Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 5, 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Assalamualaikum....

Sebuah hadis dari Anas mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Jika umatku menghalalkan lima perkara, mereka pasti ditimpa kehancuran:

(1) Bila mereka sering laknat-melaknati.

(2) Bila mereka minum arak.

(3) Bila mereka memakai pakaian sutera (yakni mempamerkan kekayaan dan kemewahan).

(4) Bila mereka menyimpan perempuan simpanan (hidup bersama perempuan tanpa nikah).

(5) Bila ramai lelaki memuaskan hawa nafsu dengan sesama lelaki dan perempuan memuaskan hawa nafsu dengan sesama perempuan."

(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

6 Tukang Tembak:

SwapNAVY said...

renung2kan dan selamt beramal

Cik Azz said...

Dez~> mudah2 kita dijauhkan dari semua perkara tersebut...Amin...

ArmaniWhite said...

jap..jap... errr...maaf...ilmu agama saya masih byk kurang..huhu.. bleh tak sesape jelaskan yg no.3 tuh? pompan pon takleh pakai kain sutera ke?

Cik Azz said...

Nami~> tak berani nak jawab la. Tapi setahu akak kalau sutera asli mmg takleh pakai...kalau yg campuran tu boleh la...
baca yg dalam breket tu...maksudnya sutera tu lambang kekayaan/kemewahan...kalau pakai gak seolah2 kita nak menunjuk2 yg kita ni kaya/mewah...wallahua'lam..

p/s: akakpun sama gak cam Nami...serba kurang psl ilmu agama ni...huhu...

ArmaniWhite said...

owh..takper kak azz.. kita sesama bljr..hikkkk

Cik Azz said...

Nami>

Huhuhu...

Mungkin sebab sutera asli tu diperbuat daripada 100 % ulat sutera tu..

Kita kena rajin tanya pakcik google untuk dapatkan kepastian.. huhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)