Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 14, 2019

Alhamdulillah. Rezeki hari ini.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Rezeki hari ini.


Berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya. Alhamdulillah.


Semalam, aku dok picit buah durian belanda ni tapi masih lagi keras. Pagi tadi, aku teringat nak jenguk dan picit lagi. Tup-tup dah rasa lembut dah buah tu. Akupun apa lagi. Berkejar la masuk ke dapur ambil gunting untuk potong ranting yang ada buah tu. Tak sangka dia nak masak, tu yang tak bawa gunting. 




Sebelum dapat gunting ranting tu, tangan aku kena ketip dek kerengga dulu la. Maklum la, dorang yang jadi pengawal pokok ni. Aku pulak menonong je nak potong. Patutnya minta la izin dulu, kan? Tak memasal kena cubit. Mujurlah sekor dua je yang garang. Yang lain tu berdesup lari. Takut lettew kena picit... Haha..




Ranting yang ada buah ni agak tinggi sikit. Aku terpaksa menjingkit dan angkat tangan tinggi-tinggi sebab takut buah tu jatuh. Pangkal tangan aku yang kat bahu yang sedang sakit tu, aku tahankan aje. Lepas dapat je buah tu, hilang la sakit tu sekejap sebab gembira punya fasal. Tapi sekarang ni dia dah sakit balik dah. Terpaksa la sapu minyak panas. 




Alhamdulillah, buah durian belanda kali ini isinya cantik dan tidak ada rasa pahit macam yang sebelumnya. Buah ni semasa masih putik, banyak sungguh bena. Penuh bena kat keliling buah tu. Tapi disebabkan kat pokok tu jadi sarang kerengga, maka bena tu kenalah makan dek kerengga tadi. Padan muka dia. Haha.


Kalau takde kerengga, putik durian belanda yang kena serang dengan bena tu akan kering dan gugur sebab bena tu hisap tangkai putik tadi. Jadinya, janganlah dibunuh kerengga yang ada kat pokok buah-buahan yang kita tanam. Tapi kalau kita dah teruk kena serang, terpaksalah bunuh jugak, kan? 




Aku jarang sangat letak baja kat pokok durian belanda aku ni. Kadang-kadang aku terlupa. Kadang-kadang aku ingat tapi malas pula nak pi ambil baja tu. Heh. 


Korang nak tunggu apa lagi? Jom la berkebun! Aku ajak berkebun ya. Bukannya ajak membawang. Heh.


p/s: Tak perlulah aku bagitahu seluruh dunia sama ada aku bagi jiran ataupun tidak. Setiap 'sedekah' aku tu, biarlah Allah sahaja yang tahu. Akupun pandai juga nak cari saham akhirat. ✌✌✌
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)