Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

AWAS Perangkap Valentine Day...

Assalamualaikum...

AWAS Perangkap Valentine Day...

Ramai yang dah tau bahawa sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan menyambut hari Valentine ni. Ramai yang dah tau kenapa kita tak boleh menyambut hari tersebut tetapi masih ramai juga yang meraikannya dengan memberi pelbagai alasan.. Itu namanya buat-buat tak tau sedangkan dia tau..

Bila kata tak boleh sambut, ada yang menjawab, suka hati aku la nak sambut ke tak.. Sibuk je...

Bila kata tak elok raikannya, ada yang menjawab, elehh.., dah ko tu takde kapel, memang la tak sambut.. Kalau ko ada kapel, mesti ko sambut jugak la...

Bila ada yang kata budaya memberi bunga pada 14 Februari tu sebagai salah satu cara menyambut Valentine, ada pula yang menjawab, jeles la tu takde siapa nak bagi ko bunga...

Susah kalau berhadapan dengan manusia kepala batu macam ni. Dah la kepala tu batu, hati diapun ikut jadi batu jugak.. Lama kelamaan akan jadilah dia batu api... Macam la takde hari lain nak bagi bunga.. Macam la takde cara lain nak meraikan kasih sayang yang HALAL..



Maaf, kualiti suara kurang memuaskan...


p/s: Bangga atau bangang...?

8 Tukang Tembak:

Angah said...

yg jawab macam tu memang tak cerdik and tak bole di ajar...

utk yg belum kawen tu, jgn nak seronok sgt, kang tak pasai-pasai terbunting plak...

Cik Azz said...

Angah>

Entah la.. Susah nak cakap.. Sebab benda ni dah dijadikan satu kebiasaan.. Lama2 akan jadi amalan..

Bila dah terbunting, mula la nak salahkan kerajaan... ehehh...

Julia Johari said...

kak azz..
perghhh wap kepanasan sampai ke blog with Julia neh kak ehehhe...
yup tabiat sambut hari yg x sepatutnya masih bermaharajalela di kalangan segelintir org melayu islam...tahu ia salah tp tetap buat...semoga mereka sedar dan insaf sebelum terlambat...

gadisBunga™ said...

orang mmg suka tunjuk pandai.

takpe. biarkan luncai terjun dgn labu-labunya. kite dah sampaikan pesanan. :)

Cik Azz said...

With Julia>

Ehh, bukan skang ni memang musim panas ke.. hehehe...

Mudah-mudahan mereka sedar... Mudah-mudahan Allah tetapkan iman kita agar tidak terikut-ikut budaya barat ni..

Cik Azz said...

gadisBunga>

Biar je la.. Dah bagitau tapi tak nak ikut, itu terpulang pada mereka..

Biar je dorang terjun kosong.. Labu tu bagi la kat kita.. Boleh buat pengat... hehe...

Julia Johari said...

pandai kak azz...
ahahhaha a'ah wat pengat labu pun sodappp...yum2...terliur lak bila kak azz ckp pengat labu...nak pi cr labu lah wat pengat...nanti saya pos pengat lebih tuh ye kt kak azz ye...itu pun kalo ada lebih lah ehehehhe ;P

Cik Azz said...

With Julia>

Sedapnya pengat labu.. *telan air liur jap.. ehehh...

Ehh, Julia pandai ke buat pengat labu tu..? Ke pandai makan je macam akak jugak.. hehe...

Akak kalau bab buat pengat2 ni memang fail.. Bab makan tak pernah pulak nak fail.. hihihi...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)