Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 30, 2014

Compromise...

Assalamu'alaikum...

Compromise...


Atau kompromi iaitu kata sepakat, bertolak ansur, persetujuan dan yang seangkatan dengannya..


If you set out to be liked, you would be prepared to compromise on anything at any time, and you would achieve nothing - Margaret Thatcher





All compromise is based on give and take, but there can be no give and take on fundamentals. Any compromise on mere fundamentals is a surrender. For it is all give and no take - Mahatma Gandhi





If you want to bring an end to long-standing conflict, you have to be prepared to compromise - Aung San Suu Kyi





There is no compromise when it comes to corruption. You have to fight it - A. K. Antony





Writing is a solitary existence. Making a movie is controlled chaos - thousands of moving parts and people. Every decision is a compromise. If you're writing and you don't like how your character looks or talks, you just fix it. But in a movie, if there's something you don't like, that's tough - Dan Brown





Children refuse compromise. Adults learn how - Madeleine M. Kunin




p/s: Nak berkompromi sekalipun, biarlah kena dengan cara, tempat, individu dan masa yang bersesuaian.. 

Sunday, June 29, 2014

Handmade fabric book/novel cover with cute bookmark for sale.. :)

Assalamu'alaikum...

Handmade fabric book/novel cover with cute bookmark for sale.. :)


Jika ada yang berminat nak membeli book/novel cover ni, boleh la PM saya.. Setiap satu berharga RM14. Harga tidak termasuk caj pos.. Atau boleh juga tengok kat sini.. Terima kasih.. 





Untuk yang kat bawah ni, harga setiap satu juga RM14 dan tidak termasuk caj pos.. Boleh tengok kat sini..  





p/s: Sokongan anda sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.. :)

Ramadhan datang lagi..

Assalamu'alaikum..

Ramadhan datang lagi..


Allahu Ya Rahman...
Allahu Ya Rahman...
Allah... Allah... Allah... Allah...
Allahu Ya Rahman...

Berlalu, waktu berlalu..
Sepi menghantarku kembali padaMU...
Bersimpuh, aku bersimpuh...
Dalam lelah hati memohon padaMU...

Di pintu kasihMU, hatikan mengadu...
Di dalam gelapku, memohon ampunMU..
Kasihani aku, terangi jiwaku..
Sinari hidupku.....

Yang berharap belas, kasih...
Yang berharap maaf, untuk...
 Segala salah dan dosa dari hitam di langkahku...

Semoga engkau beri..
 Setitik  cahaya terang...
Sebelum masa hilang dari pandangan...

Allahu Ya Rahman...
Allahu Ya Rahman...
Allah... Allah... Allah... Allah...
Allahu Ya Rahman...

Di pintu kasihMU, hatiku mengadu...
Di dalam gelapku, memohon ampunMU..
Kasihani aku, terangi jiwaku..
Sinari hidupku.....



Selalu dengar lagu ni dalam drama tapi tak tau lagu siapa.. Hari ni baru terjumpa..


Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua umat Islam walau di mana anda berada.. Maaf zahir bathin di atas segala salah silap yang sengaja mahupun yang tidak sengaja.. 


p/s: Kesilapan, kealpaan, kekhilafan, ketidak prihatinan dan sebagainya sentiasa mengekori kita.. Tegur-tegurlah jika ada yang tidak berkenan di hati.. :)

Friday, June 27, 2014

Ada beza ke..?

Assalamu'alaikum...

Ada beza ke..?


Ada beza ke antara ayat mengaku tidak bersalah dengan tidak mengaku bersalah..?


Dulu-dulu selalu dengar dan nampak ayat kedua tu yang keluar kat media massa.. Tapi sekarang ni ayat yang pertama tu pula yang selalu keluar.. Lepas tu mula la tertanya-tanya, apa bezanya..? Macam sama je maksud kedua ayat tu.. 




p/s: Oh ya, gambar kat atas ni aku gunakan hanya untuk tunjukkan ayat yang berkaitan sahaja iaitu mengaku tidak bersalah.. Ayat selebihnya tu aku tak nak masuk campur.. hehh..

Wednesday, June 25, 2014

Corat-coret Floria Putrajaya 2014..

Assalamu'alaikum..

Corat-coret Floria Putrajaya 2014..


