Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 14, 2013

Scone yang tak menjadi... huhuhu...

Assalamualaikum...

Scone yang tak menjadi... huhuhu...


Siapa pernah buat scone..? Nak mintak resepi boleh tak..? Kat google banyak je resepi scone ni tapi kalau boleh aku nak resepi dari orang yang dah pernah buat sebab nanti senang nak tanya itu ini.. Kalau setakat resepi google, macam mana nak menjawab pertanyaan jika diri sendiri tak pernah membuatnya.. 


Malam tadi aku cuba buat scone ni.. Aku ikut resepi dari majalah.. Masa mula-mula adun tu aku dah terasa macam ada yang tak kena.. Tapi aku teruskan jugak.. Sampai ke satu tahap, aku kurangkan sikit satu bahan ni sebab aku tengok adunan tu dah berair semacam je.. Aku fikir, kalau aku ikut sukatan tu, nanti jadi lempeng pulak scone aku tu.. huhuhu..


Sudahnya, scone aku dah macam rupa cekodok bantat.. Dah la keras kejung, liat pulak tu.. Tapi masih boleh makan la tapi kena pastikan gigi tu tajam macam gigi ikan piranha.. kehkehkeh.. Nak tempek gambar scone tu pun aku teramat la segan.  hahaha.. Tapi tempek la jugak.. Tak kan nak tempek gambar kuih yang menjadi je.. Nampak sangat la takut dengan bayang-bayang sendiri.. hehh..


Ni kalau baling kat hidung SRK, konpem patah tulang hidong kawan tu.. hehehe...


Ni la padahnya jika tak pernah makan scone.. Tengok scone secara live pun tak pernah.. Kalau dah pernah makan, boleh jugak bayangkan macam mana nak membuatnya masa mengadun bahan tu.. Ni dok pandai-pandai ejas sendiri je.. Kan dah kena.. huahuahua... Lepas tu baru la gelabah menggoogle.. hihi...


Rupanya ada banyak jenis scone ni.. Pastu boleh dimakan dengan jem ataupun cream.. Ada yang kata boleh cicah dengan air kopi.. Biar betul.. haha.. Kalau macam ni, boleh la aku keluarkan jem blueberry aku tu.. Konpem laju je anak-anak buah ni makan.. hihihihi..


Aku dah letak jem bluberry kat tengah-tengah tu.. Harap-harap dorang suka la. Kalau takde siapa yang suka, nanti siapa yang nak makan... huhuhu..


p/s: Pengalaman membuat tu yang penting.. 
Walaupun dilemparkan dengan kata-kata sindiran, senyum tu tetap ada.. Siap gelak-gelak lagi... wakakakakaka... Anggap je sindiran tu sebagai satu motivasi... hohohoho..


UPDATE...
____________

Terima kasih pada Azie Surip atas perkongsian resepi scones ni.. Resepi roti dulu pun aku ikut resepi dia jugak.. 




Nota:
1) Scones ni selalunya dimakan samada dengan jem ataupun cream ataupun kedua-duanya sekali.. Sebab tu takde gula dalam resepi ni.. 

2) Susu segar yang 3/4 cawan tu boleh digantikan dengan cream..

3) Egg wash tu ialah campuran kuning telur dan susu segar.. Campuran ni kena pekat.. Kalau cair nanti dia meleleh dan scones jadi tak cantik..


p/s: Sekali lagi terima kasih banyak-banyak untuk Azie dan Haslina yang sudi berkongsi resepi.. Ada jugak orang yang sudi menjawab pertanyaan aku.. Alhamdulillah.. Moga Allah murahkan rezeki kalian.. Amin.. 


