Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Sos masam-masam manis...

Assalamualaikum...

Sos masam-masam manis...



Hari tu aku ternampak la entry berkaitan sos ni lalu kat timeline.. So, akupun jenguk la sekejap sebab nampak macam mengecurkan air liur je.. ahaha.. Lepas tu mula la pasang angan-angan nak cuba buat pulak... Gitulah permulaannya.. Dan terima kasih kat pemilik blog yang sudi berkongsi idea.. 


Dan, akupun belilah bahan utamanya iaitu nenas... Ikut resepi asal cuma guna secawan nenas je yang dah dipotong kecil tapi aku ni guna sebiji nenas terus.. Bukan apa, buat banyak sekaligus then simpan dalam peti sejuk.. Anytime bila rasa nak guna, just keluarkan je.. Lagipun nenas kat sini susah nak jumpa.. Pastu mahal pulak tu.. Sebiji harga dia RM3.. Takde la besar manapun.. hehh..


Sebiji nenas sederhana besar..


Buang la hidung nenas tu.. Lepas tu potong kecil-kecil dan kisar halus bersama 5 ulas bawang putih dan segenggam cili kering yang dibelah dua dan dibuang bijinya serta 2 cawan air..


Dalam ni ada bahan yang dikisar tadi. Tambah lagi 2 cawan air dan masak hingga mendidih dan lepas tu masukkan 1 cawan gula + perahan sebiji lemon + garam secukup rasa + 3/4 cawan sos cili.. Letak banyak air supaya cili tu betul-betul masak.. Lepas dah mendidih banyak tu, masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos iaitu 4 sudu makan + sedikit air dan 3 sudu makan bijan. Masak lagi hingga sos sedikit pekat.. 


Biji-biji tu bukan biji cili kering tau, tapi bijan..




Aku buat sos nenas atau sos masam manis ni ikut cara aku sendiri.. Sukatan bahanpun main hentam saja la labuu.. Ikut rasa kat lidah.. Mana yang kurang tu aku tambah.. Aku gantikan cuka makan tu dengan air perahan dari sebiji lemon sebab cuka ni tak bagus untuk kesihatan.. hehh.... Then aku tambah tiga sudu makan bijan.. Saja la konon-konon nak bagi sos ni nampak cantik tapi tak nampak cantikpun... ahaha..


Cara nak buat sos masam manis ni lebih kurang sama je dengan nak buat sos yang guna tomato tu.. Cuma watak utama je yang berlainan.. Gantikan tomato dengan nenas.. Cara nak masak yang lebih teratur boleh rujuk kat link atas tu ya.. Cara aku ni tak teratur sangat.. heeee...


p/s: Lepas ni boleh la makan cokodok ikan bilis atau keropok dengan cicah sos ni.. Tak payah dah nak beli sos kat kedai... hehh... Nak makan kerang rebus cicah sos ni pun boleh.. Boleh jugak curahkan sos ni atas ikan goreng.. Kiranya sos ni sos pelbagai guna la.. Kan jimat namanya tu... hehehe..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)