Jumaat lepas, aku dengan kakak dan dua orang anak dia pergilah jalan-jalan kat Floria Putrajaya tu.. Gerak dari rumah kat Nilai tu dalam pukul 3 petang.. Pukul 4 petang baru sampai..


Untuk orang yang ramai anak, jika nak ke event yang macam ni, adalah disarankan bawa bekal makanan dan minuman dari rumah.. Lepas tu boleh makan dan lepak kat tepi tasik tu.. Harga makanan agak mahal.. Satu cucuk sosej yang cuma ada tiga ketul sosej pendek, harga dia dua ringgit.. Lepas tu satu bekas apa entah, harga dia RM6.. Dah la bekas tu kecik ya amat..!! If duit banyak, takpe la.. Ni untuk golongan yang kurang berduit macam aku ni.. 


Okay la, malas ahh nak membebel untuk benda yang dah lepas.. hahaha.. So, layan je la gambar yang ada.. Banyak sebenarnya ambil gambar tapi cukuplah yang ni sahaja.. Selebihnya tu hanya untuk tatapan orang tertentu sahaja.. heee...





Tiket masuk kena bayar RM3 untuk seorang.. Lepas tu kitorang masuk pulak tengok arnab.. Kena bayar lagi RM3 untuk seorang.. Melampau betul..!! Mujurlah masa tengok kucing tak dikenakan bayaran.. Dah la kucing tu semua pakat dok tidur je.. Aku terpaksa hembus muka dorang suruh dorang bangun sebab nak ambil gambar.. Itupun dorang buat tak layan je.. Cehhh... hahaha...





Masuk pulak kat khemah pertandingan bunga orkid.. Kesian kat pokok orkid tu.. Ada yang dah kuning dah daun dia.. Bunga diapun ada yang dah lembik melentok kepanasan.. Masa aku nak ambil gambar salah satu spesis orkid tu, aku pegang la kelopak bunga dia sebab kelopak tu dah melentok ke bawah.. Tengah dok ralit buat kerja tu, tiba-tiba datang la seorang pengawal perempuan dok tegur aku, kata jangan sentuh bunga tu.. Sekali lagi cehhhhh... hahaha...




Hari tu, masa makan kenduri kat sini, teringin nak tengok dari dekat masjid besi iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin tu.. Tapi adik kata kalau nak sembahyang kat situ, mak memang susah nak masuk sebab tangga banyak dan tinggi.. Lagipun masih sempat lagi solat Zohor kat rumah.. Jadinya, hajat tak kesampaian la.. Ralat la sekejap sebab aku bukannya selalu pergi Putrajaya ni..




Tapi masa Floria tu, dapat jugak aku solat Asar kat masjid besi tu.. Memang banyak tangga.. Aku sendiri hampir tersungkur masa naik escalator yang tak bergerak.. Itu belum mak aku lagi tu.. Mujurlah mak aku tak ikut pergi Floria ni sebab takut nanti dia penat.. Masa nak turun lepas solat, kitorang masuk la dalam lif.. Alih-alih pintu lif tu tak nak tutup padahal bukannya ramai manapun yang ada dalam lif tu.. Sudahnya, kitorang keluar balik dan turun ikut tangga.. Sabar je la.. Masjid besi ni cantik memang cantik tapi............ 





Okay, ini je cerita yang nak dikongsi.. Jika ada part yang tak berkenan tu, abaikan aje la ya.. Buat tak nampak je dah la.. ahahh..


p/s: Cerita ni aku tulis mengikut cara aku sendiri.. hehh...

Tuesday, June 24, 2014

Untung la jadi kesayangan...

Assalamu'alaikum...

Untung la jadi kesayangan...


Orang zaman sekarang ni, bila bab buat kerja kat rumah, semuanya buat tak reti, buat tak nampak, buat tak tahu je.. Ada je alasan masing-masing bila suruh buat satu-satu kerja tu. Nak jumpa orang la.. Nak buat assignment la.. Nak keluar la.. Mengantuk la.. Penat la.. Dah janji dengan kawan la.. Dan macam-macam alasan bodoh yang direka demi untuk tak nak buat kerja kat rumah tu.. Tak boleh langsung nak minta tolong sikit.. 


