Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 22, 2012

Kebaikan dan keburukan widget bloglist...

Assalamualaikum...

Kebaikan dan keburukan widget bloglist...

As a blogger, kita memang suka letakkan widget bloglist kat sidebar blog kita... Tak kira la sidebar kiri ataupun kanan. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita melihat jika ada entry terkini daripada kawan-kawan blogger kita.. Ini salah satu kebaikan widget bloglist yang disediakan..

Contoh widget bloglist kat blog aku ni... 
Blog sendiripun masuk dalam list jugak tu.. ahakk...


Ada juga blogger yang sanggup buat satu blog khas semata-mata untuk letakkan bloglist sahaja... Akupun ada jugak buat blog untuk bloglist ni tapi aku sendiri jarang masuk situ.. Tak tau la apa motif aku buat blog untuk bloglist tu.. Tengok orang buat, akupun ikut buat jugak... ahakkk... Mungkin sebab aku dah gunakan widget bloglist kat blog aku sekarang kot, tu yang aku tak masuk kat blog bloglist tu.. ehehh...

Keburukan widget bloglist ni ialah kadang-kadang ada di antara blog yang ada dalam widget bloglist tu menggunakan terlalu banyak gadget atau widget samada banner iklan, gambar yang gerak-gerak tu *entah apa ke nama dia dan sebagainya yang mungkin mengundang kehadiran virus malware.. Jika blog tersebut didapati menjadi host malware tu, secara tak langsung, blog kita akan turut mendapat tempiasnya walaupun blog kita takde letak segala gadjet atau widget tadi..

Jadi, cara untuk buang malware ni pada aku senang je asalkan kita jumpa dari mana puncanya.. Macam yang berlaku kat blog aku beberapa minggu lalu, ada malware tapi ianya berpunca daripada gambar gif yang aku gunakan, yang aku ambil dari photobucket.. Masa tu, terkial-kial jugak la aku nak buang sebab aku sendiri tak pasti gambar yang mana satu yang bermasalah.. Memandangkan blog aku ni tak banyak gunakan gambar daripada photobucket, iaitu cuma dua je, so, aku tumpu kat situ je la.. 

Sebenarnya lagi mudah untuk buang malware jika ianya berpunca daripada link yang ada dalam widget bloglist kita.. Kita just remove je link blog tu untuk sementara waktu.. Yang agak susah ialah jika ianya berpunca daripada blog kita sendiri.. Terkial-kial mencari punca.. Habis semua gadget kena remove satu persatu untuk mencari punca kehadiran malware tadi..

p/s: Kesimpulannya, lagi banyak gadget atau widget yang digunakan, lagi besar peluang untuk virus malware tu bergerak.. Pengalaman aku la, kan.. Pengalaman orang lain tu aku tak tau la pulak.. ehehh..

Friday, December 21, 2012

Sebal sungguh rasa di hati...

Assalamualaikum....

Sebal sungguh rasa di hati...

Pagi-pagi datang bertandang rumah orang. lepas tu mengadu macam-macam...
Cerita punya cerita, lama-lama melarat jadi mengumpat lak..
Tak boleh tunggu petang sikit ke nak buat aktiviti sokseksoksek tu...
Sabar je laa...

Kadang-kadang naik jemu nak dengar... Dok pi dok mai asyik cerita yang sama je... Baik duduk dalam bilik, buat hal sendiri.... On tv, kuatkan volume walaupun hakikatnya bukan nak tengok sangat tv tu... Cuma malas nak dengar orang dok potpetpotpet... Buat-buat tidur lagi bagus dari melayan cerita yang bukan bukan ni... Sebalnya la haiihh...

Ni yang rasa nak beli novel lagi ni... Ada novel yang best lagi tak...? Tapi aku kurang suka novel yang banyak sangat penerangan sampai dua tiga muka surat penuh dengan perenggan berkaitan penerangan je.. Baik baca buku sejarah je..

Kalau novel, mesti kena seimbangkan antara dialog dan penerangan.. Mesti ada banyak komunikasi... Dalam dialog tu pun boleh selitkan sikit penerangan.. Tak perlu nak buat perenggan panjang-panjang.. Buat pendek-pendek tapi kerap.. 


p/s: Sebal jugak bila terbeli novel yang tak kena dengan selera ni.... Baca sinopsis macam best je... Bila selak kat dalam, hmmmmmmm je laa.... Apo nak dikato.... 

Comolot..

Assalamualaikum...

Comolot..

Hari tu, ternampak perkataan comolot ni lalu kat timeline fb aku... Lantas, tanpa ada rasa bersalah, tanpa segan silu, terus aku bertanya kepada orang yang letak status tu... Bimbang jika pertanyaan disalah-ertikan, aku bertanya dengan ayat yang sewajarnya. Kiranya bertanya dengan sopan gitu.. ehehh...


Boleh tanya, comolot tu apa...?


Selama ni aku memang tak tau apa maksud comolot tu... Selalu je nampak kat mana-mana, baik kat blog, kat fb ataupun kat twitter... Pada awalnya, aku takde la nak ambil kisah sangat dengan perkataan ni... Pada aku, mungkin ini bahasa shortcut budak-budak zaman sekarang... Budak alaf baru ni kan suka yang ringkas-ringkas je... ehehh..

