Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 12, 2016

Tak salah berkongsi idea.

Assalamu'alaikum.

Tak salah berkongsi idea.


Ingat lagi tak pada entri aku yang ini? Kalau dulu aku gunakan bekas mister potato ni sebagai tabung, kali ini aku gunakannya sebagai tempat untuk menyimpan segala zip yang ada dalam simpanan aku.




Siapa yang bekerja sebagai tukang jahit, pasti mempunyai zip yang banyak dari pelbagai jenis dan warna. Zip ni kalau tak disimpan dengan sempurna, memang jenuh la nak mencari. Habis semua barang kena kirai dan kisai. Akhirnya, kita sendiri yang pening nak kemaskan semula. Ahaha.




Makanya, apa kata kita simpan semua zip kita tu dalam bekas mister potato ni. Selain daripada nampak kemas, ia juga mampu menjimatkan ruang. Kalau ada banyak bekas mister potato ni, bolehlah letak satu warna zip dalam satu bekas. Lagi senang kita nak cari dan ambil sebab zip tidak bercampur dengan warna lain.


Untuk mereka yang selalu travel, boleh juga isikan peralatan menjahit kat dalam bekas ni. Mungkin boleh isikan dengan jarum jahit, benang, gunting kecil, pita pengukur, jarum peniti, kapur kain, penetas benang dan sebagainya. Pastikan penutup tu kita selotep ketat-ketat. Mana la tau masa dalam travel tu ada baju yang terkoyak kat bahagian ketiak ke, boleh la kita jelujur untuk sementara waktu. Takde la nanti nak kena beli baju baru, kan?


Lepas ni jangan buang bekas mister potato ni. Basuh bersih, keringkan dan bolehlah diisikan dengan pelbagai barangan yang bersesuaian. Kita yang buat dia, kan? Ikut suka kita la nak sumbat apa kat dalam tu. Ahaha.


p/s: Selamat mencuba!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)