Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 29, 2012

Tak pandai den nak menggayakannya... :)

Assalamualaikum...

Tak pandai den nak menggayakannya... :)

Ada orang bagi aku kerongsang yang pakai kat tudung tu..
Fesyen sekarang kerongsang tu dipinkan kat bahagian tudung kat bawah dagu..
Dan dibiarkan tergantung serta berjuraian di situ...


Terima kasih sebab bagi kerongsang yang dibeli kat Sabah ni.. 

Tapi aku ni agak kuno dalam berfesyen..
Ada la dalam tiga empat kerongsang berjurai-jurai ni yang orang bagi kat aku.. 
Aku tak pakaipun kat bawah dagu tu..
Aku pin je kat hujung tudung bawal...
Hahahaha...

Segan aku nak pakai kat bawah dagu tu..
Segan bila nanti orang pandang semacam je..
Bertambah segan bila ada orang yang tanpa rasa bersalah, dok pegang dan belek kerongsang tu lebih-lebih lagi di tempat awam.. Dah macam orang tak betul je... Kehkehkeh...

Kadang-kadang aku pelik, kenapa la nak letak kerongsang yang berjurai-jurai, dengan silaunya, dengan besarnya, dibiarkan tergantung kat bawah dagu tu.. Dah macam janggutpun ada... hehehe... Kalau mak aku lagi la tak berkenan dengan fesyen ni.. Tapi nak buat macam mana.. Anak menantu cucu diapun ada yang buat seperti ni.. Bila mak aku kata, apo bondo la pakai macam tu...? Nanti dorangpun jawab la secara berjemaah, ini pesen la makkk.... Itu anak menantu dia la yang menjawab.. Kalau cucu-cucu dia pulak menjawab, ni la pesen zaman sekarang Wan.. Zaman Wan dulu mana ada semua ni.. Adehhh... Tak tau den nak cakap apa dah.. No komen je la... ehehh...

Kakak aku yang sorang tu banyak koleksi kerongsang berjurai-jurai ni... Tak macam aku dengan kakak yang sorang lagi tu.. Kami berdua tersangatlah sempoi orangnya.. haha... Kakak yang ada koleksi kerongsang tu paling suka bila aku tak berminat dengan kerongsang berjurai-jurai ni.. Sebab apa tau..? Sebab nanti takde la orang yang nak mengecek kerongsang dia tu... hahahaha... Pesen aku pulak, kalau aku tak berkenan, buat apa aku nak mintak...


Tudung kakak aku yang tinggal masa raya puasa hari tu.. 
Tak teringin pulak aku nak menggayakan kerongsang dia tu... :-)


Aku punya pe'el, pakai je kerongsang yang kecik untuk pinkan tudung kat bawah dagu tu.. Selagi kerongsang tu boleh guna dan jarumnya masih lagi tajam, selagi itulah aku pakai.. Jadi, koleksi kerongsang aku yang kecil dan murah tu cuma ada dalam lima hingga enam biji sahaja.. 

p/s: Kunopun kuno la haiihhh.... :P

Jangan main-main, cakaplah...!

Assalamualaikum...

Jangan main-main, cakaplah...!

Bercakap itu salah satu bentuk pengubatan jiwa. Asalkan jangan bercakap hal-hal yang merapu atau cenderung pada mengumpat, ia patut dilakukan selalu. 

Bayangkan anda seorang diri di rumah sedang ahli keluarga yang lain semuanya pulang ke kampung untuk dua tiga hari. Anda akan gelisah. Anda akan buka tv atau dengar radio, anda mahu mendengar suara. Tidak sanggup lagi rasanya hidup dalam dunia sepi sedangkan anda tidak bisu dan bukan seorang yang pekak.

Bercakaplah untuk melegakan perasaan. Sampaikan apa yang terpendam di dalam hati anda untuk didengar oleh orang lain. Jika tidak mampu bersuara, menuliskannya juga cukup. Pokoknya 'bercakap' meskipun tanpa suara.




Sembahyang itupun 'bercakap', berzikirpun 'bercakap', aktiviti bercakap berlaku di mana-mana. Usah asingkan diri anda tidak mahu bercakap. Salah satu aktiviti yang boleh merangsang otak ialah bercakap.

Meskipun begitu diam adalah lebih baik dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bercakap perkara-perkara baik itu lebih baik daripada langsung tidak bercakap..

Kalaupun tidak mahu bercakap, keraplah membaca sebab membaca juga salah satu aktiviti 'bercakap'...

Sedikit petikan daripada buku Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi hasil tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...

p/s: Mood aku sekarang ni macam malas je nak bercakap atau dalam bahasa ciptaan aku, mood aku ialah MnM iaitu Malas nak Merapu... Tapi kat blog still merapu lagi... ehehh... Esok lusa tak tau lagi macam mana.. Bergantung pada keaktifan hormon jugak kot... Ada pulak camtu... hehe... Ehh, ada ke..? Errrr.... aiyark....!!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)