Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 21, 2019

Alhamdulillah, rezeki lagi.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, rezeki lagi.


Alhamdulillah, dapat lagi merasa makan buah betik dan buah durian belanda hasil dari pokok di kawasan rumah.


Hari Jumaat hari tu, aku dah petik dah sebiji buah durian belanda dan sebiji buah betik. Buah durian belanda tu berat dia setengah kilo. Buah betik tu aku takde la timbang tapi ia merupakan buah sulung dari pokok yang aku campak bijinya. Begitulah. Pokok ni, kalau kita tanam elok-elok, memang payah nak hidup tapi kalau kita campak je mana-mana, elok pulak tu dia berbuah. Rezeki aku la tu, kan? Alhamdulillah.





Sementara tu, aku dok pantau jugak buah durian belanda yang tunggu masa nak dipetik ni di pokok. Pantau sebab takut kena makan dek tupai ataupun takut tak perasan buah tu dah masak. Nanti jatuh ke tanah, dah rugi dah. Bukan senang nak dapat makan buah durian belanda ni sebab lambat nak tunggu dia masak. Kadang-kadang pulak tu, buahnya pulak yang rosak.


Dahan yang ada buah ni, dah sekah dah. Aku tengok daun dia masih lagi elok, maka aku biarkan aje buah tu kat situ. Dalam hati tak putus-putus berdoa, mudah-mudahan sempat la buah tu masak.





Dan pagi tadi, akupun petik la buah durian belanda tu sebab aku rasa macam dah lembik sikit. Tak boleh tangguh petik dah. Risau buah tu terlebih masak di pokok. Sebelum tak merasa, baiklah cepat aku rembat. Haha. Buah yang ini berat dia sekilo setengah. Puas hati oiii...! Kalau beli, dah berapa ringgit dah ni? Itulah untungnya tanam sendiri. Memang berbaloi-baloi. So korang, takkan tak tergerak lagi hati tu nak tanam pokok ni?





Lepas tu, tengok pulak pokok betik kat sebelah bilik aku ni. Ehh, ada sebiji yang dah masak. Akupun cepat-cepat petik. Itupun dah kena gigit sikit dah. Tak tau la siapa punya kerja. Mungkin tupai ataupun burung sebab dua spesis ni memang banyak kat rumah aku ni. Takpe la, biarlah dorang makan sikit. Yang penting, aku dapat jugak merasa. Kalau tak dapat merasa tu, ralat la jugak. Ya la. Dah penat tanam tapi tak merasa hasilnya. Mestilah kecewa.






Buah betik ni, dah selamat dahpun masuk dalam perut aku. Alhamdulillah. Sedap oii makan buah segar dari pokok. Hehe.




p/s: Tanam sendiri lebih menjimatkan. So, tunggu apa lagi gais..? 
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)