Sampah dalam rumah kat depan matapun main langkah je.. Takde sikitpun rasa nak tolong kutip apatah lagi nak pergi buang.. Air yang ditumpahkan sendiripun dibiarkan macam tu je.. Lantak la kat situ kena pijak ke, nak melekit sampai kering ke, kena hurung semut ke.. Semuanya dia buat tak endah.. Kat rumah orangpun macam tu, apatah lagi kat rumah sendiri.. Tak boleh harap punya manusia.. Pinggan baju sendiripun tak berbasuh.. Main longgok macam tu je sebab nanti ada la babu pergi kutip semua tu.. Tinggi betul darjat spesis manusia macam ni.. 


Tapi bila masuk bab duit atau harta dan yang berkaitan, semuanya ambil kisah.. Semuanya nak dikaitkan dengan hukum fara'id. Kalau boleh, nak lebih lagi.. Timbul lagi pelbagai alasan yang direka sendiri.. Selagi tak dapat, selagi tu la dok mengumpat.. Selagi tu la buat muka macam tak makan setahun..


Untung la siapa yang jadi kesayangan.. Boleh duduk kat rumah goyang kaki belek ipad main games.. Tak payah buat kerja rumahpun boleh dapat imbuhan... Mana yang tak jadi kesayangan tu, kenalah terus bersabar.. Tak boleh bukak mulut.. Nanti kena cop mulut jahat..  Tidak menjadi kesayangan ni boleh berlaku pada sesiapa saja.. Mungkin aku.. Mungkin engkau.. Mungkin dia.. Apa yang penting, kena kuatkan bersabar.. 


p/s: Untung hidup di zaman serba canggih ni.. Bagitau je takde duit, tak sampai setengah jam, duitpun sampai.. :p

Friday, June 20, 2014

Cara nak samakan kiri dan kanan kain susun baju kurung..

Assalamu'alaikum...

Cara nak samakan kiri dan kanan kain susun baju kurung..


Pernah tak bila kita pakai kain baju kurung iaitu kain susun tu, dan kita dapati bahagian sebelah kiri dan sebelah kanan kain tak sama panjang..? Atau dalam bahasa mudahnya, sebelah kain tu macam senteng ataupun terjongket sedikit dari yang lagi sebelah..


Jika si pemakai kain tu orangnya berbadan gempal, berkemungkinan kain tu tersangkut kat bahagian lipatan perut.. Tapi jika si pemakai tu kurus lampai orangnya, agak mustahil la nak kata yang kain tu tersangkut, kan.. 


Okay, kat sini aku nak tunjukkan sikit cara untuk menjadikan labuh kain tu sama rata pada bahagian kiri dan kanan kain tersebut. Kadang-kadang masa menjahit tu, kita main jahit je, takde dah nak periksa atau ukur dulu kat kedua-dua belah kain tu samada sama panjang ataupun tidak, terus je kita jahit pada bahagian kain penyambung pinggang..


Rujuk pada setiap gambar ya.. Boleh klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.. 


Mula-mula kenalah buat susun kain tu dulu, kemudian dijahitkan zip..


Lepas tu, lipat dua kain tadi dan samakan bahagian bawah dan atas kain..


Kemudian, tandakan pada paras yang sama macam yang bertanda biru tu.. Jika diperhatikan betul-betul, bahagian kain yang dilipat tadi panjangnya lebih sedikit daripada bahagian kain yang berzip tu..


Lepas tu, tandakan semula di bahagian dalam kain sebab kita akan jahit kain penyambung pinggang ikut belah dalam.. Ni bahagian kain yang dilipat tadi ya..


Jahit kain penyambung pinggang macam biasa tapi bila hampir tiba pada bahagian bertanda tadi, kena naikkan sedikit kain tu.. *Kain penyambung pinggang tu kat bahagian bawah..


Nanti bahagian tadi akan jadi seperti ini iaitu dia kelihatan melengkung sedikit..


Ni dari sebelah lagi satu..


Akhir sekali, snip atau belah sedikit pada bahagian yang melengkung tadi sebelum kemaskan jahitan pada bahagian pinggang.. Yang kita snip ni adalah bahagian badan kain tau, bukannya bahagian kain penyambung pinggang tu..Tujuan dibelah atau snip adalah untuk mengelakkan bahagian kain penyambung pinggang tu menjadi tegang dan susah masa nak kemaskan jahitan..



