Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #3

With bitbitbit.. 

Gambar dari koleksi sendiri selepas diedit sendiri jugak.. :-)

Alololo.. Tomeinya bitbitbit sesat tu... haha....

p/s: Tergamaknya hati orang yang makan satay bitbitbit ni.. Tak kesian ke tengok bitbitbit yang comel-comel ni.. huhuhu...

Takkan MELAYU hilang di dunia: Itu kata Hang Tuah..

Assalamualaikum..

Takkan MELAYU hilang di dunia: Itu kata Hang Tuah..


Bila melihat situasi sekarang, mungkin tak lama lagi hilanglah bangsa Melayu ni. Sekarang ni pun dah ramai dah orang Melayu yang layu umpama teratai layu di tasik madu. Layu dengan pujuk rayu. Layu dengan kata-kata manis. Layu dengan melihat wajah-wajah cantik atau hensem. Layu sebelum sempat untuk berkembang... huhuhu...

Buku Hikayat Hang Tuah keluaran 1964. Buku ni abang aku yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya ya.. :P


Memang sah Hang Tuah boleh terbang.. hehe...

p/s: Itu je untuk kali ni... :P

Tuesday, July 12, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 2

Assalamualaikum..

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 2

Ingatkan hari Sabtu tu nak lepak-lepak je kat rumah melepaskan lelah sebab esoknya dah nak bergerak pergi kenduri kat Batu Berendam, Melaka. Tup-tup mak aku kata dia nak balik kampung, nak jenguk tanah dia kat situ. Rumah kampung memang dah tak ada dah. Kalau ikutkan hati, aku malas nak ikut sekali. 

Kakak aku kata takpe la kalau aku tak nak ikut sebab dia ada untuk jaga mak. Tapi aku rasa macam tak sedap hati lak sebab aku yang selalu jaga mak ni. So, akupun terpaksalah join dorang balik kampung tu manakala adik-adik aku dengan keluarga masing-masing serta anak-anak kakak aku pergi makan angin kat Port Dickson.. Rugi tak dapat join dorang... huhuhu...

Kat kampung, merata la rumah yang kitorang pergi. Singgah rumah mak cik yang anak sedara dia nak kawen tu tapi takde orang sebab semuanya dah pergi Melaka untuk upacara akad nikah. Lepas tu pergi pulak rumah arwah pakcik aku, jenguk isteri dia yang tinggal sorang-sorang tu.. Kesian dia.. huhu... Lepas tu pulak barulah balik kampung mak aku dan kitorang singgah kat rumah adik ipar mak aku iaitu isteri arwah pak cik aku tapi diapun takde kat rumah. Mujur anak dara dia iaitu sepupu aku ada kat rumah tu. Lepas tu pulak, berjangkit la kunjungan dari rumah ke rumah. Dah macam melawat kawasan lak rasanya... haha..

Borak punya borak, aku tengok jam dah dekat pukul 5 lebih dah. Tak boleh jadi ni. Kena cuit-cuit mak aku ajak dia bergerak sebab aku nak pergi Jaya Jusco lak lepas tu. Kalau nak diikutkan berborak, seminggupun tak habis, ya tak? Ya la, kalau dah masing-masing bukak cerita zaman dulu-dulu, mana nak habisnya.. haha..

Selesai minta diri, kamipun bergerak la menuju ke Jaya Jusco Seremban 2. Aku beli barang yang aku nak beli je. Waktupun dah nak masuk Maghrib dah, mana sempat nak jalan-jalan cuci mata. So, lepas je dapat apa yang aku nak, kitorangpun terus balik ke rumah. Selesailah perjalanan hari tu..

Esoknya seawal pukul 10.30 pagi, kitorang dah bersiap untuk ke Batu Berendam. Konvoi dua buah kereta dari Labu ni manakala abang-abang aku pulak berkonvoi dua buah kereta dari Johor. Aku sertakan sedikit gambar yang aku ambil masa kenduri tu. Biasa la, jurugambarnya malas, camni je la rupa gambar yang ada. Sekadar tangkap muat je.. hehehe...

Ada lak koboi sesat.. hehe..

Kumpulan kompang impot dari kampung.. Caya la...

Bila dah jumpa kaum kerabat, camni la jadinya...

Pasangan pengantin. Persalinan serba biru giteww... Aku ambil gambar ni dari tempat duduk aku je. Biasa la, akukan pemalu nak beria-ia sangat ambil gambar ni.. :P

Bersambung lagi kisah trip-trap grip-grab ni. Belum sampai Johor lagi, camner citer nak habis... hehehe...

p/s: Lauk kenduri semuanya saudara-mara yang masak kat kampung dan dibawa ke Batu Berendam, rumah pak cik aku tu. Dorang sembelih dua ekor kerbau kat kampung jugak. Sedap gulai kerbau yang dorang masak. Nasi beriyanipun sedap jugak. Rugi aku makan sikit je. Sampai sekarang aku dok teringat-ingat gulai kerbau tu.. huhuhu..**Telan air liur...

