Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, August 14, 2011

TIPs MENJAGA HATI PASANGAN...

Assalamualaikum...

TIPs MENJAGA HATI PASANGAN...

Sekadar berkongsi dari apa yang dibaca.. Jika ada mana-mana bahagian yang baik tu, boleh la diikut dan jika ada yang tak baik tu, abaikan sahaja, okay... :P

Tips menjaga hati suami:

1) PUJI dia selalu..

2) Bila dia bercakap, DENGAR dan DIAM..

3) Jangan dilawan tetapi boleh memberi pendapat yang tidak menyinggung..

4) Lepas sembahyang, cium tangan dan minta ampun.. 

5) Selalu berkata: "Ada apa-apa yang abang tak berkenan hari ni," walaupun tahu semuanya okay..

6) Jangan merajuk kalau dia diam saja atau dia tak puji anda sebab LELAKI MEMANG TAK PANDAI TUNJUKKAN KASIH SAYANG..

7) IKUT semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama..

8) Ringankan bebannya seperti TOLONG bayar bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya..

9) HADIAHkan dia sesuatu..

10) Hantar SMS berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali..

11) Bergurau selalu..

12) Pastikan anda sentiasa WANGI..

13) Kalau suami pernah buat salah, jangan selalu UNGKIT-UNGKIT..

14) Kalau dia MENGGATAL, jangan mudah MENGAMUK selagi belum terbukti..

Tips menjaga hati isteri:

1) Wanita SERONOK dipuji, maka pujilah selalu tentang apa-apa saja -> masakannya, pakaiannya, wajahnya, perilakunya dan sebagainya..

2) HADIAHkan sesuatu yang sangat-sangat diingininya..

3) BANTU dia di DAPUR..

4) JANGAN cerita pasal bekas teman wanita atau bekas isteri padanya..

5) JANGAN puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani..

6) Sesekali hantar mesej-mesej CINTA kepadanya..

7) Eloklah jangan ada SKANDAL..

8) Kalau boleh tak usah POLIGAMI kecuali isteri setuju..

9) PELUK isteri sekitar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Sekadar bersalaman pun memadai..

10) BERDOA dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang SOLEHAH dan andapun mahu jadi SOLEH..

Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman;
"Demi kemuliaan dan kebesaran-KU, tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia, AKU beri aman di hari kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia, AKU takutkan dia di akhirat." - (Riwayat Ibn Hibban)

Sumber rujukan  dari buku Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi dari Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj..

p/s: Tips ni hanyalah untuk pasangan yang sudah SAH bergelar suami-isteri. Mana-mana pasangan yang belum SAH tu samada masih berkapel berlainan jenis (lelaki dan perempuan) ataupun berkasih sesama jenis (gay atau lesbian), korang tak payah la nak lebih-lebih sangat okay. Jangan nak lebih sudu dari kuah.. PEACE yoowww.... :-)

32 Tukang Tembak:

Unknown said...

nnti da kwen, fya ikt ckp kak azz taw :malu :zas haha.


jmput singgah ke blog fya :)

Acik Erna said...

azz..banyak boto yang tak dibuek tu azz..he he..

Anonymous said...

alangkan indahnya hidup berlandaskan agama,insyAllah bersyariat & suami isteri sentiasa menjaga hati pasangan masing :terharu

NoonaQQ said...

assalam,kak azz, suka baca tentang ni,ia sedikit info mengenai suami istri..

psst,kak azz..bila nak kawin nye? pas kak azz baru leh noona ni..hikhik..

gurau2 je kak azz..

Angah said...

kak azz,kadang-kadang couple yg blom kawen plak lebey-lebey..nak belai sepanjang masa..dah kawen esok tak mau buat pulak..

Unknown said...

nanti boleh view tips nie lagik bile dah kawen kan cik azz..heheh

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz...
nice entry..berinformasi..blh praktik bila dah nikah nanti...semoga akak cepat dpt jodoh...AMIN =)

p/s: peace yoooowwww

Cik Ina Do Do Cheng said...

bertolak ansur, menghormati perasaan orang lain, dan sefahaman penting dalam satu -satu perhubungan.

