Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, September 28, 2019

Cyberjaya: Koperasi 100 tahun.

Assalamu'alaikum.

Cyberjaya: Koperasi 100 tahun.


Hari Sabtu minggu lepas, bersamaan dengan 21 September 2019, aku ikut sama dalam rombongan ke Cyberjaya sempena 100 tahun Koperasi Malaysia ditubuhkan. 


Image may contain: 1 person, smiling

No photo description available.


Kami diarahkan untuk berkumpul di depan kedai koperasi di sini pada pukul 4.45 pagi sebab bas akan bergerak pada jam 5 pagi. Maka, seawal pukul 3.10 pagi aku dah bangun. Mata pulak tak berapa nak lelap. Aku bangun awal sebab nak masak untuk abang aku. Maklum la, seharian di Cyberjaya. Kesian pulak dia kalau nak kena pergi ke kedai untuk beli makanan.



 ^
Berhenti rehat di RnR Gombak. 
v





 Sistem audio yang kurang memuaskan. Suara kuat berdengung tapi tak tau apa butir bicaranya. Bosan duduk bawah khemah ni. Macam-macam rasa ada. Sakit kepala. Rasa mengantuk. Rasa nak cepat je balik.



^
Gambar atas ni, khemah kat sebelah tu bertutup habis. Tak faham aku kenapa nak kena tutup semua tu? Dengan cuaca yang berbahang, ramai yang keluar dari situ sebab dorang kata kat dalam khemah tu berkuap. Akupun tak jadi nak masuk. Tu yang aku duduk bawah khemah ini je. Tapi tak lama lepas tu, dorang dah buka penutup khemah tu. (gambar bawah).
v

 #MentalitiJamban. Masih ramai yang yang letak beg dan barang atas kerusi sebab 'tolong jaga' kerusi kawan sedangkan ramai yang mencari tempat duduk. Apa salahnya bagi je orang tu duduk dulu sebab kawan tu pergi jalan-jalan punya la lama.


Pukul 11.30 pagi, aku dan grup dah bergerak keluar dari khemah sebab nak cari tandas. Jenuh dok tanya orang mana tandas sebab tak nampak tanda arah untuk ke situ. Aku pergi tandas kat tingkat berapa entah tapi kena lalu kawasan parkir kereta kat tingkat atas tu dulu. Sangat menakutkan sebab suasana yang agak suram dan tandas tu pulak jauh ke dalam. Kalau pergi sorang-sorang, memang tak sempat sampai tandas, dah terkencing dulu kat laluan tu. 


Lepas keluar dari tandas, tak balik dah ke kawasan khemah tu. Tak kuasa la aku nak duduk situ. Buat sakit kepala je. Baiklah aku pergi cari makanan yang dijual di food truck. Harga makanan? Mahal ya amat. Tapi sebab dah kelaparan, beli la jugak. 😁😁😁


Lepas siap beli makanan, terus je pergi ke tempat yang diarahkan untuk tunggu bas sebab nak balik dah. Tempat tak best, buat apa nak tunggu lama-lama. Baiklah cepat-cepat balik. 😛😛😛


 ^
Masing-masing dah tunggu bas nak balik.
v
Tamarind Square. Nama dah sedap tapi persekitaran bangunan..?


Akupun tak faham kenapa nak buat event ni kat tempat yang suram dan kelam tu. Bangunan dia nampak horror sangat. Langsung takde seri. Banyak ruang kosong dan terbiar. Ada bau busuk yang memeritkan hidung masa lalu kat tepi bangunan tu masa nak cari tandas. Mungkin bau dari kawasan yang berkepung yang petak-petak kat bawah tu kot. Rasanya tu macam tandas je tapi entah la. Tak lalu nak duduk situ lama-lama. 


p/s: Aku ikut dalam rombongan ni sebab tak pernah lagi pergi ke Cyberjaya. Pernah lalu je kawasan situ tapi tidaklah turun melihat kawasan. #IndahKhabarDariRupa je.. 
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)