Namun, entah macam mana, hari tu tergerak pulak aku nak bertanya. Ya la kan, dah selalu sangat nampak perkataan tu tapi tak tau apa maksud dia, kena la bertanya.. Sekurang-kurangnya takde la timbul rasa tertanya-tanya sepanjang masa.. Dan jawapan yang aku terima ialah... Gullpppp...!!! Comolot itu adalah shortcut daripada........


cium mulut ke mulut.


Terus terkedu aku dibuatnya... Menyesal pulak bertanya.. Malu sekejap sebab berani bertanya.. Tapi bila difikirkan semula, kenapa pulak nak malu.. Bukannya aku buat benda tu.. Aku just bertanya je.. At least, lepas ni takde la aku terpinga-pinga atau terpisat-pisat bila nampak perkataan comolot tu lagi.. Secara automatik dah tau dah.. 


Haippp...!! Kecik-kecik lagi dah pandai comolot... Errkkk.....!!! 


Lagi satu, jomblo tu apa pulak maksud dia..? Bersepah aku nampak perkataan ni digunakan... Malas pulak aku nak menggugel... Ada sesiapa yang nak tolong explain..? 

p/s: Banyak betul perkataan baru yang aku tak tau ni... Manjang ketinggalan LRT je... ehehh...

Thursday, December 20, 2012

All time history..

Assalamualaikum...

All time history..

Cantik nombor kat gambar ni... 
Nak bagitau itu je...
Hehehe...


Blog tak pemes macam ni memang sikit je la dia punya pageviews walaupun dah ujud sejak tahun 2009 lagi.. Ada sesetengah blog tu baru je setengah tahun umur dia tapi dah meletop-letop dah dengan pelbagai cerita.. 

Tahniah la untuk mereka yang gigih mencari idea untuk menambat hati pelawat datang bertandang kat blog mereka.. Aku..?? Banyak malas dari rajin... kehkehkeh... Nak cari idea buat entry yang meletop-letop memang aku failed... ehehh...


p/s: Tak pemespun tak apa.. Lagi aku suka... Rimas la kalau orang kenal ni.... heeeeeeeeeee..... 

Wednesday, December 19, 2012

Kesayangan... :)

Assalamualaikum...

Kesayangan... :)

Kalau dah namanya kesayangan, jangan harap la aku nak bagi orang pinjam... Kalau boleh, sentuhpun aku tak bagi.. ehehh... Yang tak masuk kategori kesayanganpun aku berat hati nak bagi pinjam, apa lagi bila dah masuk dalam kategori kesayangan ni... 




Ya, mungkin ada yang akan kata aku ni spesis kedekut, berkira sangat.. Buku je punnnn...., kannn...
Whatever la nak kata apapun haiihh... Suka hati ko la labuu...

Susah aku nak kumpul duit, nak dapatkan apa yang terbaik di antara terbaik ni... Sejak kecil aku memang suka membaca... Namun disebabkan zaman kanak-kanak aku dulu, zaman remaja aku tu bukan macam zaman budak-budak sekarang yang mewah segala-galanya, aku tak mampu.. Jangankan nak beli buku cerita, nak belanja kat sekolahpun tak cukup bajet.. Disebabkan itulah yang buat aku sayang dan hargai setiap apa yang aku ada sekarang ini... Syukur alhamdulillah kerana berpeluang memiliki.. Dan sewajarnya harus menyayangi apa yang dimiliki itu..

Mahal atau murah bukan ukuran.. Asalkan benda yang dibeli tu melibatkan duit, memang aku sayang sangat.. Kalau orang yang bagi, lagi la aku sayang.. Berganda-ganda sayang aku tu... ehehh.. Lain la kalau benda tu dibeli dengan menggunakan daun rambutan.. Takde la aku nak kisah sangat... kehkehkeh....


p/s: Mas kawen mahal.. Hantaran lagi la berganda-ganda mahalnya.. Majlis kawen lagi la mahal.. Namun di mana sayangnya jika semua itu cuma seketika saja... Sekejap je sudah berantakan.. Kesian sangat pada mereka yang punya takdir sebegini.. Bertabah la ya... 

Tuesday, December 18, 2012

Sempadan....

Assalamualaikum...

Sempadan....

Kadang-kadang kita pernah melakukan dua perkara ini tanpa sempadan iaitu:

Benda serius kita buat lawak...
Benda lawak kita ambil serius...
Yang pasti, kedua-dua situasi ini banyak mengundang kontroversi...

Dan ada kalanya kita seperti tidak tahu atau keliru samada benda itu serius ataupun lawak... 
So, untuk situasi macam ni, better senyum je la.. 
Ontok-ontok sudah... ehehh...

Dulu, akupun macam tu jugak...
Main redah je tanpa berfikir panjang...
Benda serius ke, benda lawak ke, main pukul rata je..
Main redah je sempadan orang tanpa salam...
Mungkin masa tu tahap kebodohan masih lagi tinggi... ehehh...

Cuma sekarang ni aku sudah boleh buat sempadan sendiri...
Sudah boleh mengawal emosi...
Mungkin dah cerdik sikit kot... hahaha... 
*gelak la... gelak laa... huhuhu...

Bak kata orang, pengalaman mematangkan fikiran...
Itupun kalau nak matang la kan... kehkehkeh...
Kalau tak nak matang jugak, malang la jawabnya... uhukkk...

p/s: Jaga saja sempadan sendiri.. Jangan sampai menceroboh masuk sempadan orang lain dah la... 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)