Cik Azz said...

FYA PELANGI>

Bagus la kalau camtu... :P

Okay, dah singgah dah... :-)

Cik Azz said...

Kak Erna>

Takpo kak.. Buek selow2.. hehe...

Cik Azz said...

ReYnn>

Amin...

:D

Cik Azz said...

NoonaQQ>

Waalaikumussalam Noona..

Info yg baik tu kita ambil la, kan..

Noona la kawen dulu.. Akak masakpun tak berapa nak pandai lagi ni.. hikk...

Cik Azz said...

Angah>

Itulah masalahnya... Konon2 caring la... huhuhu...

Cik Azz said...

Cik Aletheea>

Boleh je, itupun kalau blog ni tak kena delete la.. huhuhu...

Cik Azz said...

Miss CT>

Waalaikumussalam CT..

Akak tunggu CT nikah dulu ni.. sebab CT dah ada ciri2 muslimah tu.. Akak ni masih brutal lagi, tu yg lambat nak kawen tu kot... :P

AMIN untuk CT.... kehh3...

Cik Azz said...

Cik Ina>

Jangan lupa pada kejujuran dan kesetiaan jugak yang turut memainkan peranan penting dalam aspek perhubungan..

ceewahhh... hahaha...

nur aisya humaira said...

tak sabar nk kawin, ble bce tips kak azz ni..:)

Cik Azz said...

Nur Aisya Humaira>

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau makbulkanlah doaku ini.. Kau percepatkanlah jodoh buat gadis yang bernama Nur Aisya Humaira kerana dia dah tak sabar nak kawen.... Amin..

:-)

Geng Borak said...

thanks!! tips2 yang bagussss!!! :)

gadisBunga™ said...

#eloklah jgn ada skandal?

wa tak setuju wo...

mana boleh ada skandal langsung!

errr...wa ter emo ke? ihihih~

Cik Azz said...

KiD>

Welkam...

Boleh la diguna pakai nanti.. :P

Tinta Lana said...

kak azz..hehe. leh buat panduan dihari mendatang.. phewww,tak sabo nak kahwin,hahahaha

Cik Azz said...

GadisBunga>

Ahahaha... Apsal lak GB yang ter-emo ni.. Ada apa2 ke.. :P

Tapi betul la kan, baik jangan ada NIAT untuk berskandal.. Sebab kadang2 dgn niat tu la benda tu jadi.. huhuhu..

Cik Azz said...

TYNTHA LANA>

Hamboii... Dan2 terus tak sabar nak kawen tu ehh.. :P

Takpe, bulan depan Lana kawen.. Konpem..!!!

Hahaha...

APAN said...

hoho...nak tanya jap...x pasan sebelum ni...kakak ni da kawen ke?

Cik Azz said...

APAN>

Ewahh3... Sekali soalan cepu gangsa ko bagi kat akak ehh... huhuhu..

Tengok la tajuk blog tu apa.. Kalau dah kawen, mesti tajuk tu tukar jadi puan, bukan cik lagi... :P

Tapi kan, ada je org yg dah jadi puan menyamar jadi cik, kannnn.... haha..

APAN said...

now i know.huhu...

Cik Azz said...

APAN>

Dah tau tu diam2 tau... Jangan bagitau kat orang lain.. :P

Apsal lak ada huhu kat hujung ayat tu..? Semacam je bunyi dia..

Huhuhu jugok laa...

amie said...

ala. kire taley amalkan la saye nih? ;p

Cik Azz said...

amie>

Laa... Boleh je diamalkan tapi kena la ikut cara yang betul dan sah..

Kecualilah kalau ko nak menentang hukum Allah...

:-)

shaifulshafian said...

Info yang bagusla..terbaekk..^^

Cik Azz said...

~Shy~>

Terbaekkkk wokkk...

Nanti jgn lupa ikut info ni ya... Tp bila dah SAH kawen la...

:P

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)