Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 28, 2013

DIY: Tempat guppy menyorok... :D

Assalamualaikum..

DIY: Tempat guppy menyorok... :D


Curi sikit masa untuk bersihkan kolam kecil ikan gapi aku ni.. Kolam la sangat padalah pasu bahulu omak aku je pun... hehh... Dah lama tak cuci, air diapun dah mula berbau tapi ikan gapi tu elok je duduk dalam tu.. Cuma aku je la yang sakit mata tengok keladak yang mendap kat dasar pasu tu.. So. gigihkan la jugak badan ni buat kerja amal sikit.. ahahh..



Gunakan botol air plastik yang dah tak pakai ni.. Buat lubang memanjang, masukkan pokok keladi tahan air dan batu supaya botol tu tak terangkat..


Pastu masukkan botol tadi ke dalam pasu..


Masukkan semula ikan-ikan gapi tadi..


Mesti gapi ni makin seronok main nyorok-nyorok.. ahahh..


p/s: Okay.. Ini saja la ya.. Sekian, terima kasih.. ahahh...

Friday, December 27, 2013

Orkid: Proses pengembangan... :)

Assalamualaikum...

Orkid: Proses pengembangan... :)


Aku sayang orkid ni.. Orkid ni susah nak berbunga.. Kalau berbunga, cuma keluar sekuntum je.. Tapi bunga dia besar.. Boleh capai sebesar tapak tangan. Tu yang aku suka tu..


Pokok orkid ni asalnya ada sepasu je tapi aku dah pecah-pecahkan kepada tiga pasu.. Malangnya, sepasu tu baru je mati.. Ralat sungguh.. Yang dua pasu ni pun anak dia macam nak tak nak je keluar... huhuhu.. Harap-harap keluar la anak banyak-banyak..







p/s: Makin bulat biji mata bila tengok bunga-bunga yang berkembang ni.. Lubang hidungpun ikut kembang kempis suka hati.. kehkehkeh....

Tuesday, December 24, 2013

Dah lama tak shopping novel macam ni...

Assalamualaikum...

Dah lama tak shopping novel macam ni.. hehh...


Ya, aku dah lama puasa dari membeli novel sekali banyak macam ni.. Dulu memang ni la kerja aku.. Sekali beli hampir sepuluh buah.. Tapi bila ada sedikit rasa kecewa bila novel yang dibeli tidak menepati piawaian tekak aku, maka aku berhenti seketika daripada membeli.. Beli tu beli jugak tapi setakat dua tiga buah je..




Memandangkan MPH Online asyik buat sale je sepanjang dua bulan ni, maka akupun ikut la membeli jugak.. Aku beli yang diskaun 25% padahal sebelum ni ada je diskaun sampai 30% tapi masa tu takde rasa teruja nak beli sebab takde novel yang berkenan di hati.. 


Aku beli sebuah novel karya Anis Ayuni iaitu Saat Kau Kata Cinta.. Kiranya dah lengkap dah koleksi Anis Ayuni ni.. Novel ni takde stok kat MPH Online tu.. So, harga dia ikut harga asal la, takde diskaun 25% tu.. Takpe la, yang lain-lain tu dah ada diskaun, so, dah boleh cover dah.. hehh..


p/s: Buku Travelog Dua Tanah Suci tu merupakan buku yang ditulis oleh suami Kak Pah atau Ibundo yang merupakan seorang blogger masakan..

Seven deadly sins...

Assalamualaikum...

Seven deadly sins...


Seven deadly sins menurut kata Mahatma Gandhi adalah..

  • Wealth without work...
  • Pleasure without conscience...
  • Science without humanity...
  • Knowledge without character...
  • Politics without principle...
  • Commerce without morality...
  • Worship without sacrifice...




p/s: 
In doing something, do it with love or never do it at all.. √

Sunday, December 22, 2013

Youtube: How to make FLUFFY Asian Bread Buns recipe...

Assalamualaikum...

Youtube: How to make FLUFFY Asian Bread Buns recipe...


Tengok je video ni.. Dia uli doh guna bread maker.. Tapi boleh je uli guna mixer ataupun guna tangan.. huhuhu.. Video ni ada Part 1 dan Part 2...





Dia siap tunjuk cara nak buat water roux sekali.. Lepas tu siap bagi resepi.. Lepas tu siap suruh tinggalkan komen kat bawah video tu jika ada apa-apa kemusykilan yang nak ditanya..





p/s: Kan bagus kalau ramai yang macam ni yang rajin berkongsi ilmu.. hehh..

Saturday, December 21, 2013

Mengapam la pulak.. ahahh...

Assalamualaikum...

Mengapam la pulak.. ahahh...


