Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Cara nak jahit jubah leher bulat yang simple..

Assalamualaikum...

Cara nak jahit jubah leher bulat yang simple.. 



Kali ni aku nak kongsikan cara aku menjahit atau mencantum jubah yang berleher bulat.. AWAS..!! Entry kali ni sangat banyak gambar berserta dengan sedikit penerangan.. Harap takde la yang pening-pening lalat sampai muntah hijau ya.. hehehe..


Buat kedutan atau kelim pada bahagian dada..


Lepas tu, cantumkan dengan bahagian atas badan baju dan teruskan menjahit..


Untuk nampak lebih kemas, tindihkan jahitan pada bahagian luar kain..


Dah siap jahit dan tindih..


Bahagian belakang baju..


Lepas tu, cantum dan penitikan pula bahagian bahu.. Dan jahit..


Ketepikan seketika sementara nak buat lapik untuk leher.. Jangan jahit dulu bahagian kiri dan kanan badan tu ya...


Ambil pola/dasar baju dan tekapkan pada kertas gam yang paling nipis.. Lipat dua kertas gam tu.. 


Lukiskan mengikut lebar yang dikehendaki.. Yang ni lebar dia kat bahu tu 1 3/4 inci..


Tandakan dengan kapur pada bahagian lurus pembaris tu.. Just lalukan aje kapur tu pada tepi pembaris tu.. Ini adalah untuk belahan lubang leher.. Ada gunanya buat tanda macam ni..


Kemudian, buat pula lapik untuk leher bahagian belakang..


Lukis dan potong... Lebar dia sama dengan lebar lapik bahagian depan tadi iaitu 1 3/4 inci..


Inilah rupanya lapik leher yang sudah dipotong..


Kemudian, letakkan bahagian yang ada gam pada lapik leher tadi atas kain mengikut ira memanjang kain dan gosok perlahan-lahan.. Jangan letak pada ira melintang.. Ada sebabnya.. Nak tau kenapa, kenalah buat sendiri..


Cara ni SALAH.. Ini ikut ira melintang.. Ira melintang tu adalah lebar bidang kain..


Ini lapik leher yang dah siap ditampal dan dijahit tepi.. Kena jahit tepi untuk kekemasan..


Lepas tu, penitikan lapik leher tadi pada badan baju.. Jika tak yakin nak peniti, buatlah jelujur kasar..


Okay, dah siap jahit dah...


Potong belahan leher dan racik bahagian keliling leher.. Kenapa kena racik..? Sebab setiap bahagian yang melengkung atau membulat, memang kena racik untuk mendapatkan bentuk leher yang cantik dan mudah dibentuk..


Dan lepas tu kena gosok ya.. Banyak kerja, kan..? Sabar okay... heeee...


Lepas tu, tindih keliling leher tadi ikut keselesaan dan kesukaan masing-masing.. Buat jelujur supaya masa nak menyembat nanti lapik tu tak berkedut-kedut ataupun lari...


Bila semua di atas dah setel, barulah cantumkan bahagian badan kiri dan kanan.. Jika nak buat poket, buat dahulu poket tu sebab nanti bila dah cantum, susah nak ejas kedudukan poket tersebut... 


Tangan baju... 


Akhir sekali, cantumkan tangan atau lengan baju pada badan.. Penitikan bahagian yang bergosok tu pada garisan bahu badan baju dan bahagian berjahit tu pada cantuman bahagian tepi badan baju.. Lepas tu baru jahit perlahan-lahan.. Menjahit lubang lengan tak boleh dilakukan secara berterusan iaitu main tenyeh je dari mula sampai akhir.. Kena jahit perlahan-lahan, kena rajin main angkat-angkat tapak jahitan dan kena pandai ejas atau menolak dengan jari.. 


Lepas tu, barulah buat finishing iaitu menyembat dan sebagainya.. 




Dah siap..!!! Senang ke susah..?? Buat dulu, baru tau, okay... Lepas tu barulah boleh pilih samada nak bersungut kata upah menjahit mahal ataupun sebaliknya.. teheeeee.... 



2 Tukang Tembak:

tini said...

Perkongsian yang menarik.. sekali dengan gambar...

Unknown said...

Thanks, stress skang nak beli baju ada jer yang tak berkenan. Teringin nak buat sdiri nnt :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)