Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 24, 2009

Kisah Aku dan Dia...uhukkk....(1)

Assalamualaikum...

Kisah Aku dan Dia...uhukkk....(1)

Alhamdulillah... Jumpa lagi kawan-kawan setelah agak lama aku kebuntuan idea hehe... Moga korang makin ceria dan sukses sokmo.. Korang tentu nak tau kan pasal tajuk kat atas tu. Mesti korang dah tak sabar nak tau Kisah Aku dan Dia tu hehehe... *Perasan jap.. haha...


Kisah ni berlaku waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Dah lama dah berlalu tapi bila aku ingat-ingat balik peristiwa ni, badan aku tetiba je akan jadi seram sejuk, meremang gituu.. Ni kisah antara aku dengan kucing...


Wakakakakaka...., amek korang, nak tau sangat pasal aku... Korang ingat aku nak ke citer pasal boipren-boipren ni.... Takdenya haiiihhh hehe... Tapi citer ni lagi syahdu bagi aku laa...


Aku ni memang suka kucing. Ada satu malam tu, aku bawak la kucing ni tidur dengan aku. Masa peristiwa ni berlaku umur aku baru 9 tahun, dengan bodi yang agak comel gak la huahuahua. Mula-mula tu elok je kucing tu tidur kat sebelah aku. Sambil tu aku gosok-gosok kepala dia bagi dia makin lena. Aku tidur atas katil bujang dengan spring katil tu yang sudah melendut ke bawah. Maklum la, bukan aku sorang je yang lepak atas katil tu.. Ramai lagi yang gunakan katil tu.. Tambah pulak katil tu adalah katil abah aku masa dia dalam tentera dulu.


Esok paginya, dengan hati yang ceria aku bangun seperti biasa, apatah lagi hari tu hari cuti.. Tak payah sibuk-sibuk nak mandi pergi sekolah. Dalam pada tu, aku tercari-cari jugak mana kucing yang tidur dengan aku malam tadi.. Puas aku panggil..... meowww.... meowww... Tapi kucing tu tak datang jugak. Hmmm..... Mungkin kucing tu dah keluar kott....., aku fikir macam tu...

Akupun mula la mengemas katil tu.....

Tiba-tiba.................

Huwaaaaaaaaaaaa.........!!!


Kucing yang tidur dengan aku malam tadi dah jadi lempeng... huhuhu.... Aku punya la terkejut bila tengok kucing tu dah keras leper dok kat bahagian paling melendut tu.... Aku jadi tak keruan.... Menangis dan terus menangis.... Entah masa bila aku tertindih kucing tu, akupun tak tau... Nampak sangat aku ni jenis tidur mati.. huhuhu... Dan aku tak ingat apa yang aku buat dengan bangkai kucing aku tu... Yang pasti, aku biarkan je bangkai tu kat atas katil tu.... Entah siapa yang buang, aku pun tak tau.... Terkejut punya pasal la ni...


Pesanan aku, jangan ikut perangai aku ni kerana sampai sekarang aku masih lagi rasa bersalah atas kematian kucing tu. Maafkan aku kucing, aku tak sengaja. Ampunkanlah dosa aku ni Ya Allah....


p/s: Tu la, siapa suruh tidur dengan aku.. Kan dah mati kena hempap... adehhh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)