Dah lama rasanya aku tak buat kuih apam tepung gandum ni.. Ye la, asyik sangat dengan mengekek (buat kek), menyiput (buat kuih siput) dan meroti (buat roti) je, sampai terlupa nak mengapam.. ahahh...


So, tengahari tadi akupun mula la membancuh adunan untuk apam ni.. Ikut resepi asal, apam tepung gandum ni kena perap selama dua jam dan akupun follow je la So, kalau nak buat untuk minum petang, kena la bancuh awal..


Tepung gandum yang aku gunakan.. Baik buat kek ataupun buat roti, tepung ni la yang aku guna.. Sesekali tu adalah jugak gunakan tepung cap sauh tu.. 


Dalam bekas ni ada 4 cawan tepung gandum + 1 cawan gula perang + 3/4 cawan gula pasir + 1 sudu makan (membukit) yis mauripan + 2 1/2 cawan air suam. Kacau sebati adunan hingga tak bergentel.. Sepatutnya guna gula merah tapi aku malas nak masak dulu gula merah tu dengan air dan malas nak menapis. So, aku guna je la gula perang/brown sugar tu..


Kemudian, tutupkan bekas tadi untuk proses pemeraman selama 2 jam..


Inilah rupanya adunan yang telah diperam selama 2 jam tadi..


Sapukan acuan dengan planta atau minyak masak untuk mengelakkan kuih apam tu melekat.. Senang guna acuan macam ni sebab kita tak payah susah-susah nak potong guna pisau.. 


Sebaiknya gunakan scop aiskrim yang ada besi kat dalam tu supaya senang nak menolak isi keluar.. Kalau nak buat muffin ataupun cupcake, pun elok guna scop ni.. Senang dan tak bersepah-sepah...


Gunakan spatula plastik yang lembik untuk mengaut isi yang melekat kat bekas bagi mengelakkan pembaziran.. Nak cucipun senang bila takde yang melekat-lekat ni..


Masukkan adunan ke dalam acuan.. Isikan 3/4 acuan sahaja.. Jangan isi penuh... Boleh juga peram dalam 10 minit untuk adunan tu naik lagi..


Dapat dua loyang yang besar...


Sebelum mengukus, bungkus penutup kukusan tu samada dengan kain ataupun dengan kertas timah dan panaskan dulu air tu.. Bila air dah mendidih, barulah mula mengukus.. Kukus satu persatu loyang.. Kalau kukus sekaligus, nanti air kukusan tu masuk ke dalam loyang yang bawah.. Kukus selama lebih kurang 45 minit hingga sejam.. 


Ni la dia rupa apam tepung gandum yang telah masak.. Ni Loyang yang pertama...


Ni loyang yang kedua.. Boleh nampak perbezaan antara loyang pertama dan loyang kedua.. Loyang kedua ni adunan dia naik lagi cantik sementara menunggu giliran untuk dikukus..


Lembut dan gebu.. hehh... Yang ni belum letak kelapa sebab tukang mesin kelapa pergi jalan-jalan makan angin.. hehehe...


Nak kata sedap sangat tu tidak la.. Tapi boleh la nak lepaskan tekak sendiri.. hehe...


p/s: Selamat mencuba ya.. Resepi dan cara dah aku letakkan kat bawah gambar.. Resepi asal kat sini ya.. Sila la klik.. Terima kasih.. heeee...

Wednesday, December 18, 2013

Pengalaman itu yang lebih penting..

Assalamualaikum...

Pengalaman itu yang lebih penting..


Pagi tadi aku buat roti lagi padahal baru je kelmarin aku buat roti ni.. Cemburu betul bila tengok gambar roti yang gebus yang geng kelab kongsikan.. Tu yang aku buat jugak tu.. Kali ni aku tambahkan water roux dalam adunan roti aku.. 

Apa-apapun, tengok gambar je la ya.. Resepi roti dan cara nak buat water roux tu nanti aku cuba tepek kat blog dapo aku.. 




Aku gunakan mixer serbaguna Falcon ni untuk mengadun selama lebih kurang setengah jam secara berhenti berhenti.. Tak boleh adun terus-menerus takut nanti kipas dia panas.. Lepas tu, keluarkan doh dan tambah sikit tepung lagi sebab doh ni lembik.. Lepas tu, sambung uli dengan tangan lebih kurang 20 minit atau hingga doh betul-betul lembut dan elastik..

















Tuesday, December 17, 2013

Dah berkurun tak jumpa dia ni.. ahahh...

Assalamualaikum...

Dah berkurun tak jumpa dia ni.. ahahh...


Siyes, aku dah berkurun tak jumpa dia ni.. Selalu jumpa yang jenis lempeng tu je.. Aku kurang suka jenis yang tu sebab nanti telur tu kembang semacam je.. hehh..




