Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, January 15, 2011

TOLONGLAH DIA.. BANTULAH DIA.. KASIHANILAH DIA..

Assalamualaikum...

Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..

Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb..

----------------------

Diambil dari forum.

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.


Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman. Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.






Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

Kepada sesiapa yang ingin Copy n Paste artikel ni, boleh la ambil dari blog saya yang lagi satu iaitu:


p/s: Hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan jadikan kenaikan harga barang sebagai alasan untuk melarikan diri dari menderma. Dermalah dengan seikhlas-ikhlasnya. Insyaallah, Allah akan membalas setiap sen yang kita sumbangkan itu...

14 Tukang Tembak:

Angah said...

semoga ramai yg terbuka hati utk mebantu pemuda ini...

Acik Erna said...

azz..macam tu kisahnya ye..
kat fb belum terbaca lagi..

Anonymous said...

saya berminat nak copy kisah ni tapi x dapat2.. utk dihebahkan dlm blog saya.. hanya dapat klik foto.

Cik Azz said...

@abunuha

==> Boleh copy n paste dari blog ni.. Ni pon blog saya jugak ni..

http://darimataazyma.blogspot.com/2011/01/tolonglah-bantu-adik-ini.html

Cik Azz said...

Angah> Mudah2an makbul doa Angah tu...Amin..

Cik Azz said...

Kak Erna> Beginilah kisahnya kak... Kalau akak nak sebarkan pun boleh jugak. Sama2 lah kita membantu...

#MalisaDeafJourney said...

mohan pada Tuhan agar cepat sembuh.. amin..

Cik Azz said...

ain nia>

Aminn... Nak cepat sembuh kena la ada penderma... Lagi lambat menderma, lagi lambat dia nak sembuh... huhu..

Ferfarfer said...

okeh seyez i takot.wuuu

Cik Azz said...

ferra> Takut kan...? Apa lagi budak yg jd mangsa tu... Dah la sakit... huhuhu..

ibundo said...

kesiannya.. sama2lah kita bantu. semuga dia sempat sembuh.

Cik Azz said...

Kak Pah> Tu la... Sian sangat2... Mudah2an ramai la yg menyumbang...

Unknown said...

mohon copy yer..saya linkkan ke blog ni...
smoga ada insan yg sudi mmbantu...

Cik Azz said...

@anaMuslimah

==> Kalau nak CnP boleh pergi kat blog lagi satu sbb blog ni under protection...

Boleh pergi kat sini ya..

www.darimataazyma.blogspot.com

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)