Agak-agaknya boleh faham tak dengan apa yang cuba aku terangkan..? Mudah-mudahan faham la ya.. InsyaAllah.. Nak tengok cara buat susun kain tu, boleh rujuk kat entry ini.. Terima kasih..


p/s: Benda ni takde diajar masa dalam kelas.. Ini semua adalah daripada pengalaman sendiri.. Ye la, pelik jugak kenapa kain yang dipakai senget sebelah.. hehe...

Wednesday, June 18, 2014

Motivasi...

Assalamu'alaikum...

Motivasi...



Berikut adalah antara kata-kata motivasi yang terdapat di dalam buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary ini.. Kita mungkin tak boleh jadi seperti beliau namun kita boleh renung dan fikir apa yang beliau perkatakan..


"Pendekatan saya mudah.. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu dan bercakap kemudian.." - Syed Mokhtar Al-Bukhary



Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary..


"Kemelesetan ekonomi 1985 memberikan saya satu pengajaran penting; jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda.."


"Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua.."


"Saya pernah mendengar satu pepatah yang banyak mempengaruhi saya. Ia berkenaan benih yang tumbuh menjadi pokok yang dipenuhi ranting-rantingnya. Bunga dan buah-buahnya terbentuk, dan apabila buah-buah itu masak, ia menjadi berat, menyebabkan ranting patah dan jatuh. Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat akan asal usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh.."


Dan banyak lagi cerita yang dikongsikan dalam buku biografi ini..


p/s: Buku Biografi Syed Mokhtar Al Bukhary ni dahulunya aku beli dari MPH Online.. Murah je harga buku ni tapi isi yang ada di dalamnya tu yang mahal..

Tuesday, June 17, 2014

Keep in mind..

Assalamu'alaikum...

Keep in mind..


Next time you're stressed, take a step back, inhale and laugh. Remember who you are and why you're here. You're never given in this world that you can't handle. Be strong. Be flexible. Love yourself and others. Always remember, just keep moving forward..




p/s: Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. :)


Benda tak biasa buat, janganlah buat..

Assalamu'alaikum...

Benda tak biasa buat, janganlah buat..


Kat rumah ni, aku memang jarang sangat minum air dari peti sejuk.. Aku lebih suka minum air masak je.. 


Tapi sejak minggu lepas, kerap pula aku minum air dari peti sejuk tu.. Ditambah pula dengan cuaca panas, lagi la asyik buka peti sejuk je kerjanya.. Lepas tu pergi pula kenduri.. Balun lagi air batu.. adehh...


Akibatnya, badan aku menjadi sengal dan lemah sangat.. Habis lenguh-lenguh satu badan.. Perut pula sebu memanjang.. Malam tadi aku melepek habis tapi aku takde la nak telan pil ke, apa ke.. Aku just sapu badan dengan minyak panas je.. Hari ni pun badan masih lagi terasa sakit.. Rasa serik dah nak minum air peti sejuk ni.. hehh..


Benarlah kata pepatah dulu; alah bisa tegal biasa.. Untuk orang yang dah biasa minum air peti sejuk ni, mungkin takde memberi apa-apa kesan.. Tapi untuk orang yang tak biasa macam aku ni, memang mendapat la dia punya bisa tu.. 


Lepas ni, jangan dibuat lagi.. Tak tertanggung rasa sakitnya.. Bila dah sakit macam ni, kerja menjahit satu apapun tak jalan.. Habis lari aku punya schedule.. 


p/s: Nampak gayanya kena minum air halia untuk panaskan balik badan... Takpun, letak lada hitam lebih sikit dalam masakan.. ahahh...

Monday, June 16, 2014

Makhluk perosak..

Assalamu'alaikum...

Makhluk perosak..




p/s: Tengok bunga yang dirosakkan pun dah rasa sakit hati, apatah lagi ___________!

Demam Piala Dunia 2014 sudah terasa...

Assalamu'alaikum...

Demam Piala Dunia 2014 sudah terasa...


Pasukan mana yang anda sokong dalam musim Piala Dunia kali ni..? 


Dulu-dulu aku minat jugak tengok bola Piala Dunia ni.. Banyak pasukan yang aku minat dan sokong.. Antaranya Jerman, Brazil, Itali, England, Sepanyol dan pasukan yang pemain dia hensem-macho-bergaya.. hahaha... 


