Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, December 4, 2009

SAKIT MATA vs CUCI MATA....

Assalamualaikum....

Selasa lepas aku pergi ke klinik mata kat Bentong. Mata mak aku
dah makin kelabu sebab katarak yang tebal. Pastu dia mengadu
mata dia asyik pedih dan berair je. Lagipun, dah ramai jiran2 kat
sini yang buat laser mata kat klinik tu dan dorang cakap lepas je laser, mata dorang dah jadi terang balik semula. Mak aku tu sebenarnya takut nak buat laser2 ni, tapi disebabkan dah tak tahan, dia pergi jugak la.


Aku cuma bagi semangat je la. Aku cakap, lepas laser ni kena la pantang sikit. Jangan degil sangat nak buat semua benda/kerja... sebab mak aku ni aktif sangat pasal kerja2 luar ni. Tak macam aku yang aktif ngadap lappy je.....muahahahaha....


Resit bayaran for consultation + procedure + medicine = rm85



Ubat yang perlu dititikkan sebelum pergi ke klinik. Ubat ni akan mengembangkan mata hitam dan ianya perlulah dipulangkan semula kepada klinik/doktor...)



Aku siap mintak kad ni sebab aku cakap aku nak tolong promot klinik mata dia (dua2 doktor kat sini ensem wooo....hehehe...)



Balik dari klinik pekena nescafe japp. Apo kocik na bona cawan ehh ni. Kodokut gilo mamak ni....hohoho...



Dan roti canai juga. Bantai oder 2 keping sebab tak sempat nak sarapan kat rumah. Dah la dari malam lagi aku tak makan....huhu...



Inilah hasilnya bila dah cuci mata. Aku cakap kat mak yang aku berkenan dengan kabinet tv ni. Dan duit untuk laser mata sudah pergi ke tangan tokey kedai ni....huahuahua...


p/s: Sesiapa yang mata dia dah makin kelabu tu, cuba2 la ushar
klinik ni ya. Tapi bila mata tu dah terang, jangan pulak makin galak ushar benda lain. Bukan apa, takut nanti mata tu jadi kelabu balik semula ataupun langsung tak nampak apa2 dah..... heuheuheu....

*** Isnin ni baru mak aku laser mata dia. Dah buat appointment
dah. Kena ada kat klinik sebelum pukul 12 tengahari. Doakan agar
semuanya selamat ya kawan2. Macehh...(kos sebelah mata ialah
rm2800. Tapi disebabkan mata mak aku agak tebal selaputnya, kena caj rm3200....Okay la tu....!!)
.

10 Tukang Tembak:

Maiyah said...

insyaallah suma akan selamat.. rajin le antar mak gi klinik mta tu bleh tgk mata doktor tu skalik heeee :D

Jasnia said...

Semoga semuanya akan selamat. Nanti lepas dah buat laser, try la guna produk permata hijrah...Jiran Na, lepas buat laser still kelabu lagi pandangan dia.tapi bila dia guna produk permata hijrah..lama2 mata dia jadi terang balik. tak perlu lagi pakai kacamata...

Acik Erna said...

insyaallah..semua akan selamat azz...bagi semangat kat mak azz tu..kenkadang sebot klinik ni...takut..akak la..lagi2 klinik gigi...tah apo yang ditakut an..tak tau la...takut2 pun 6 bulan sokali poi gak..he he

cheryna zamrinor said...

lawa apa kak...sha suka! lenkali leh aaa bawak akak tolong sha beli perabot.

windu sha tak? ehehehe...

sha baru nak jenguk org balik. tp streamyx masih macam siput.

nasib baik siput...kalau tak tu takde langsung.

miss u kak!

baik2 pakai ubat tu tau...dulu ayah pakai buat laser terus tak nampak. make sure org tuh buat elok2.

hatim a.r said...

kena buat doa selamat nih nk laser =)

Cik Azz said...

Maiyah~> ekekekeke.....segan lak nak tengok mata doktor tu....

Macehh ya...

Cik Azz said...

Jasnia~> Mekasih Na.....insyaallah, akan diusahakan jika terpaksa....Tp, mak akak tak pakai cermin mata...Cuma dia ada diabetis, tu yg agak merisaukan tu...

Cik Azz said...

Erna~> mekasihh....mudah2an semua selamat....

*Saya rilek je cabut gigi...Dulu pnh cabut gigi kt satu klinik kat Tmn Dagang, Ampang. Takde rasa sakit langsung. Pastu tak sampai 5 saat dah siap cabut dah... Kalau tak silap nama klinik tu Klinik Kamal....satu bangunan dgn Giant Tmn Dagang tu...

*Dr gigi ni pun ensem gak wooo....hahaha...

Cik Azz said...

cHeryna~> Sha, lawa ekkk....macehh...hehe... Bila nk g beli perabot tu, boleh je kalau nk ajak akak.... ;)

Mestilah rindu kat Sha.....rindu dgn semua bloggers sekali la...kang ada yg jeles lak....haha...

*streamyx kt sinipun camtu gak Sha....2x5....5x2.....huhuhu..

Mudah2an takde la yg jd sampai cmtu...Sian mak akak nnt...Ubat tu pakai sebelum laser je....just nak bg anak mata hitam tu kembang. Sbb tu kena pulangkan balik ubat tu kat doktor, takut nnt ada yang terguna ubat tu...kang abeh satu rumah meraba2 jalan...hehehe...

Cik Azz said...

Hatim~> tolong buat doa selamat kat sana ehh... Pastu pastikan ada ayam rosmeri dgn sushi dan nasi himpit okay.....hehehe...

*demand la pulak...... :-)

macehh ehh....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)