Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, June 23, 2011

STAT(U)S..

Assalamualaikum...

Stat(u)s...

Ini adalah stat(u)s untuk blog aku sepanjang aku berblogging iaitu dari tahun 2009-2011. Stat(u)s ni takde la gempak macam blog lain tu dan aku takde la nak jeles dengan stat(u)s dorang. Dah dorang rajin ping sana, pong sini entry dorang. Pastu buat pulak entry yang meletup-letup, konpem la mencanak-canak naik stat(u)s dorang tu, kan... Aku ni pulak jenis pemaleh nak join contest, group or event yang blogger anjurkan, mana mungkin dapat stat(u)s yang tinggi-tinggi ni. Namun, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang masuk kat blog ni kerana anda turut menyumbang ke arah peningkatan stat(u)s blog aku ni.. ♥♥♥ untuk korang... :P

Yang dari Korea tu tentu geng K-Pop... huahuahua...

Sedikit sebanyak tau jugak jenis-jenis browser yang ada. Takde la setakat tau Chrome, Mozilla dan IE je..

Juga jenis OS yang digunakan...

Baru 40 ribu lebih je.. Jadi la daripada takde langsung. Tenkiu berimashh... :P

Ada jugak yang mencari tutorial. Harap-harap dapat la membantu sikit-sikit ya... heee...

Entry mengenai sihir masih menjadi pilihan... huhuhu..

Si A: Status ciput macam ni pun nak tunjuk kat blog ke..? 
Si B: Biar la... kehkehkeh...

p/s: Jujurlah dengan status masing-masing.. =)

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #1: Akupun nak buat jugak.. :-)

Assalamualaikum....

Wordless Wednesday #1: Akupun nak buat jugak.. :-)

Menjadi trend kepada para blogger sekarang ni terutamanya blogger peringkat remaja iaitu mereka akan meletakkan gambar tanpa sebarang definasi atau keterangan terhadap gambar tersebut, dan gambar itu dijadikan entry untuk setiap hari Rabu. Akupun tak faham kenapa hari Rabu yang dipilih sedangkan masih ada lagi hari lain. Mungkin sebab nak serasikan huruf W untuk kedua-dua perkataan tu. Kalau gunakan Wordless Friday/Thursday?Monday dah macam lari sikit la 'kesedapan' menyebut tu. Andaian aku je ni... haha...

So, apa yang korang fikirkan atau bayangkan tatkala melihat gambar kat bawah ni. Aku ada beberapa definasi yang boleh aku tafsirkan melalui gambar ni. Tapi aku nak tengok jugak jawapan dari korang dulu. Itupun kalau ada la yang sudi mengomen.. :P


Aku letakkan gambar dalam dua versi iaitu hitam putih dan berwarna. Silalah gabungkan antara kedua-dua gambar ini dan bagi sedikit pandangan mengenainya..


p/s: Sudi-sudikanlah komen. Apa salahnya berkongsi pendapat, kan.. :-)


UPDATE..

Aku mendefinasikan gambar-gambar ini dalam beberapa bentuk. Antaranya:

1) Gambar hitam putih dan berwarna itu melambangkan warna-warni dalam kehidupan kita.

2) Api itu boleh juga membawa maksud yang tersirat di dalam peribahasa lama. Contohnya seperti api di dalam sekam yang memberi maksud musuh dalam diam. Sedikit demi sedikit api tu memakan daun-daun tu. Api itu adalah musuh, dan daun itu adalah kita.

3) Kecil-kecil menjadi kawan. Bila besar menjadi lawan. Itulah kuasa api yang boleh bertukar sifat jika kita terleka.

4) Asap itu pula boleh melemaskan dan jika terhidu dengan banyak, ianya akan merosakkan saraf otak. 

5) Asap ini juga boleh menghalau nyamuk yang menyebabkan penyakit denggi. Ada juga kebaikan di dalam keburukan asap ni. 

Nota: Terima kasih banyak-banyak atas pendapat semua.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Sayuuuuupppp....

Assalamualaikum...

Sayuuuuupppp....

Selalunya perkataan sayup ni dikaitkan dengan keadaan atau tempat yang tinggi. Ada orang berani dengan tempat tinggi ni samada berani kerana tugas seperti menjadi juruterbang ataupun berani kerana mencari rezeki seperti pencari madu lebah atau pencari petai. Ada juga berani menyayupkan diri berada di puncak gunung kerana minat mendaki. Apapun tujuannya, masing-masing punya alasan tersendiri dan kita kenalah hormat dengan situasi ataupun kerja tersebut.

Namun, jika sayup yang seperti gambar di bawah ni, rasanya takde siapa yang sanggup untuk memanjat dan mengambil hasil yang ada. Sudahnya sampai tua la buah tu kat situ.. Tapi tua-tuapun ada gunanya. Biji dia boleh dibuat benih. Jangan ingat semua yang tua ni takde nilainya ya.. :P

Punya la sayup. Camner la nak panjat.. Teringat pulak kat buku cerita kanak-kanak kisah pokok kacang. Lupa dah nama buku cerita tu.. 

Sikit hari lagi kalau tak dicantas, habis la semua antenna tu kena lilit. Sekarang ni pun gambar tv dah tak clear sangat dah... huhu.. (Piring astro tu jiran sebelah yang punya ya..)

Rumah orkidpun dah jadi tempat dia dah. Yang ni pun tak dapat nak ambil buah dia tu. Sayupp...