Tapi sekarang ni minat aku terhadap bola dah mula kurang dah walaupun pemain dia ada kategori tadi.. Lepas tu pulak dok sokong pasukan yang menang je.. Takde dah pasukan favourite.. ahahh..









Dan inilah yang terjadi bila pasukan favourite kalah.. Siap sorok muka lagi tu.. hahahaha... 



Bukan aku yang buat dia macam ni tau.. Dia yang dengan rela hati buat aksi ni.. 



p/s: Entry suka-suka je ni.. Jangan pulak ada yang sentap.. kehkehkeh...

Sunday, June 15, 2014

Tak menjadi.. :p

Assalamua'laikum..

Tak menjadi.. :p


Ni kisah masa minggu pertama cuti sekolah hari tu.. Dah hampir dua minggu dah kisahnya tapi baru hari ni aku tergerak nak kongsi.. Sebenarnya kisah ni sangat tak best tapi tak tau la kenapa nak kongsi jugak.. Mungkin atas sebab 'jangan ikut atau tiru bulat-bulat' apa yang dikongsi.. ahahh..


Ni namanya kuih lapis pelangi.. Resepi dia as usual la, aku ambil dari fesbuk.. Ater, dah ramai bebeno yang dok share dan like resepi yang di-post tu, tentu sedap bila jadi, kan..? So, akupun ikut la nak cuba buat getek.. Tambahan pulak masa tu anak-anak buah ada kat rumah.. Nak buat roti, aku takde masa sebab kerja meroti ni renyah sangat.. Tu yang buat resepi ringkas je tu..


Bersungguh-sungguh aku ikut apa yang ada dalam resepi tu.. Dalam hati dah mula kembang kuncup dah.. Jadi ke tidak kuih aku ni..?









Bila dah siap kukus, hasilnya sangatlah mengecewakan.. Kuihnya keras.. Langsung tak sedap.. Anak-anak buahpun tak teruja nak makan walaupun dia punya warna sangatlah kalerful. Tapi luak la sikit.. Lepas tu, mem besar pulak dok cakap; ontah apo bondo kue ehh ontah.. Dan as usual, den ontok yoo laa.. ahahh.. Lepas ni pangkah terus la resepi ni.. hehh.. Better guna resepi yang ada dalam buku resepi aku tu.. Tapi kalau guna resepi aku, takde la istilah nak mencuba resepi baru, kan..?


Sebelum tu aku ada buat kuih lompang. Resepi dari fesbuk jugak. Hasilnya pun sama. Keras kedengkung.. Sudahnya, untuk kukusan berikutnya, aku keluarkan balik semua isi yang ada dalam acuan lompang tu, then aku tambah sikit lagi air. Pastu kukus balik.. Hasilnya lembik la sikit tapi masih boleh dimakan.. Boleh bagi jiran merasa.. Alhamdulillah, jiran tu suka.. 


Kuih lapis yang tak jadi ni aku tak tau ke mana perginya.. Mungkin mak aku dah lempar bagi ayam makan.. Rezeki ko la ayam.. hehh..


p/s: Moral of the story; jangan percaya bulat-bulat, jangan tiru bulat-bulat or jangan ikut bulat-bulat.. 

Rebung yang diabaikan..

Assalamua'laikum...

Rebung yang diabaikan.. 


Orang sekarang ni aku perhatikan, anak masih lagi kecil tapi sudah diajar ber-selfie, ber-monopod bagai.. Seronok kot bila ramai yang memuji gaya anak tu comel la, cute la dan sebagainya.. 


Sepuluh tahun akan datang, jangan la terkejut jika anak tu ber-selfie dengan gambar yang tidak senonoh.. Masa tu dah tak boleh nak buat apa dah la sebab benda tu dah diajar sejak kecil.. Dah sebati dah.. Dan jangan pulak nanti pihak atau orang lain yang dipersalahkan.. Tapi selalunya itulah yang terjadi.. Mana ada orang yang nak mengaku salah sendiri.. Ada, tapi agak susah la nak jumpa.. hehh..


Anak anda, pokok dek anda la nak ajar macam mana.. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. 


p/s: Cuti sekolah dah habis.. Bersemangat la sikit nak masuk kelas tu.. Jangan semangat nak cuti je.. hehh..
.
.

Friday, June 13, 2014

Terima kasih atas segalanya.. :)

Assalamua'alaikum...

