Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 22, 2014

Resepi Asam Pedas Daging..

Assalamu'alaikum...

Resepi Asam Pedas Daging..


Hari tu (13 July), aku tengok la rancangan Ketuk-ketuk Ramadan yang tetamu jemputannya adalah si kecil molek iaitu Nad Zainal.. Resepi yang Nad masak adalah Asam Pedas Daging... 


Masa tu, rasa macam teringin nak buat sebab sebelum ni tak pernah lagi masak asam pedas daging ni.. Kalau asam pedas ayam, ikan kembung atau ikan pari tu, dah biasa buat dah.. 


So, petang tadi, lebih kurang pukul 6.25 petang, tetiba je teringin nak cuba buat asam pedas daging tu walhal kalau nak diikutkan, aku memang malas nak masak beria ni. Lepas tu, teringat pulak kat dalam peti sejuk ada daging. Kira jadi la buat asam pedas tu..




Dalam keadaan masa yang dah suntuk, aku teruskan juga misi aku.. Tengah bersemangat la katakan.. ahahh... Mana dengan daging yang masih lagi keras.. Lepas tu belum direbus pulak tu.. Okay takpe.. Jangan gelabah.. Rileks dan always cool.. hehe.. 


Pukul 7 malam, aku dah mula menumis dah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.. Dagingpun dah siap dipotong.. Tak payah rebus. Nanti lebur je sekali harung.. hehh.. Sebenarnya dah tak sempat nak rebus.. ahaha.. 


Masa azan maghrib berkumandang tanda dah masuk waktu berbuka puasa, asam pedas daging aku masih lagi belum masak.. Daging masih lagi keras.. Takpe, sekurang-kurangnya aku boleh merasa dia punya asam garam.. Makanya, berbuka puasa dengan air coklat panas je dulu.. Sementara tu, boleh la kupas kentang.. Manfaatkan masa sebaik mungkin.. Lepas tu, kecilkan api dapur tu sekejap dan pergilah tunaikan kewajipan.. Nak tunggu masak, lambat lagi..


Lebih kurang pukul 8.05 minit barulah asam pedas daging aku tu masak sempurna. Daging dan kentang dah cukup empuk dah.. Sepuluh minit kemudian barulah aku makan nasi.. Bismillah..




Ni resepi asam pedas daging aku ya.. Cara buatpun ikut cara aku jugak.. Kuah asam pedas daging aku ni tak pekat sangat sebab aku tak suka kuah yang pekat-pekat ni.. Aku suka kuah yang sedang-sedang saja, baik kuah kari ke, kuah masak lemak cili api ke ataupun kuah masak kurma..


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging - dipotong kecil/dadu
4 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah* - bawang merah aku saiz dia kecil
Kunyit hidup* - anggaran sebesar ibu jari
Halia* - anggaran sebesar ibu jari
25-30 tangkai cili kering* - dibelah dua untuk buangkan bijinya - aku guna gunting
Segenggam asam jawa- jadikan dua mangkuk air asam jawa
4 biji kentang - dibelah empat
2 tangkai serai - dititik
Segenggam daun kesum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis - anggaran satu senduk

- Jika ada bunga kantan, boleh juga masukkan sebatang dua..


Cara:

1) Kisar semua bahan yang bertanda *..

2) Panaskan minyak di dalam periuk. Bila dah panas, tuangkan bahan yang dikisar tadi.

3) Kacau dan tunggu hingga bahan tadi naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan serai. Kacau-kacau sikit..

4) Lepas tu, masukkan daging. Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga kuah sedikit kering.

5) Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Masukkan juga garam dan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan mendidih. 

6) Bila daging dah sedikit lembut, masukkan pula kentang. Masukkan juga daun kesum. Kacau rata dan tunggu hingga kentang dan daging betul-betul empuk.


Dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadan tu, Nad Zainal masukkan bendi. Tapi aku guna kentang sebab pada aku daging tak sesuai digabungkan dengan bendi.. Kalau ikan, takpe campurkan dengan bendi.. Apapun, ikut selera masing-masing la, kan..


Jika nak cepat, kena la rebus daging tu dulu. Lepas tu, air rebusan daging tu jangan dibuang. Sebaliknya ambil air rebusan tersebut dan campurkan dengan asam jawa untuk dijadikan air asam jawa. Jika daging masih lagi tak empuk, boleh la tambahkan sedikit lagi air..


p/s: Sedap rupanya asam pedas daging ni.. Lagi sedap daripada asam pedas ikan pari. Hirup atau makan macam tu je pun dah sedap dah.. Tak percaya..? Cubalah buat.. hehh..


Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)