Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 5, 2011

Masa bercinta panggil baby.. Bila dah putus panggil babi..

Assalamu'alaikum...

Masa bercinta panggil baby.. Bila dah putus panggil babi..



Boleh ke buat macam tu..? Panggil orang ikut suka hati je macam la orang tu takde nama. Mak bapak dorang punya la susah nak cari nama untuk anak dorang tu, tup-tup ada yang panggil babi. Namun, begitulah yang selalunya terjadi tak kira siapa orang itu. Masing-masing nak tunjuk ego. Masing-masing tak mahu mengaku kesalahan sendiri. Masing-masing nak lepaskan geram yang terbuku di hati. 



Aku selalu tengok drama Melayu yang diselitkan dengan dialog begitu. Asal bergaduh je, mula la sebut nama binatang haram tu. Bila ada masalah je, nama haram tu jugak yang disebut-sebut. Kalau la babi tu boleh faham, tentu dia melompat gembira sebab nama dia disebut-sebut selalu...


Teringat kembali dengan seorang teman waktu bekerja dulu. Akibat terkena renjatan culture shock, dia mudah sangat berkawan dengan ramai lelaki. Kalau hari cuti tu, dari pagi sampai ke malam jadual dia penuh dengan blind date. Berani sungguh dia walaupun baru sampai dari kampung. Mungkin masa kat kampung pergaulannya terbatas...



Sebelum dia datang, susah sangat aku nak dengar perkataan babi tu kat asrama. Cuma, kadang-kadang bila ada yang tension dengan kerja atau leader atau supervisor, barulah keluar perkataan tu. Aku pulak selalu gunakan perkataan bodoh kalau tengah marah sangat. Macam la diri ni pandai sangat sampai nak kata orang lain bodoh.. huhuhu...



Kawan tadi kalau ada date tapi orang yang ditunggu tu tak datang menjemput, mula la dia memaki hamun budak lelaki tu. Macam-macam la yang keluar dari mulut dia. Babi betul la. Kalau aku tau dia tak datang, baik aku keluar dengan si polan tu. Buang masa aku je tunggu dia. Begitulah selalunya ayat dia sehinggakan kawan serumah mengangkat kening. Lama-lama ada jugak yang tak tahan dan sound terus kat dia. Rimas...



Sekarang ni budak-budak kecikpun dah pandai sebut babi. Ada sorang kawan aku yang menenyeh cili padi kat mulut anak dia yang masa tu berumur 5 tahun sebab budak tu sebut babi kat abang dan kakak dia. Apa lagi, meraung la anak dia tu tapi dia kata lepas tu takde dah dengar anak dia sebut perkataan babi tu lagi. 



Macam mana pulak dengan pasangan bercinta yang asyik bergaduh yang dok sebut babi ni..? Nak kena tenyeh dengan cili api jugak ke mulut dorang tu..? Ataupun mungkin masa dorang kecik, mulut dorang tak pernah kena tenyeh, tak pernah kena tampar, tu yang selamba je sebut babi tu. Lagi ramai orang yang pandang drama dorang tu, lagi kuat pulak menjerit sebut babi tu.. Nak suruh satu dunia dengar agaknya...



Kenapa bila dah putus atau clash je, mesti nak panggil orang tu dengan nama babi? Tak ingat ke masa bercinta tu, dengan babi tu la yang ko peluk. Dengan babi tu la yang ko main suap-suap makan, kongsi satu straw main sedut-sedut air. Malahan dengan babi tu la yang ko tidur tanpa ikatan yang sah. Tak rasa jijik ke ko sebut babi tu jika ko ingat balik perbuatan ko sebelum ko putus cinta tu..?



Walau dalam apa keadaan sekalipun, janganlah panggil orang dengan panggilan babi. Kalau dia babi, ko pun sama babi jugak sebab sama-sama tersungkur..



p/s: Selalu sebut babi bila line streamyx buat hal. Tapi takde la sampai nak letak kat status fb atau twitter. Sekadar sembur depan laptop je. Maklum la, iman akupun bukannya kuat sangat... huhuhu.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)