Terima kasih atas segalanya.. :)


Langkah demi langkah aku teruskan jua...
Masa demi masa sampai akhirnya...
Terima kasih atas penghinaan...
Yang kau lemparkan...

Tangga demi tangga kita daki bersama...
Jatuh terluka bangun semula...
Terima kasih atas kesakitan...
Yang telah kau berikan...

Kerana itu penghinaaan...
Juga cemuhan...
Diganti dengan kepujian...
Dan kemuliaan...

Air mata menjadi permata...
Kebencian menjadi cinta...
Inilah hidup di dalam dunia...
Bersandiwara...

Selama tinggal kesengsaraan...
Selamat tinggal penderitaaan...
Terima kasih atas pengalaman...
Yang Kau berikan...

Kini terbukti cinta yang ku alami...
Bukannya mimpi...
 Lautan api boleh menjadi...
Ohh taman salji...





p/s: Terima kasih atas pengalaman...Moga ianya terus menjadi ingatan untuk dikenang agar tidak terus tersungkur untuk kesekian kalinya.. Bukan semua orang boleh dapat pengalaman 'berharga' macam ni; dicaci maki, diumpat keji, disindir, disisih pulaukan dan sebagainya.. :)

Monday, June 9, 2014

Reunion yang menghancurkan..

Assalamualaikum...

Reunion yang menghancurkan..


Salah satu sebab kenapa aku kurang menggemari aktiviti sebegini.. Bukan tak suka atau tak sudi berjumpa dengan kawan lama tapi sebaliknya takut berlaku perkara macam ni la.. 


"Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.." - [Kisah selanjutnya...]




Aku memang la takde pasang kapel masa zaman sekolah.. Even cinta monyetpun aku tak minat nak layan.. Cuma aku pasti bila berjumpa nanti, pasti akan ada scene kenen-mengenen atau giat-menggiat atas alasan sekadar bergurau.. Dan sememangnya aku cukup tak suka dengan gurauan macam ni.. Orang lain nak buat, itu dorang punya pasal tapi aku memang tak berminat nak menggedik macam ulat beluncas ni.. *buat masa ni la.. Esok lusa aku tak tau la, kan...


p/s: Perbetulkan niat.. Nak jumpa kawan lama ataupun jumpa kekasih lama.. Tepuk dada, tanyalah iman.. Jangan tanya selera sebab selera sentiasa on manjang.. Tak gitu..?? Hehh... 

Sunday, June 8, 2014

Adakah kita sebegini...??

Assalamualaikum..

Adakah kita sebegini...??


Adakalanya aku tak berapa nak faham istilah sombong ni.. Yang aku faham, sombong ni ada kaitan dengan berlagak.. Walau apapun maksud sombong ni, moga kita dijauhkan daripada mempunyai sifat begini..




Adakah sombong itu berkait-rapat dengan pendiam..?? Ataupun kurang bercampur dengan orang lain..? Tapi selalunya itulah yang dilemparkan kepada mereka yang jenis diam dan suka menyendiri ni.. Asal orang tu diam je, mulalah kata orang tu sombong.. Asal orang tu suka buat hal sendiri je, mulalah kata orang tu berlagak.. Sabar je la.. 


p/s: Persepsi masing-masing.. Suka hati la nak buat penilaian yang macam mana.. hmmm....

Friday, June 6, 2014

Alternatif...

Assalamualaikum...

Alternatif...


Tak tau nak buat cerita pasal ni.. Cuma nak bagitau, ni je la jalan alternatif yang sempat aku fikir dan buat untuk kerusi malas aku ni..




Skru kerusi malas ni dah hilang.. Tak tau masa bila dia tertanggal.. Alih-alih masa duduk je, rasa melendut semacam je.. Lama jugak dok belek nak cari punca kenapa dia melendut.. Lastly, jumpa jugak penyebabnya..




Dok cari-cari mana skru tu terbang tapi tak nampak jugak.. Sudahnya aku letakkan skru driver kat dalam lubang skru tu.. Mujurlah muat.. ahahh..




