta yang terlewat...

"Aku rasa, ada kemungkinan kau hamil. Lagipun, kau cakap kau sakit gigi, kan? Aku tengok gigi kau, okey aje. Tak ada masalah. Mungkin kau kurang kalsium. Untuk pengetahuan kau, sakit gigipun boleh menjadi antara tanda awal kehamilan.."

Hah....!!! 
Aku baru tau pasal ni...
Maklum la kan, tak pernah pregnant...
Mana la nak tau... ehehh...

Sekarang dah tau gara-gara membaca novel cinta yang terlewat karya Zuriani Mustaffa ni.. Novel ni bagus sangat. Banyak pengajaran dan ilmu yang aku dapat hanya dari membaca novel ini.. Ianya banyak berkisar tentang betapa perlunya kita bersyukur dengan segala yang ALLAH berikan..




"Kalau awak jadi isteri saya, awak tak akan membebankan saya. Seorang isteri adalah amanah kepada seorang suami, bukan suatu beban, dan seorang anak adalah tanggungjawab seorang ayah, bukannya budi baik.." - Muhammad Fahim


"Sebab aku tengah sakitlah dia nak kahwin dengan aku. Lagipun kenapa dia nak kahwin dengan aku kalau setakat mahu menganiaya hidup aku? Apa untungnya dia buat begitu pada aku...?" - Nisaa


Kepada peminat novel, aku sarankan, belilah dan bacalah novel ni.. Kisah kehidupan seorang doktor muda yang menjadi duda sebanyak dua kali.. Ada sebabnya kenapa semua itu berlaku.. Banyak liku yang perlu doktor itu hadapi.. Terlalu banyak konflik.. 

Novel ini juga bersih daripada dialog 18SX seperti lambakan novel yang ada di pasaran sekarang ini... Aku tak rasa menyesal membelinya dan harap-harap kesemua sebelas buah novel yang aku baru beli semalam menepati kehendak dan selera aku... 

Hari tu, ternampak novel ni kat rumah kakak.. Masa tu aku buat tak tau je sebab nampak cover dia macam tak menarik.. Lepas tu, semalam masa ke kedai buku, ternampak lagi novel yang sama. Terus je ambil dan beli tanpa membaca sinopsis.. Hasilnya, novel ni betul-betul menepati citarasa aku, banyak pengajaran yang aku dapat, banyak info yang ada kat dalamnya.. 

Betul la kata pujangga, don't judge a book by it's cover.. :)

______________________


Penulis novel sekarang ni tak boleh komen karya dorang sesuka hati sedangkan ada kalanya sebahagian daripada komen tersebut merupakan satu pendapat atau pandangan yang secara tidak langsung boleh dijadikan rujukan atau penambah-baikan untuk novel seterusnya. 

Kalau komen lebih-lebih, nanti ada satu dua pihak lain yang jadi nasi tambah. Katanya, yang komen tu cuma pandai komen je... hmmm... So, jangan komen lebih-lebih karya mereka.. Baca je dan nilai sendiri secara senyap.. :)

p/s: Kalau novel tu bagus, aku akan tolong promot. Tak perlu nak bodek-bodek segala. Tapi kalau sebaliknya..?? Pandai-pandai sendirilah nak jual karya masing-masing... 

VIDEO anak kucing tak larat nak bangun..

Assalamualaikum...

VIDEO anak kucing tak larat nak bangun..

Kesian tengok dia...
Terkial-kial nak bangun...
Dok pusing kiri kanan tapi tak lepas nak mengiring...

Kelakarpun ada jugak tengok dia dok terpusing-pusing macam tu..
Siap ada adegan bertepuk tangan lagi tu...
Ehh, kucing mana ada tangan laaa...
Tak kira, aku selalu cakap kaki depan kucing tu macam tangan dia...
Hahahaha...

Katil aku jadi tempat dorang bergolek-golek...
Memang selalu macam ni la...
Asal ada je new born baby, situlah tempat yang mak dorang tuju...
Takpe la, lagipun aku bukannya suka sangat tidur atas katil tu...
Panas sebab jauh dari kipas...
Baik aku bentang tilam lembik atas lantai betul-betul bawah kipas...



Pastikan volume perlahan.. Takut ada yang pengsan dengar suara nenek kebayan mengekek... :D

p/s: Seminggu kat Nilai, risau jugak aku dengan budak dua ekor ni.. Risaukan kakak dorang jugak, si Utih tu.. Hampir-hampir nak bawa si Utih balik ke Nilai sekali hari tu.. Utih..??? Kakak...??? Muahahahahaha....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)