Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 12, 2012

Need to talk..?

Assalamualaikum...

Need to talk..?

Anda rasa keseorangan..?
Tiada teman untuk meluahkan perasaan..?
Keseorangan terkapai-kapai mencari arah tujuan..?

Jangan risau..
Zaman serba canggih ni, banyak cara atau tempat untuk anda luahkan segala yang terbuku di hati..
Ada yang selesa meluahkan segalanya di laman sosial..
Dan ada juga yang punya rasa malu untuk meluahkan semuanya..
Mungkin juga bimbang ditohmah di kemudian hari..
Lain yang diharapkan, lain pula yang jadi..

Bukan semua orang boleh menghadapi masalah atau stress berpanjangan..
Ada yang mampu dan tidak kurang juga yang kecundang...
Dan jika kecundang, masa depan serta maruah diri yang menjadi taruhan...

Oleh itu, jika anda betul-betul tidak punya sesiapa untuk berkongsi cerita, apa kata ada pergi kat sini...
Mungkin anda akan dapat mempelajari sesuatu...
Apa yang penting, anda perlu pandai mengawal dan menyesuaikan diri..






Akupun kadang-kadang stress jugak.. Tambahan aku takde kerja tetap, takde teman yang setia untuk menemani suka duka tapi aku masih mampu bertahan.. Kalau dulu aku selalu memendam rasa, sekarang tidak lagi... Mana-mana yang negatif tu aku biarkan berlalu dan aku berusaha untuk menjadikannya positif... Susah tu memang la susah.. Seringkali tersasar arah.. Astaghfirullaahal'azim...

Namun syukur alhamdulillah kerana aku masih lagi waras.. Terima kasih pada blog picisan ini yang menjadi tempat aku melempiaskan kegundahan... kehkehkeh... Terima kasih juga kepada teman-teman blogger yang rajin memberikan komen positif kat entry aku... Terima kasih banyak-banyak... 

p/s: Jangan stress sangat.. Banyakkan istighfar.. Jangan fikirkan sangat perkara yang tidak sepatutnya kita fikir.. Think positive.. Rehatkan minda dengan membaca novel tapi pastikan ianya bukan novel biru, okay... :)

3 Tukang Tembak:

cheryna zamrinor said...

Betul kak. Banyak cara nak lepas stress nieh sebenarnya. Kadang memendam rasa. Tapi...Sha dah tak macam dulu lagi. Dah mula meluah. Dan dah mula menyebar kasih sayang...utk yang memerlukan. Ada keluarga, ada kawan2...ada kerja. So sayangi semua:)

umiawadah said...

kalau dah tak tahu dan tak tahan sangat mengadu pada Allah je...rasa tenang jiwa ni bila dapat meluahkan segalanya...kadang2 ngan kwn2 diorang tak pandai simpan rahsia...takutlah pisang berbuah banyak kali...

Ooh Deo said...

kadang2 agak sukar untuk berfikir hal2 yg positif bilamana menghadapi ujian yg negatif, jika hari2 teruji dengan benda yg negatif yang positif takkan mampu untuk mendominasi fikiran..

cuma yang mampu beristighfar.. insyaallah..^_^

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)