UPDATE..
~~~~~~~~~

Jumpa video nak buat scones ni kat Youtube..
Boleh la refer kat sini je nanti...
Bagus omputih ni, tak kedekut ilmu.. hehhh..




Saturday, October 12, 2013

Apa yang ada di belakang sijil kursus perkahwinan..

Assalamualaikum...

Apa yang ada di belakang sijil kursus perkahwinan..


Tengah dok kemas-kemas fail, terjumpa pulak sijil kursus perkahwinan ni.. Aku dah lama pergi kursus ni.. Masa tu aku masih kerja kat Johor dan pergi ikut kawan.. Ramai kawan-kawan yang pergi.. Ada yang pergi sebab akan berkahwin dan ada yang pergi sekadar untuk menimba pengalaman.. Tak salah, kan..? 


Dan, tak salah jugak rasanya jika aku kongsikan apa yang tertulis kat belakang sijil tersebut.. Mana la tau, kot-kot ada yang terlupa pulak.. Jangan pulak bila dah kawen, semuanya hilang melayang macam tu je.. huhuhu...


Sijil ni dah lama.. Yang baru tak tau la macam mana rupa dia..


Ciri-ciri suami yang soleh:

1) Taat kepada ALLAH..

2) Menunaikan tanggungjawab sebagai suami/pemimpin dalam rumahtangga..
       i) Memberi nafkah makan minum kepada isteri dan anak-anak..
      ii) Memberi pakaian kepada isteri dan anak-anak..
     iii) Menyediakan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak..

3) Tidak menghina atau menyakiti hati isteri samada dengan perkataan atau perbuatan..

4) Bergaul dengan isteri dengan pergaulan yang baik..

5) Tidak meninggalkan tempat tidur melainkan kerana memberi pengajaran/kesedaran kepada isteri..

6) Tidak terlalu kasar..

7) Jujur dan sentiasa menepati janji..

8) Selalu membimbing isteri ke jalan yang diredhai ALLAH dan mendoakan kebaikan bagi keluarganya..

9) Menolong kerja-kerja isteri terutama dalam memelihara anak..

10) Tidak terlalu bakhil atau terlalu boros..

11) Sentiasa mencari jalan memperbaiki keadaan rumahtangganya..

12) Memahami kegemaran dan kebencian beliau (isteri)..


Tengok sijil ni, teringat kat kawan-kawan yang sama-sama pergi kursus ni. 


Ciri-ciri isteri yang solehah:

1) Taat kepada ALLAH..

2) Taat kepada suaminya serta jujur dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai isteri..

3) Hormat serta menjaga adab sopan terhadap suami..

4) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mertua..

5) Syukur dan menerima pemberian suami walaupun sedikit..

6) Berjimat cermat walaupun ketika senang..

7) Tidak terburu-buru menerima fitnah dan aduan..

8) Memberi layanan dan mesra kepada suami..

9) Tidak memaksa suami mengadakan sesuatu apalagi ketika suami tidak mampu..

10) Meminta izin kepada suami jika hendak keluar rumah walaupun untuk menziarahi keluarga..

11) Tidak membenarkan orang lain masuk ke rumahnya tanpa izin suami..

12) Segera meminta maaf jika bersalah atau derhaka pada suami..

13) Memelihara dirinya, harta benda, rumahtangga dan anak-anaknya..


p/s: Kepada para suami isteri, moga kalian sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH serta dilindungi ALLAH selalu.. Amin...

Alif.. Ba.. Ta..

Assalamualaikum...

Alif.. Ba.. Ta..


Lupakan kepop... Lupakan jastin bibir.. Lupakan selena gomeh... Lupakan candy crush.. Mehh kita sama-sama mengimbau kembali zaman kita kecik dulu.. Ni la 'lagu' yang selalu bermain di bibir kita.. 


Alif.. Ba.. Ta.. (t)Sa.. Jim.. Ha.. Hoo...

Dal.. Zal.. Ro.. Zai.. Sin.. Shim.. Sod...

Dhot.. Tho.. Zho.. Ain.. Ghim.. Fa.. Kof...

Kap.. Lam.. Min.. Nun.. Wau.. Ha.. Lam Alif...

Hamzah... Yaa...



Muzik intro dia macam citer zaman dodulu.. hehe...


p/s: Mohon maaf jika ejaan dalam Rumi itu tidak tepat.. 

Friday, October 11, 2013

Menjawab pertanyaan kat inbox...

Assalamualaikum...

Menjawab pertanyaan kat inbox...

Seseorang inbox aku kat fb. Dia tanya macam mana nak buat disable right click... 


Gambar kat bawah ni yang dia maksudkan...