Monday, July 11, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 1

Assalamualaikum..

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 1
(Siri pengenalan ada di sini..)

Selepas semua barang dimasukkan ke dalam bonet kereta, maka bermulalah pengembaraan kami. Kunci rumah aku tinggalkan kepada kakak ipar. Dalam hati terasa risau jugak nak tinggalkan rumah lama-lama ni, namun tawakkal aje la. Mudah-mudahan semuanya selamat..

Perjalanan berjalan lancar. Kami berhenti di Bentong sekejap atas dua sebab. Pertama, abang aku nak masukkan duit kat Maybank dan yang kedua, anak buah aku nak beli KFC la pulak. Masa ni belum timbul lagi isu video hangit tentang ayam KFC tu. Ingatkan sekejap je kat Bentong ni, rupa-rupanya lama jugak sangkut kat sini. Ni semua gara-gara abang aku tu la. Dia kata nak masukkan duit tapi boleh pulak dia lupa nak bawa enpon dia sekali sebab nombor akaun semua dia simpan dalam enpon tu. Patut la masa anak sedara aku call dia, keluar bunyi enpon tu kat dalam kereta. Tak pasal-pasal kena ngok dengan aku.. haha.. Tu la, lain kali jangan dok kalut sangat naaa... :)

Selesai urusan kat sini, kamipun teruskan kembali perjalanan. Anak sedara aku kata dia nak makan KFC tu kat Hutan Lipur Lentang kat tepi highway tu. Memandangkan tak lama lepas tu waktu Asarpun masuk, maka aku suruh dia berhenti kat masjid Lipur Lentang kat atas bukit tu. Lepas langsaikan 'hutang' tu, barulah kitorang turun balik dan terus masuk kat kawasan rehat tu.

Suasana kat dalam kawasan rehat ni agak gelap. Maklum la, waktu tu dah pukul 5.30 petang. Gerunpun ada jugak. Kami masuk dan parking kat kawasan yang dekat dengan kedai-kedai tu. Rasa macam selamat sikit kat situ. Dah lama aku tak jengah kawasan ni. Kali terakhir aku pergi masa arwah abah aku ada lagi. Sekarang ni arwah abah aku dah 20 tahun pergi. Maknanya dah 20 tahun aku tak jejak kat situ walaupun acapkali lalu-lalang tatkala nak balik kampung. Dah banyak yang berubah dan nampak seakan teratur dan tersusun serta bersih suasana di sini..

Ni kerja anak sedara aku. Dia letakkan cebisan tulang KFC tu kat situ. Abang aku suruh aku ambil dan buang kat dalam tong sampah tapi aku kata, biar la kerengga tu makan. Bukankah berbuat baik dengan makhluk Allah itu sesuatu yang dituntut.. Kerenggapun nak jugak makan KFC.. :)

Mak aku yang keletihan.. Maklum la, mak aku bukannya muda lagi macam mak korang... :)

Mak aku belek-belek twister KFC pastu dia kata, masinnnnn... Then, akupun rasa sikit.. Ishhh, memang masin sangat la twister ni.. Boleh dapat darah tinggi kalau selalu makan.. :P

Lepas makan ala kadar tu, kamipun menyusur keluar dan meneruskan perjalanan ke rumah kakak. Lebih kurang pukul 7.30 malam baru kami sampai. Masa ni kakak aku belum sampai lagi sebab diapun bergerak dari rumah cari makan dia kat Keratong. Rumah yang kat Labu tu rumah dia sendiri.. Tak lama lepas tu baru dia sampai.. Dan selepas tu adik-adik aku dengan keluarga masing-masingpun sampai. Biasa la, kalau mak aku ada kat rumah tu, mesti dia akan suruh anak-anak yang lain datang sekali. Meriah gittew... :-)

Tak lama lepas tu akupun tidur la.. Bersambung lagi.. =))

p/s: Bila la nak abeh cerita trip-trap grip-grab ni.. Penat la nak mengarang... Adehh.. hahaha...

Sunday, July 10, 2011

Bersih itu adalah..

Assalamualaikum....

Bersih itu adalah..

Bersih di mata..
Bersih juga di hati..
Bersih dijiwa..
Bersih juga diminda..

Bila sudah bersih..
Secara tak langsung terpacul la ungkapan Alhamdulillah..
Bila sudah bersih..
Hati tenang, jiwa tenteram, minda tidak berserabut..

