Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, April 17, 2011

I dont mind if You don't main.. But please don't main-main...

Assalamualaikum....

I don't mind if you don't main...


Aku bukannya jenis manusia yang suka mencari pasal dengan orang samada orang tu aku kenali ataupun sekadar teman siber. 


Namun, sejak seminggu dua ni aku perhatikan ada la seorang dua yang aku kenali ni seolah-olah nak cari pasal dengan aku. Tak tau la kenapa. Nak kata aku kacau hidup dia, takde la pulak sebab akupun bukannya rapat dengan dorang. Malahan, aku amat jarang sekali menegur dorang kat fesbuk tu. Hmmm..., masalah fesbuk lagi.. Bubar... Bubar...


Kadang-kadang aku tak faham apa tujuan dorang tu add aku. Nak stalk aku ke..? Apa yang ada kat aku ni..? Takde apa-apa okay, tapi masih ada yang nak cari sebab untuk mengenakan aku..  


Aku ada dua akaun fesbuk. Satu untuk kawan-kawan siber dan kawan blogger manakala satu akaun lagi aku buat khas untuk kaum keluarga sahaja yang merangkumi adik-beradik, ipar-duai dan anak-anak buah aku. Aku juga add kawan-kawan yang sama-sama belajar menjahit dulu sebab aku memang dah lama mencari mereka.


Dalam pada itu, aku ada jugak add dua tiga orang kawan sekolah dulu yang boleh dikatakan serasi berkawan dengan aku. Tapi bilamana ada lagi beberapa orang kawan yang lain menghantar request, macam mana aku nak ignore..? Nanti apa pulak yang dorang kata sedangkan aku memang tak berapa berkenan untuk berhubung dengan sesetengah dari mereka. Bukannya aku sombong tapi aku tak selesa. Tak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut tentang itu. Kita mungkin pernah manjadi kawan sekelas, namun agak sukar untuk kita menjadi kawan sehati sejiwa.. 


Hari ni, aku letakkan status yang penuh bermakna sehinggakan orang itu meremove aku dari senarai kawan dia. Mungkin dia terasa dengan status aku tu. Kenapa nak terasa kalau tak buat..? 


Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kurang seorang stalker kat fesbuk aku tu. Terpulanglah kepada dia nak bercerita apapun kat page dia tu. Apa yang penting, aku dah tak nampak dah live feed dari dia. Terima kasih la ya sebab memahami situasi aku yang kurang berminat untuk melayan status anda... =D


Aku tau ada di antara mereka yang sudah terbau akan keujudan blog aku ni dan mencanangkannya kepada kawan-kawan yang lain. Aku dah tak kisah dah. Whatever you want to say, I don't mind anymore. But please don't main-main with me.. Aku tak kacau hidup orang kalau orang tak kacau hidup aku. Itu je.. It's so simple..


Ini sekadar luahan hati aku je. Tiada kena mengena dengan kawan-kawan blogger ataupun kawan siber aku. Harap jangan ada yang salah faham seperti entry yang lalu. Aku tak berapa kenal dengan korang, jadi tak timbul isu untuk aku mengenakan korang sebagaimana aku dikenakan. 


Jika ada yang terasa tu, aku mintak maaf banyak-banyak. Dan aku memaafkan segala komen-komen negatif anda dan kawan anda itu. Aku sedar bahawa aku hanyalah sekadar tukang jahit kampungan. Namun begitu, aku juga mahu hidup dengan aman dan tenang. 


p/s: Jangan dijolok sarang tebuan. Jolok la benda lain... Jolok la buah cempedak di luar pagar.. hehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)