Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 4, 2015

Biskut tiramisu yang lemak manis dan sedap..!

Assalamu'alaikum...

Biskut tiramisu yang lemak manis dan sedap..!


Setelah agak lama blog ni bersawang, hari ni aku merajinkan jari untuk update.. Ikutkan hati macam dah malas dah nak update tapi sayang pulak kat beberapa perkara yang aku buat hari tu.. Sekurang-kurangnya bila aku letakkan kat blog, adalah sikit kenangan untuk aku di masa hadapan.. hehh...


Hari raya haji hari tu aku juga merajinkan diri untuk cuba buat biskut tiramisu.. Aku ikut resepi yang kat bawah ni cuma aku gandakan sukatan sebab masa raya tu ramai ada kat rumah.. Aku tak ingat resepi dari siapa tapi aku copy and paste dari fb dan aku save resepi ni dalam Notes fb aku.. Terima kasih di atas perkongsian resepi ini..




Dan inilah hasilnya biskut tiramisu yang aku buat ikut resepi di atas..






Dan tengahari tadi aku buat lagi biskut tiramisu ni tapi mengikut cara resepi yang telah aku olah sendiri iaitu dengan menggunakan santan.. 


Resepi biskut tiramisu versi aku..

Bahan-bahannya:
````````````````
4 cawan santan
1 cawan gula
1 sudu kecil (rata) garam halus - gunakan sudu KFC
1 penutup esen vanilla
8 sudu makan (rata) tepung kastad

Bahan tabur/hiasan: 
``````````````````
1 cawan milo 
20 keping biskut lemak cap ping pong (Hup Seng)
(ada lebihan sikit.. Maka, boleh kurangkan sukatan)


Sukatan aku gunakan cawan sukatan yang ini..



 4 cawan santan..


 Ambil sedikit santan tadi dan bancuhkan bersama 8 sudu makan tepung kastad.. Kacau rata..


 Masukkan bancuhan tepung kastad tadi dan masukkan sekali gula, garam dan esen vanilla.. Kacau hingga gula larut.. Gula ada yang tak larut sikitpun tak mengapa..


 Sediakan dahulu bahan tabur sebelum masak kastad.. Hancurkan biskut lemak hup seng..


 Tuangkan milo ke dalam bekas biskut tadi..


 Gaul rata biskut dan milo..


 Kemudian, tenggekkan periuk berisi kastad atas dapur.. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sahaja.. Sambil masak, sambil kacau supaya kastad tidak bergentel..


 Apabila kastad dah mula mendidih, terus je tutup api dapur dan terus tuang ke dalam bekas.. Buat berselang-seli iaitu mula-mula lapisan kastad, diikuti lapisan biskut dan milo, ulang lapisan kastad dan seterusnya.. Kena buat cepat-cepat sebab takut kastad mengeras..



^
Beginilah rupanya biskut tiramisu santan yang aku buat tengahari tadi.. Tebal sungguh dia punya lapisan milo dan biskut tu.. hehe.. 



Biarkan sejuk dahulu baru dimasukkan ke dalam peti ais..


p/s: Anak buah dah request suruh buat lagi biskut tiramisu ni.. Nantilah tunggu cuti sekolah bila dorang balik sini, insyaAllah, aku akan buatkan untuk dorang.. Yang aku baru buat ni aku nak makan sendiri.. hehh..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)