Sebagai langkah keselamatan agar peha atau ponggong tidak tercucuk dengan muncung skru driver tu, aku letakkan sebiji kusyen.. Sekurang-kurangnya adalah benteng sebagai penahan.. Lagipun kerusi ni aku jarang duduk.. Cuma takut anak-anak buah aku dok main panjat-panjat je.. Untuk sementara boleh la guna cara ni.. Tapi janganlah biarkan kekal macam ni selamanya.. 


p/s; Takkan la sebab satu skru dah hilang, terus nak buang kerusi malas tu kot.. 

Tuesday, June 3, 2014

Cara ambil ukuran untuk buat pola atau dasar baju kanak-kanak perempuan berpandukan ukuran baju siap..

Assalamualaikum...

Cara ambil ukuran untuk buat pola atau dasar baju kanak-kanak perempuan berpandukan ukuran baju siap..


Perghhh...!!! Panjang betul tajuk entry aku kali ni, kan.. ahahaha... Dan gambar yang ada kat dalam entry ni jugak sangat la banyak.. Tak menahan betul.. hehh.. Bukan senang nak ajar orang hanya berpandukan sumber google ni.. Jika boleh, aku nak la orang faham apa yang aku ajar.. Takde la nanti aku ajar kosong macam tu je.. 


Okay la, marilah cuba memfokuskan mata dan minda ya.. Moga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran kita.. InsyaAllah...




Ni baju anak buah aku yang berumur 5 tahun.. Ukuran untuk baju ni dalam inci adalah:

Labuh baju: 19 1/2
Bahu: 9 dibahagi 4 = 2 1/4
Dada: 11 dibahagi 2 = 5 1/2
Panjang tangan: 4 1/2 (tiada dalam gambar)
Keliling tangan/ketiak: 11 dibahagi 2 = 5 1/2
Cuff: 7 dibahagi 2 = 3 1/2
Pinggang: 10 1/2 dibahagi 2 = 5 1/4 (tiada dalam gambar)
Ponggong: 24 dibahagi 2 = 12 (ukuran termasuk untuk kedutan)
Leher hadapan: 10 1/2 dibahagi 2 = 5 1/4
Leher belakang: 8 dibahagi 2 = 4
Bahu ke pinggang: 7

Nota: Ukuran untuk bahagian dada, pinggang, ponggong adalah 1/2 daripada ukuran asal.. Sebab tu dibahagikan dengan 2 sahaja sebab ikut ukuran siap..


Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.. 



Bahu..


Cuff..


Ketiak atau keliling lengan. Tegakkan tali tape masa mengukur..


Keliling leher hadapan. Juga tegakkan tali tape masa ambil ukuran..


Keliling leher belakang. Tegakkan juga tali tape masa mengukur..


Keliling dada (ukuran bermula dari pangkal lengan/ketiak..)
Ukuran keliling pinggang kat bahagian yang ada riben tu..


Paras pinggang..


Keliling ponggong..



Labuh baju..


Ini adalah ukuran yang sepatutnya dibuat atas pola.. Sila klik gambar untuk lebih jelas..


Jika nak buat kedutan di pinggang, turunkan 1/2 inci pada bahagian pinggang atas pola baju dan buat garisan dengan menggunakan pembaris melengkung. Lepas tu potong bahagian tersebut.. Dah jadi satu pola untuk bahagian baju..


Lepas tu untuk bahagian skirt yang kembang dan berkedut tu, potong kain sama lebar dari bahagian pinggang dan bawah kain.. Contohnya jika bahagian bawah kain tu ukuran dia adalah 24 inci, maka bahagian atas kat pinggang tu pun ukuran dia 24 inci jugak.. Ataupun boleh jugak kurangkan ukuran inci untuk kedutan tu jika tak nak kedut yang banyak.. Terpulang pada kehendak masing-masing la ya.. 


Perlu ingat, setiap basi jahitan adalah antara 1/2 inci hingga 3/4 inci..


Cara nak buat pola atau dasar baju adalah lebih kurang sama macam cara nak buat pola atau dasar blouse atau baju kurung moden.. Boleh cuba rujuk kat entry yang ini..  Aku dah tak larat nak buat lukisan lagi.. huhu.. Bezanya yang ini dah ada ukuran siap.. Jadi tak perlu nak kena tambah ukuran lagi.. Lagi mudah nak buat pola..


p/s: Moga faham la ya.. Pelan-pelan kayuh.. Laju-laju nanti takut terbabas pulak.. Maksudnya takut tak faham pulak.. hehh..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)