Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, April 6, 2013

Rimas...

Assalamualaikum...

Rimas...


Korang rimas tak bila korang masuk dalam kedai atau shopping kompleks, pastu dia punya jurujual dok ikut je mana korang pergi..? Pastu dok pandang-pandang korang, tanya itu-ini kat korang padahal korang baru je masuk, belum decide satu apapun lagi..? Rimas tak...? Kalau aku, memang rimas sangat-sangat.. Tak pasal-pasal makin cepat aku keluar dari kedai tu.. Elok-elok nak lepak setengah jam, tak sampai sepuluh minit aku dah angkat kaki. Blah..


Macam tu jugak dengan aku.. Aku rimas bila ada orang yang ikut atau follow kat grup mana aku melepak.. Memang la aku ada bagitau yang aku suka lepak kat situ.. Aku lepak kat situ sebab aku suka berbincang tentang apa yang aku baca.. Tapi dorang..? Setahu aku, dorang tak minatpun dalam soal membaca novel Melayu ni.. So, apa tujuan dorang join kat grup tu, kat tempat aku melepak tu..? Nak jadi spy ke apa...?


Selama ni aku layan dorang dengan baik macam aku layan orang lain jugak.. Tapi bila dorang ikut aku kat tempat yang tidak sepatutnya, aku jadi rimas sangat.. Dan aku terkejut.. Selebihnya, aku tak suka dengan cara dorang tu.. Aku tak pernah nak ikut mana dorang pergi.. Ikut suka hati masing-masing la nak huhahuha kat mana.. So, takde sebab untuk dorang nak ikut mana aku pergi.. Tolonglah jadi dewasa sikit.. Kang kalau aku kata macam budak hingusan, marah la pulak.. hehh..


Aku tak suka nak block orang tanpa sebab.. Oleh itu, jangan la cari sebab untuk aku block korang.. Aku hormati privasi korang dan aku harap korangpun hormati privasi aku.. Ni bukan sebab secret admirer ke, apa ke.. Ini adalah sebab bizibodi ya amat... Bizibodi pada perkara yang tidak sepatutnya diambil tahu.. hehh...


p/s: Maaf kerana aku bukan seperti apa yang korang/engkau fikirkan... Maaf kerana terpaksa jugak meluahkan ketidakpuasan hati aku ni... Tolonglah faham.. huhuhu.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)