Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, April 13, 2015

Alhamdulillah.. Moga bermanfaat untuk semua...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. Moga bermanfaat untuk semua...


Sudi-sudikanlah share tutorial jahitan yang aku buat ni.. Memang tujuan aku buat tutorial ni untuk dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan.. Mudah-mudahan dapat meringankan sedikit bebanan jika sudah boleh menjahit sendiri atau mungkin juga boleh menjadikan satu sumber pendapatan masing-masing.. Maklumlah, sekarang ni serba serbi meningkat..










Secara jujurnya, aku tidak mengharapkan komen berupa pujian ataupun Like yang banyak dengan perkongsian ini.. Niat aku hanya ingin membantu kerana aku tau nak masuk kelas jahitan memang agak tinggi kosnya.. Yang penting bagi aku, misi untuk aku menyampaikan ilmu itu berjaya difahami.. Itu sahaja.. Jika ada yang kurang faham, boleh tanya aku.. InsyaAllah, aku cuba jawab jika aku mampu nak jawab..


p/s: Cuma diingatkan, jangan pulak ada yang print screen atau screenshot tutorial aku, kemudian dicetak menjadi buku atau nota dan lepas tu dijual tanpa pengetahuan aku.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)