Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 5, 2011

Bila sudah lama ditinggalkan..

Assalamualaikum..

Bila sudah lama ditinggalkan..
Macam-macam rasa ada..

Rasa macam kekok..
Rasa macam takde mood..
Rasa macam nak tak nak je.. 
Rasa macam nak muntahpun ada jugak.... 
Eeeeiiii...
Rasa sangat tidak selesa dengan situasi begini...

Rasa macam terpinggir..
Walaupun aku tau bahawa aku dan blog aku sememangnya hanyalah sekadar di pinggiran..

Rasa macam tak begitu mesra.. 
Padahal sebelum ni agak mesra la jugak..
Cuma sekarang ni timbul rasa seperti berpura-pura..
Tak tau la samada aku atau mereka yang bersikap seperti ini..
Aku sangat tidak suka dengan sikap kepuraan-puraan sebegini...
Arrggghhhh...
Benci.. Benci.. Benci...

Mungkin ini hanyalah mainan perasaan..
Berperang dengan emosi sendiri..
Ataupun sememangnya ini yang berlaku bila kena tinggal atau ditinggalkan..

Serius, aku sangat tidak suka suasana begini..
Aku terasa bahawa orang dah tak suka kat blog aku dah...
Tak suka kat aku tu takpe la jugak..
Sebab aku bukannya Marimar auuwwww....

Malas ahh nak melayan emosi tak menentu ni. Baik aku layan lagu ni..

Aduhh..
 Aduhh.. 
Aduhh.. Sakitnya... Jiwa ini..
Meronta dalam kepalsuan..
Andai aku tahu.. Beginikan.. Ohh jadinya...
Akupun tak mahu... Mengundur diri..
Walaupun cubaan menimpa...

Layannnn.....


p/s: Kekok lak rasanya bila dah lama tak berblogging. Baru tinggalkan 10 hari dah tak dikenali dah. Sedih sungguh rasa hati.. huhuhu.. Lepas ni mungkin akan semakin kurang buat entri. Kerja harus diutamakan.. Takpe la kalau takde yang kenal atau mengingati. Nak buat macam mana, kan.. Aku pasrah.. :P

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)