Ni adalah pokok kacang botol/botor tanaman mak aku. Dah banyak kali dah cantas pokok ni tapi tak lama lepas tu dia bertunas balik sebab akarnya masih ada. Dulu, rajin jugak mak aku letak kat makcik yang menjual  sayur kat pasar tu. Dapat la jugak sikit side income untuk duit pasar. Sekarang ni dia dah malas dah sebab ada mulut-mulut orang yang bercakap belakang. Mak aku tu bukannya beria sangatpun nak menjual. Dia saja je, just nak suka-suka. Ya la, daripada membazir tak makan, baik jual aje. Nak bagi jiran, dorangpun bukan suka sangat makan kacang botol/botor ni. Aku suka makan buat ulam tapi aku tak boleh makan banyak sebab aku ada gastrik. Makan sikit-sikit tu boleh la.. 

p/s: Tak rugi tanam pokok ni sebab kalau berbuah, memang banyak dapat. So, silalah tanam dalam 4-5 pokok kat tepi pagar rumah korang tu ya.. :)

UPDATE...

Disebabkan ada yang tak kenal rupa kacang botol ni, so aku tempekkan gambar buah kacang tu kat sini.. Dan ni la rupanya kacang tu ya kawan-kawan.. hehe...

Monday, June 20, 2011

Video katak mencuci muka..

Assalamualaikum...

Video katak mencuci muka..

Mungkin dia malu agaknya, tu yang dia cuci muka dia tu... haha... Aku rakam dokumentari ni masa keluar kat TV1 hari tu. Katak ni katanya dari jenis katak monyet. Tak tau la pulak kenapa dinamakan katak monyet. Aku bukannya fokus sangat masa tengok rencana ni.. Sambil buat kerja, jeling-jeling sikit je.. 

Maaf la sebab visual kurang memuaskan.. Faham-faham aje la kalau rakam guna enpon murah ni.. huhu...

p/s; Ooo katak.. Ooo katak... Kenapa engkau panggil hujan..

Sunday, June 19, 2011

Cara buat text header untuk blog...

Assalamualaikum...

Cara buat text header untuk blog...

Ada yang nak tukar text header blog tak? Mana la tau kalau korang dah jemu dengan text header yang sedia ada tu. Kalau ada yang nak mencuba, boleh la jenguk kat sini. Macam-macam jenis tulisan dan reka bentuk yang menunggu untuk di explore. Jangan takut untuk mencuba. Kena la rajin untuk try and error. Kat sini ada beberapa contoh yang sudahpun aku buat dan download.



Ini Logo jenis Textured..

Yang ni jenis Buttons yang menggunakan text Story Book dan font jenis Kelly Anne Gothic. 

Pilih jenis Logo yang nak dicuba...


Ikut je panduan yang ada. Boleh ubah-ubah warna, jenis tulisan dan saiz mengikut kesesuaian header kat template blog korang dan pilih File Format yang sesuai. Lepas tu klik Render Logo..



Lepas tu dia akan keluar macam ni. Dan jika dah puas hati, boleh la klik Download Image tu. 

Tick Have description placed after image untuk mengelakkan tajuk blog bertindih dengan text description..

p/s: Selamat mencuba ya. Kalau tak jadi tu, cuba buat lagi. Ini untuk header yang jenis tulisan je tau. Kalau header yang ada gambar tu akupun tak tau macam mana nak buat... huhu...

Tak malu ke sebut benda tu..?

Assalamualaikum...

Tak malu ke sebut benda tu..?

Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang ni. Bila marah je, mula la nak menyebut benda tu. Malahan, dalam keadaan berguraupun nak jugak sebut benda tu. Apatah lagi kalau melatah, habis semua nak disebut. Okay, tang melatah ni boleh dimaafkan sebab dalam keadaan tanpa sedar..

Kenapa agaknya ehh...? Tak malu ke nak sebut perkataan macam tu..? Apsal tak sebut je benda sendiri. Masing-masingkan ada benda sendiri. So, sebut je la. Buat apa nak sebut benda orang. Pastu, kaum lelaki pulak yang suka sebut benda camni. Tua, muda sama je naik. Memang tabiat agaknya suka menyebut-nyebut benda tu. Ataupun mungkin desperate sangat dengan benda tu. Tu yang dok sebut selalu tu. Dah tu, 'mak' dia punya benda pulak yang disebut-sebut tu. Apa punya mentaliti tah laa..

Bukan nak kata aku tak pernah sebut. Ada masanya tersebut jugak benda tu bila setan menguasai fikiran. Akupun bukannya baik dan aku tak pernahpun kata diri aku baik. Tapi takde la aku nak sebut benda tu secara berleluasa. Aku cuma kurang selesa bila ada orang yang menjadikan benda ni sebagai satu medium untuk melepaskan geram ataupun bergurau. Aku cuma tak faham kenapa benda tu yang sering disebut-sebut. Kenapa dan kenapa. Itu sahaja. Ada yang nak bagi jawapan tak..?

Aku rasa ramai yang faham benda apa yang aku maksudkan. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham atau menjadi seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Kalau tak faham jugak, aku bagi clue sikit apakah benda tu. Benda tu adalah berupa carutan yang ada perkataan 'mak' di hujungnya. 

p/s: Susah nak bagi orang faham. Lagi susah bila ada yang salah faham. Bertambah susah bila kefahaman masing-masing bertentangan dan bercanggah serta lari dari isu / topik / perbincangan / perbahasan. Kita nak suruh orang faham akan diri kita sedangkan kita sendiri tak faham dengan diri kita tu. Dalam versi lain, asyik I je yang nak kena faham dengan sikap dan perangai U tapi U langsung tak pernah nak faham hati I.. sobbss3... Okay, itu dialog yang selalu digunakan dalam drama/filem... :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)