Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 22, 2011

Kok ya pun nak buat provokasi...

Assalamualaikum...

Kok ya pun nak buat provokasi...


Janganlah sampai nak jatuhkan semangat orang lain menyokong negara sendiri, Malaysia.. Seluruh rakyat mendoakan kejayaan Malaysia, tak kira walau di mana mereka berada, tapi awak..?? Berpada-padalah sikit... 


Melampau betul... Menghalang pemandangan aku nak tengok tv sebab aku tak layan dia.. Caaiittt...


Rasakan.. Kan dah kena sepuk.... Tu baru sikit tu... 


Merajuk sampai terlelap.. Ke buat-buat lelap, tak tau la mana satu... hahaha...


Awek Indonesia yang tetap cun walaupun kecewa... Adat bertanding, begitulah.. Ada menang kalah..


Saat yang mendebarkan tatkala menonton perlawanan akhir bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Seakan mahu tercabut jantung aku.. Apatah lagi keadaan jantung para pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan keseluruhan team di belakang tabir.. Syabas, kerana anda semua telah berjaya menempa sejarah.. Semoga kalian semakin maju dan terus maju demi maruah negara tercinta, Malaysia..


TAHNIAH MALAYSIA...!!!
TAHNIAH HARIMAU MUDA...!!!
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG DAN MENDOAKAN...
ALHAMDULILLAH..


Amin.... Akhirnya berjaya jugak menggapai impian... 


p/s: Kucing yang kacau aku tengok tv tu pon aku marah.. Inikan pula manusia yang sengaja buat provokasi tanpa motif.. Lebih baik menjauhkan diri buat seketika... Nanti makin melarat.. Fuuhhh..!!!

10 Tukang Tembak:

Angah said...

Alhamdulillah....hari ni datang kerja pun semangat lain macam.....

NoonaQQ said...

ahahaha.. kelakar la kak azz dgn kucing dia.. tu la kak azz buat tak peduli kat dia,tu yg dia majuk kot sampai tepek dri sndrik kt depan tv..hehe

The Everyting In My Life said...

hahahaha...kelakar kucing tu,nk kena sekeh!! mgkin dia nk tgk kot...al maklum....sia kn x kena layan :)

CeritaSekupang said...

ada orang cakap...gemuruh tengok perlawanan akhir semalam mengalahkan orang nak menikah...haha...

Cik Azz said...

Angah>

Tu la impak atas nama kemenangan tu kan.. Semua bersemangat je.. Fuuhhhh...

Cik Azz said...

NoonaQQ>

Kucing ni over manja sikit.. Sbb dulu cuma dia je yang dilayan.. Tp sejak dh bnyk bela kucing ni, dia terabai la sikit.. Tu yg mengada2 lebih tu.. hehe..

Cik Azz said...

Za>

Ahahaha.. Memang pesen dia cmtu...

Cik Azz said...

ceritasekupang>

Kehkehkeh..

Tu la pasal... Tapi mmg gemuruh pun, kann...

APAN said...

yeah...mesia menang!jngn jadi mcm dorang...kita tunjuk contoh yg baik.mne tau dorang boleh berubah nanti :)

Cik Azz said...

APAN>

Alhamdulillah.. Menang jugak akhirnya..

Betul tu.. Mudah2an takde la bunyi gaduh2 lagi antara dua negara ni...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)