Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 9, 2014

Lepaskanlah...!!

Assalamu'alaikum...

Lepaskanlah...!!


Kadang-kadang kita ada cerita sedih yang hendak dikongsikan dengan niat untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.. Namun bila memikirkan bahawa bukan semua hati manusia punya rasa simpati, maka kita tidak jadi untuk meluahkan kesedihan itu.. Apatah lagi di zaman sekarang ini, mencaci lagi mudah daripada mendoakan.. hmmmm....


Ramai yang berkata, mengadulah dengan Allah.. Ya, memang betul.. Itu jalan yang sebaik-baiknya.. Namun sebagai manusia biasa, ada kalanya kita juga memerlukan sekurang-kurangnya seorang yang betul-betul sesuai untuk kita lepaskan rasa.. Bak kata orang, sometimes we need a shoulder to cry on.. 


p/s: Memendam kesedihan seorang diripun tidak bagus juga.. Takut nanti dilanda kemurungan yang berpanjangan.. 


4 Tukang Tembak:

Unknown said...

Memang.. mengadu dengan Allah adalah yang sebaiknya. Namun kadangkala hati manusia ni tak puas, nak juga cari seseorang yang dipercayai untuk bercerita. Selalunya Zarith akan cerita kat ibu =)

Salam perkenalan. Jemput singgah dan follow

http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html

Acik Erna said...

Azz..dah balik asal kotak komen akak ni ha..tak po la azz.tak dapek komen pun..n3 baru pun tak do ni..ado masaalah internet..guno tipun poning kepalo akak.

Cik Iman said...

Mula-mula tu cerita dulu kat Allah, pastu kalau rasa terbeban sangat, pegi la cari kawan kita yang boleh dipercayai, tak berniat nak mengetepikan Allah pun, cuma perlu extra help kan :)

Hanis Amanina said...

kadang2 crying shoulder tu pun penting jugak. boleh jadi Allah ilhamkan jalan penyelesaianNya through kawan kita tu. kalau sy sendiri, kadang2 kawan sy akan cadangkan something yg tak tercapai dek akal sy. InsyAllah, all that things semua dari Allah.

Kalau tak dapat jumpa org yg boleh percayai, hmm, saya akan cuba berjalan kejap, tepi2 sungai ke laut ke. Kalau sy kat sini, sy pergi tempat yg ada nature. Sbb alam pada sy, makhluk yg sentiasa beribadah pd Allah tanpa jemu jugak. Mudah2an lagi senang kita nak sharing ngan Allah :D

wAllahualam :) hihi

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)