Benda ni ada code dia.. Tapi disebabkan blog aku ada pasang code ni, aku tak boleh la nak letakkan code tu kat sini.. Kalau letakpun, rasanya tak boleh nak copy.. Jadi, sia-sia je aku letak, kan..? Atau, mungkin siapa yang expert, dia boleh je copy code tu..  


Jadi, aku akan letakkan code tu kat sini.. Siapa yang nak copy code ni, silalah masuk kat blog tu ya..  <= sila klik.. Tapi kena scroll ke bawah sikit la ya sebab kat atas tu ada link bloglist..



Thursday, October 10, 2013

Cara nak menjahit manik bungkus...

Assalamualaikum...

Cara nak menjahit manik bungkus... 


Suka-suki je letak nama, kan.. Manik bungkus la pulak.. hehe.. Sebenarnya aku tak tau apa nama jahitan manik ni.. Aku tengok ada geng kat grup yang aku join tu dok post gambar jahitan manik dia, then aku tanya la macam mana nak buat.. So, diapun terangkan la sikit-sikit.. Tu yang aku buat tutorial tu.. Terima kasih pada Little Mummy atas info tu.. Tapi tak tau la samada cara aku ni sama dengan cara yang Little Mummy tu buat.. 


Cara jahitan manik kali ni macam nak buat jahitan manik buah beri.. Bezanya, jahitan manik buah beri tu gunakan manik pearl tapi jahitan manik bungkus aku ni gunakan manik eye drop.. Kalau nak gantikan manik eye drop ni dengan manik pearl yang besar tu pun boleh.. Takde masalah..


-1-
Antara manik yang diperlukan.. Manik eye drop tu yang jernih lonjong tu.. Pemilihan manik ikut suka la ya.. Seperti biasa, ikut kreativiti masing-masing...


 -2-
Mula-mula, masukkan sebiji manik pearl ke dalam benang.. Titik point tu kalau tak nak buatpun tak mengapa..


 -3-
Kemudian, cucukkan jarum betul-betul dihadapan manik tadi..


 -4-
Keluarkan jarum di belakang manik.. 


 -5-
Masukkan jarum ke dalam lubang manik dan cucukkan sekali lagi jarum tu di hadapan manik pearl.. Lakukan proses patah balik dua kali untuk menguatkan kedudukan manik pearl...


 -6-
Kemudian, keluarkan jarum betul-betul di sebelah manik pearl dan masukkan sebiji manik eye drop..


 -7-
 Cucuk jarum di hadapan manik eye drop..


-8-
 Keluarkan jarum di belakang manik eye drop..


-9-
Masukkan jarum ke dalam manik eye drop..


 -10-
Cucuk jarum ke bawah untuk proses patah balik... Buat lima kuntum manik eye drop..


 -11-
 Macam ni la rupa manik eye drop tadi...


-12-
 Kemudian, keluarkan jarum pada bahagian belakang manik eye drop..


-13-
 Masukkan lima biji manik bulat yang kecik.. Rapatkan manik dan cucuk jarum kat hujung tu.. Kat sini, jumlah manik kecil tu bergantung pada jenis manik yang kita gunakan.. Yang penting, manik tu sampai ke hujung untuk menutupi manik eye drop tadi..


-14-
 Buat sebelah menyebelah.. Ataupun boleh je ikut mana yang selesa.. Pastikan manik tu ketat..


-15-
 Ni dah siap satu kuntum...


-16-
 Matikan jahitan pada setiap kuntum bunga untuk mengukuhkan jahitan.. Jika masih ada benang yang panjang, boleh teruskan dengan membungkus manik eye drop yang kedua..


-17-
Ini contoh yang dah siap.. Buat sehingga habis semua manik eye drop tu dibungkus..


Seperti biasa, klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas... Terima kasih.. :)


p/s: Selamat mencuba... Jangan tension2 tau.. hehe..

No komen..

Assalamualaikum...

No komen..


Someone coming.. Dia tanya aku tengah buat apa.. Then, aku cakap la yang aku tengah membaca.. Dia tanya lagi, "baca apa..?" Then, akupun cakap la, baca buku.. Pastu dia tanya lagi, "buku apa..?".. Then, akupun jawab la, baca novel.. Pastu diapun cakap la; "Ooo.. baca novel.. Baca Qur'an lagi baik.. Makcik ni lagi dua juzuk nak habis..".. Then, akupun diam je la.. Just senyum je... Nak kata apa lagi, kan.. Dah kena smash sebijik.. hehh..




p/s: No komen.. Bukan bidang aku nak cakap lebih-lebih.. Aku ni serba kekurangan.. Mengaku je la, kan.. So, better diamkan diri.. Jika ianya berkaitan dengan jahitan atau seumpama dengannya, yang aku tau, aku boleh komen...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)