Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

Tukar setting untuk elakkan sakit mata... huhuhu...

Assalamualaikum...

Tukar setting untuk elakkan sakit mata... huhuhu...

Kadang-kadang kita mesti rasa tak selesa ataupun meluat serta menyampah bila melihat timeline kat fesbuk kita penuh dengan benda-benda yang mengarut dan tidak sepatutnya ada.. Betul tak..? Ya, betullll....!!! Hahaha....

Contohnya, ada orang yang suka post pelbagai jenis applications merapu ikut suka hati dia je.. Ye la, wall dia, lantak dia la nak buat apapun, kan... Selfish punya manusia... huhh...

Lepas tu, ada jugak yang suka post gambar-gambar 'tak senegheh' samada gambar sendiri yang kononnya nak test market ataupun gambar kawan dia.. Lebih-lebih lagi kalau orang tu photographer, maka banyak la gambar mintak maki yang keluar...

Daripada kita memaki hamun orang jenis 'trb' macam tu, apa kata kita perbetulkan setting yang ada kat fesbuk tu.. Caranya mudah je.. Akupun baru tau pasal ni.. Kalau dah lama tau, tidak la aku nak membebel bila tertengok gambar-gambar yang tak sepatutnya... 

Apa yang perlu anda lakukan ialah, klik nama kawan kita tu, then pergi kat label Friends seperti gambar kat bawah ni... *Kalau nak mudah, klik je Unfriend terus... muahahahaha...


Lepas tu, anda cuma perlu klik kat Settings tu dan nanti dia akan keluar seperti gambar kat bawah ni pulak... Akhir sekali, anda pilih la mana satu yang anda hendak tick.. Kalau tak suka nak tengok gambar yang kawan tu post, jangan tick kat Photos tu.. Kalau cuma nak tengok yang penting je, tick je Only Important.. Begitulah seterusnya..

Apa yang kita tick tu, hanya itu je yang akan keluar kat timeline kita. Segalanya ada di hujung jari anda... Kita berhak memilih mana yang kita suka tapi jangan sampai apa yang kita suka tu mendatangkan satu masalah kepada kita dan orang lain di kemudian hari nanti.. Namun, jika anda tiba-tiba rasa ter-rindu nak tengok gambar-gambar dari kawan anda tu, boleh je pergi kat profile dia... Itupun jika dia tak setting Hide nama anda kat Custom.. :D

Tapi, kalau anda suka jadi seorang STALKER, anda tick la semua yang ada kat bawah ni... ahakkk.... Nanti ada la benda yang boleh dijadikan bahan cerita, tak gitu..?? Tak koser aiii....



Nampak gayanya aku kena buat setting ni untuk dua tiga orang yang rasanya dah melampau sebab suka tayang gambar tak pakai baju.. Tick Only Important dan Status Updates je... Dan siapa rasa nak buat setting tu kat aku, silalah buat.. Takde hal punya... Hak masing-masing nak buat pilihan... Kalau nak remove aku dari list pun takpe sebab akupun biasa jugak remove orang ni.. Sekali lagi, hak masing-masing, kan... Kalau kita rasa tak selesa, buat apa nak simpan lagi.. huhuhu... 

p.s:
'trb' = tak reti bahasa...
 'tak senegheh' = tak semenggah, tak senonoh...

Sessi pemulihan sejagat... :)

Assalamualaikum...

Sessi pemulihan sejagat... :)

Dulu, pokok-pokok bunga aku ni macam hidup segan, mati tak mahu je..
Sebabnya, berpanas gara-gara laman rumah dalam proses penyelenggaraan..
Sekarang semuanya dah selesai..
Dan pokok-pokok ni semua sedang dalam proses pemulihan..

Sedap mata aku memandang..
Dah takde dah daun yang kering meleding...






Sedang sibuk membelek pokok bunga, terdengar sayup-sayup bunyi helikopter..
Ada dua nada bunyi seperti dua helikopter sedang berlegar di ruang udara...
Ya betul... Memang ada dua buah helikopter sedang merempit di angkasa raya...
Aku ni memang teruja sikit dengan spesis yang boleh terbang ni...
Sebab apa, nak naik tak berani, tu yang teruja berganda bila dengar bunyi je...
Hahaha...
Kantoiiii.......!!!


Bukti nampak helikopter.. ehehh...


Lepas belek-belek pokok bunga, sapu laman la pulak..
Hasilnya, dapat la tiga muatan penuh...
Nasib baik ada kereta kaler jingga ni...
Ini je yang termampu...

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..
Aku cuma punya kereta sorong jingga...
Siapa nak naik, percuma je ni.. 
Tapi tolak sendiri la... 
Hehehe...




Penat menyapu, lepak pulak bawah pokok mangga..
Sambil tu pandang ke atas nak tengok buah yang masak..
Ehh, tetiba ternampak pulak pepatung aka cakcibor ni di hujung dahan..
Cantik, sayap dia kaler merah darah...




Terus teringat masa zaman kanak-kanak sewaktu di kampung dulu...
Selalu kejar pepatung ni kat sawah dan padang bola...
Masa tu suka kejar pepatung jenis helikopter...*definasi sendiri je ni...
Tak tau nak jelaskan macam mana rupa dia..
Yang pasti, pepatung helikopter ni dia punya sayap halus je, tak kembang sangat macam yang sedia ada...
Lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni...



Okay la... Ini sahaja bebelan untuk kali ni.. Kalau ada cerita lain, nanti aku bebel lagi... hehe....

p/s: Kalau orang bebel tu, jangan menjawab... Nanti makin menjadi-jadi dia punya bebel.. Baik dok diam je.. Boleh..?? Tapi kalau orang tu minta pendapat atau bertanya sesuatu yang dia kurang faham, jangan la pulak diam buat tak tau sedangkan kita tau apa jawapan yang dia tanya tu.. Itu poyo namanya... ehhh....!!!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)