Assalamualaikum...
Oscar yang ganas...
BUCKINGHAMSHIRE 10 Nov. - Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.
Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu.
Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.
Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.
Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.
Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.
"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.
Kucing ni kalau kita garang dengan dia, diapun akan garang dengan kita.. Kucing akupun ada gak jenis garang ni tapi takde la nak main terjah je gigit orang.. Tapi kalau jenis kucing yang suka gesel-gesel kat kaki tu, memang nak kena la tu.. Sangat tidak suka kalau kucing dok gesel manjang.. Kalau setakat gesel sekali dua dan sekejap tu masih boleh tahan lagi la.. Ni selagi ada kaki aku, selagi tu nak gesel.. eeeiiiiiii....!!!
p/s: Asyik nak gesel je, sepak kang baru tau.. huhuhu...