Entah macam mana, tiba-tiba petang ni teringin pulak nak masak sambal telur ayam bulat-bulat macam ni.. Lagipun stok telur ayam kampung banyak kat dalam peti sejuk tu.. Tu yang aku buat sambal telur golek-golek tu.. Tapi campur la dengan telur ayam bandar sekali..


p/s: Abaikan presentation yang sememeh tu.. hehh...

Buat roti terlupa sukatan tepung.. hahaha..

Assalamualaikum...

Buat roti terlupa sukatan tepung.. hahaha..


Dok uli roti guna mixer serbaguna jenama Falcon yang dah berzaman beli tapi cuma pernah guna sekali je.. Bila nak on suis untuk uli doh, asyik la tertekan suis untuk keluarkan doh.. Apa lagi, keluar la tepung tu ikut lubang acuan kat depan tu.. hahaha..


Ni dah siap basuh dah..


Lepas tu, doh lembik semedang.. Dah tambah tepungpun masih lembik.. Akupun tak ingat samada sukatan tepung tu cukup ataupun kurang 1 cawan.. Masa dok buat bulat-bulat tu, doh tu melekit sikit kat jari tapi aku sapu tapak tangan dengan tepung.. Lepas tu balun je la buat.. Jadi ke, tak jadi ke roti aku tu, makan aje laa.. Kalau roti tu keras kedengkung, kita cicah je dengan milo.. muahahahaha... tettttt..


Dan ni la dia hasil roti yang tak ingat sukatan tepung gandumnya tu.. Ajaibnya walaupun roti ni tak tinggi dia punya naik, tapi isi dia lembut dan gebu.. Ringan je roti tu.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, jadi jugak la roti aku ni.. hehe...


Semua letak atas mangkuk yang diletak dalam air.. Rumah aku banyak sangat semut.. Tak tau nak buat apa dah.. Kalau tak buat macam ni, alamatnya esok dorang buat sarang dalam roti tu.. huhuhu...


Yang ni roti kosong.. Aku letak gula pasir kat atas dia..



Yang ni aku letak oat...

Seketul dah kena ngappp... ahahh...


Ni aku letak inti kuih ketayap macam hari tu..

p/s: Boleh buat sarapan pagi nanti.. hehe..

Cara merajah pola lengan blouse atau baju berfesyen...

Assalamualaikum...


Cara merajah pola lengan blouse atau baju berfesyen...


Kali ni aku nak kongsikan sedikit cara nak buat pola lengan untuk baju berfesyen seperti blouse, kurung moden, jubah, kemeja dan sebagainya.


Apa-apapun, rujuk pada gambar.. Aku tak tau nak melukis.. Jadi, aku snap je gambar yang ada dalam nota aku..


Tiga bulatan kecil tu adalah simbol untuk lipatan.. Maknanya, jika nampak je pola yang ada tanda macam tu, kita kena lipat dua kain tersebut.. Tapi pola pada kertas, tak payah la lipat dua kertas tu..


Tengok pada nombor yang ada tu ya..

0-1 = Labuh/panjang lengan tetap - maksudnya panjang lengan tanpa basi jahitan.

0-2 = Turunkan 4 inci ataupun ukuran keliling dada dibahagikan dengan 8 - aku selalu gunakan yang turunkan 4 inci tu..

2-3 = Ukuran keliling dada dibahagi 4 tetap - maksudnya tak perlu tambah apa-apa.

1-4 = Ukuran keliling pergelangan tangan dibahagikan dengan 2.

0-1 = Bahagikan dengan 2 untuk dapatkan garisan siku.

0-3 = Buat garisan lurus dan bahagikan pada tiga titik.. Kemudian dibentukkan lengkungan. Ukuran lengkungan lubang lengan pada pola lengan mestilah sama dengan ukuran lengkungan lubang lengan pada pola badan baju... Jarak antara lengkungan atas garisan lurus tu 1/2 inci dan lengkungan bawah garisan lurus tu 1/4 inci..


Kemudian, cara nak letakkan pola lengan pada kain mestilah mengikut ira memanjang.. Jika tidak, nanti kat bahagian tangan rasa tak selesa terutama sekali jika kita nak gerak-gerakkan tangan.. Dia akan rasa keras dan seakan tersekat kat pangkal lengan tu... Rujuk gambar bawah ni.. Ini cara yang betul untuk meletakkan pola lengan pada kain...


Sebaiknya gunakan cara begini untuk memotong lengan baju berfesyen..


Tidak digalakkan untuk gunakan cara yang bawah ni untuk memotong lengan baju berfesyen..  Ada orang potong macam ni sebab nak jimat kain ataupun kain tak cukup.


Cara yang salah..


Rasanya ini je kot untuk bahagian buat pola lengan dan cara letak pola lengan pada kain..


p/s: Harap-harap faham la ya.. huhuhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)