Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, March 17, 2019

Cara buka plastik ais krim yang nipis dan melekat.

Assalamu'alaikum.

Cara buka plastik ais krim yang nipis dan melekat.


Bulan Februari yang lalu, aku terbeli sebungkus plastik ais krim cap king kong ni. Harga sebungkus tu agak mahal la pada aku iaitu RM2.50. Tapi disebabkan nak cuba, aku beli la jugak.


Masalah timbul apabila plastik ais krim tu jenis nipis dan melekat macam kembar siam. Jenuh aku nak buka plastik tu tapi tak lepas-lepas. Dah la masa tu aku tengah mengisi bancuhan ais krim dalam plastik. Dapat pulak plastik jenis ketegaq macam ni, memang keluar la ayat yang tak elok dari mulut aku. Kita nak cepat tapi lepas tu timbul masalah, hilang la sabar sekejap. Heh.


Mujurlah aku ada stok plastik yang lain walaupun plastik tu saiz dia panjang sikit. Terpaksalah jugak gunakan. Plastik yang ketegaq tadi, aku letak tepi dulu. Ikutkan rasa hati yang marah (masa tu), nak je aku humban plastik tu. Mujurlah hati masih lagi sabar. Istighfar banyak-banyak. Ingat balik niat nak cari sedikit rezeki. Fikir balik harga plastik tu. Terus tak jadi nak buang. 😁


Dan beberapa hari lepas, tergerak hati aku nak cuba balik semula untuk bukak plastik tu. Sebelum ni macam-macam cara aku dah gunakan. Ada yang kata suruh basahkan jari, aku dah buat dah tapi tak mahu jugak dia terbuka. Kalau dapat bukapun, ambil masa lebih dari sepuluh minit. Itu baru sehelai. Kalau sebungkus, tak mereput aku kat situ?


Di sini, aku kongsikan cara yang aku buat untuk bukak plastik ais krim yang nipis dan melekat tu. Alhamdulillah, syukur sangat di atas ilham yang Allah berikan pada aku. Nak kata cara ni senang sangat, tak la jugak tapi cara ini lagi bagus sebab aku dah berjaya bukak semua plastik dalam satu bungkus tu. Yeaa...!


Tengok gambar dan baca penerangan aku kat dalam gambar tu. Penat tau aku reka ayat dan screen shot. Haha. Kalau tak nampak tulisan tu, boleh la klik pada setiap gambar. Zoom in la tu.. 😝















p/s: Ilmu itu adalah pemberian dari Allah. Maka atas sebab itulah aku kongsikan di dalam entri ini. Moga ada sedikit manfaátnya buat orang lain yang menghadapi masalah yang serupa dengan aku.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)