Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 2, 2014

Tak rasa mengganggu ke ehh...?

Assalamu'alaikum...

Tak rasa mengganggu ke ehh...?


Sebelum bercerita tentang tajuk entry kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak dulu la ya.. Bukan apa, takut nanti ada yang 'ter'sentap atau ter'carut' atau 'ter'marah' dan sebagainya.. hehh..


Aku cuma nak tanya satu benda ni je iaitu korang tak rasa terganggu ke dengan kesan bunyi-bunyian yang keluar daripada kasut kanak-kanak..? 


Ya, akupun suka juga bila tengok budak-budak yang seronok berlari berkejaran atau berjalan jatuh sambil diiringi dengan bunyi-bunyian yang keluar dari kasut tadi.. Lagi-lagi bila tengok dorang dok beria-ia hentak kaki semata-mata nak dengar kasut tu berbunyi.. haha.. 


Cumanya, aku kurang senang sikit la jika pemakaian kasut tadi dibawa ke tempat yang pada aku sangat tak sesuai dan mengganggu ketenteraman awam..


Jika pakai kasut macam tu untuk ke majlis keraian, majlis kenduri kendara atau pergi ke taman, rasanya memang takde masalah.. Ianya menjadi satu masalah jika kasut tersebut dipakai di dalam pejabat pos, bank, hospital dan seumpamanya.. Biasanya urusan kat tempat macam ni agak lama dan sedikit membosankan umpama penantian suatu penyiksaan.. ahah..


Mungkin ada sesetengah orang mengambil peluang untuk berehat sambil memejamkan mata untuk seketika semasa menunggu giliran.. Ataupun mungkin juga ada kaum ibu yang membawa bayi mereka yang lena tidur di dalam stroller ketika berurusan.. Jadinya, bila keluar bunyi nyitnyitnyit yang agak nyaring tu, agak-agaknya boleh ke nak berehat atau berurusan dengan aman..?


Dan, mungkin juga penjaga budak tadi memang sengaja pakaikan kasut tu dengan tujuan untuk berehat juga.. Ya la, tak perlu dah nak dukung budak tu sebab budak tu tentu seronok nak berjalan dengan kasut nyitnyitnyit dia tu..


p/s: Isu di sini adalah kesan daripada pemakaian dan bunyi yang dihasilkan oleh kasut nyitnyitnyit tadi... Budak-budak yang pakai kasut tu memang tak tau apa-apa.. Jadi, jangan salahkan mereka.. hehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)