Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, August 1, 2010

ALMOND LONDON: Tak payah la nak cari kat London...

Assalamualaikum....

Ni resepi almond london. Aku cilok kat mana tah, lupa dah... Tak kisah la ambil kat manapun. Apa yang penting, aku kongsikan resepi ni dengan pembaca setia blog aku ni.. Ada ke..?? Hahahaha... perasan je lebih. Siapa yang tak suka resepi dia kena cilok, sila pasang alarm kat blog korang tu ehh... Resepi pun nak kedekut ke...?? Siapa nak ambil resepi ni, silalah salin semula... Jangan nak malas-malas, main copy je... ahakkk...

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan–bahan:

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil emplex (optional)
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] campurkan kesemua tepung dan ayak bersama.
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara-caranya:

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata.

3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan adun sebati.

4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.

5. Bubuh badam di tengah-tengah dan buatkan bentuk bujur.

6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak.

7. Biarkan biskut sejuk, baru celupkan ke dalam coklat cair.

8. Biarkan coklat sejuk dan mengeras, barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Aku kata: Aku belum pernah cuba buat biskut ni. Kalau korang rajin, cuba la buat dari sekarang. Mana la tau kot-kot boleh bukak bisnes raya akan datang ni... =D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)