Syukur di atas kebersihan yang mendamaikan ini..

Tiada kesesakan. Lancar je pergerakan... :)

Pemandangan yang mendamaikan... 

Terbentang luas persekitaran yang bersih. Tiada longgokan sampah di kaki lima jalan...

Bukan lori kepunyaan Bersih... :P

Perkampungan yang bersih dan mendamaikan. Siap ada efek kabus lagi tu..

Aman dan tenang.. Alhamdulillah...

p/s: Sila bersihkan tandas masing-masing ya... Takmo la ada tanda-tanda kuning tu..  :D

Friday, July 8, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Episod Pengenalan..

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Episod Pengenalan..
(Kisah pada hari sebelum bercuti panjang)

Dua hari sebelum bercuti panjang hari tu (Rabu), seorang jiran datang ke rumah dan berjumpa dengan aku (bagi pihak mak). Mak cik tu bagitau yang dia nak sembelih sekor lembu untuk buat kenduri aqiqah cucu dia. Dia kata, sembelih lembu tu kat sini tapi lepas tu semuanya akan dibawa ke Kelang sebab kenduri tu dia buat kat kampung dia. 

Tujuan dia datang tu sebab nak tanya aku samada nak ataupun tidak perut lembu tu. Kalau aku tak nak, dia nak tanam je kat ladang tempat penyembelihan tu berlangsung sebab dia tak sempat nak cuci perut-perut tu semua. So, akupun bagilah kata putus yang aku nak sebab mak akupun memang suka makan perut lembu ni. Dan makcik tu bagilah penerangan pasal ni sebab masa hari penyerahan tu nanti dia takde kat sini. Cuma suami dia yang uruskan semua...

Maka, pada pagi Jumaat tu abang akupun pergilah ke rumah mak cik tu untuk mengambil perut-perut lembu yang masih lagi berbau busuk tu. Suami dia dah siap masukkan semua perut tu ke dalam tong seperti yang diberitahu oleh makcik tu sebelumnya.

Lantas, bermulalah kerja aku membersihkan perut-perut lembu ni. Bermula dari mencuci perut yang tebal tu, dan kemudian sapukan kapur sirih ke atasnya dengan tujuan untuk melembutkan kulit tu dan senang untuk mengikisnya nanti. Lepas tu cuci pulak perut yang macam kitab tu, yang kena selak selai demi selai tu la. Alaa, yang bulat-bulat macam bola tu, pastu di belah dua. Haaa, yang tu laa yang leceh sikit nak kerjakan. Kalau tak biasa buat, mau tertidur dibuatnya... hehehe. Tapi aku dah biasa buat dah semua ni. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan aku? Tak kan mak aku kot... 

Kalau dulu, macam susah je nak cuci kitab tu. Tapi kali ni mudah sangat. Ada orang kata kalau nak cuci kitab ni kena cuci kat sungai, baru senang kerja tu. Tak payah haiihh nak pergi cari sungai bagai. Meh aku ajar caranya. Mudah dan cepat.. hehehe...

Aku dapat satu idea iaitu aku menggunakan tingkat besi/jaring yang ada kat dalam oven untuk bakar kuih tu. Aku amek besi tu dan letakkan kat atas longkang. Longkang aku takde penutup besi. Kalau longkang tu ada penutup besi yang berlubang-lubang, tak perlulah gunakan jaring ni. Pastu aku letakkan kitab tadi kat atas besi tu dan selak selai demi selai kitab tu sambil pancutkan dengan air paip dari getah. Secara tak langsung, benda yang nak dibuang tu akan jatuh ke dalam longkang melalui lubang besi tu tadi. Senang je kan.. Kalau letak kitab tu atas simen macam yang selalu aku buat dulu, konpem lambat siap kerja pembersihan tu sebab bahan kotoran tu akan melekat semula.

Bila dah setel semua kerja, kena celur sekejap perut-perut tadi. Mana boleh main simpan je kat dalam freezer. Nanti satu peti sejuk berbau busuk. Mak akupun sempat lagi masak sedikit perut tu dengan rebung untuk dibawa ke rumah kakak. Kiranya gulai tu masih lagi panas masa kami bertolak selepas anak buah aku yang merangkap driver balik dari solat Jumaat. 

Dan selepas itu, bermulalah pengembaraan trip-trap grip-grab... Bersambung...

p/s: Jiran aku tu asal sembelih lembu je, mesti bagi kat kitorang perut-perut lembu tu sebab dorang malas nak bersihkan. Pastu nanti, mak aku bagi la semangkuk gulai perut tu kat dia... Orang berbudi, kita berbahasa.. Orang memberi, kita merasa.. Tenkiu jiran... :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)