Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 31, 2012

Suka-suki ko je nak rembat, kan...

Assalamualaikum...

Suka-suki ko je nak rembat, kan...

Aku kurang berkenan dengan spesis manusia yang suka-suki je main rembat harta-benda orang lain.. Tak kiralah siapa orang tu, even adik-beradik sekalipun, apatah lagi kaum kerabat yang bau-bau kentut pertalian saudaranya, kenalah hormatkan harta-benda kita.. Dan kitapun kenalah hormatkan harta-benda dorang jugak.. Jangan pulak kita nak orang lain jaga barang kita tapi barang dorang kita main kuis-kuis, sepak macam tu je.. Memang tunggu masa nak kena basuh je la... 

Aku kalau bab harta-benda yang aku beli ni, memang aku jaga betul-betul.. Macam yang selalu aku bagitau, semua benda tu aku beli dengan duit dan duit tu bukannya turun macam tu je dari langit.. Asal tadah tangan je, duit tu turun dan melekat tepat kat tapak tangan.. Kalau macam tu, aku takde la nak kisahpun.. Berapa kali ko nak jahanamkan harta-benda akupun tak apa.. Sesaat lepas tu aku boleh tadah tangan.. Pastu turunlah duit kertas berkepok-kepok dari langit.. Ingat ni drama fantasi ke apa duit turun dari langit...? Fikirlah sikit baii... ehehh...

Kalau dalam keluarga aku, dorang dah boleh faham pe'el aku tang harta-benda aku ni.. Memang aku dah siap sound direct, kalau nak guna barang aku, pastikan jaga betul-betul.. Kalau rasa diri tu tak boleh nak jaga, jangan harap la aku nak bagi pinjam atau guna.. Sebab tu akupun tak suka nak guna barang dorang walapun dorang selalu tukar-tukar gadget yang terkini.. Nak pegangpun aku tak sio, apatah lagi nak guna.. :P

Kalau nak gunapun, aku akan pastikan tuanpunya barang tu ada sekali dengan aku.. So, nanti apa-apa hal yang aku tak tau, aku boleh rujuk kat dia.. Tidak la aku main terjah je.. Buatnya tersilap terjah, harus jahanam harta orang.. Contohnya kamera  mahal dorang tu.. Tak mampu den nak ganti kalau rosak.. huhuhu.. Kalau dah rosak, nanti akan menyebabkan bermasam muka.. Kan tak seronok macam tu... 

Kecuali novel-novel kakak aku, memang aku baca, tapi cuma baca kat rumah dia je la.. Takde pulak aku nak rembat bawak balik ke rumah aku ni.. Entah, rasa macam tak selesa je nak pegang atau simpan harta orang lama-lama... Sebab tu, sebolehnya aku cuba untuk sediakan bajet sendiri untuk beli novel terkini dan terdahulu.. Kadang-kadang bila dah tak cukup bajet tu, mintak la jugak kat mak aku untuk cover.. Bukannya banyakpun, sikit je... Sesekali, apa salahnya, ya tak... ehehh..

Harta-benda aku bukannya banyak manapun.. Cuma mesin jahit, koleksi novel/buku, handphone, laptop dan peralatan memasak aku.. Itu je pun... Oh ya, lagi satu, rumah yang aku duduk ni, sebab duit, masa dan tenaga aku banyak aku habiskan untuk rumah ni walaupun aku cuma sumbang sikit je dari segi kewangan tu.. Okay la tu daripada orang lain yang tak berapa nak menyumbang, kannnn, ehehh... So, pandai-pandai la jaga rumah ni.. 

Kalau orang tu jenis rajin mengemas, buat la rumah tu macam rumah sendiri tapi kalau orang tu jenis pemalas dan pengotor tahap tikus mondok, buat la rumah tu macam rumah orang lain.. Jangan buat macam rumah sendiri, nanti habis jahanam rumah tu... kehkehkeh...

Manusia yang suka-suki main rembat je barang orang ni memang la jenis takde kesedaran sivik.. Elok duduk dalam hutan je, kawan dengan berok.. hohoho.. Termasuk la mereka yang suka rembat selipar orang kat masjid tu.. Si A rembat selipar si B, pastu si B pulak rembat selipar si C.. Begitulah seterusnya... huhuhu...

p/s: Dan termasuk juga orang yang rembat pampers anak buah aku masa mandi kat bilik air kat Port Dickson hari tu.. Giler, pampers-pun ko nak sapu.. Sekejapan je dah lesap... Mujurlah ada bawak pampers extra.. Buatnya takde, mau kembang masuk angin bontot budak kecik tu... Akai takdak kaaa...?

Sunday, December 30, 2012

Kau dipaksa, aku terpaksa... Salah siapa...?

Assalamualaikum...

Kau dipaksa, aku terpaksa... Salah siapa...?

Hati siapakah mampu, menahan rasa terkilan...
Setelah percintaan dihujani halangan...
Sia-sialah aku, berkorban selama ini...
Andai dirimu tak mampu aku miliki...

Pernah juaku terluka, dihiris belati tajam...
Walaupun rasa pedih, masih mampuku menahan...
Tapi kini aku luka, erti luka perasaan...
Walaupun tak berdarah, bisa buat aku gundah...

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini namun tak memberi erti...
Jurang pemisah di antara kita makin hampir ketara...

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu...
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan...
Engkau hanya bisu melihat aku...
Yang bermatian seorang menepis hinaan...

Oh kasih...
Andai ini kesudahan...
Impianku tiada lagi walau kita saling sayang...
Terpaksa ku undur diri agar tiada pihak terluka kerna kita...

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu...
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan...
Engkau hanya bisu melihat aku...
Yang bermatian seorang menepis hinaan...

Oh kasih...
Andai ini kesudahan...
Impianku tiada lagi walau kita saling sayang...
Terpaksa ku undur diri agar tiada pihak terluka kerna kita...

Kau dipaksa lupakan aku, dengan rela kau menurut...
Ku terpaksa lepaskanmu walau sayangku bertaut...





Okay, itu bab lirik lagu...
Yang ni lak bab salah ejaan ataupun typo...
Kat mana-manapun boleh jumpa typo error ni, ya tak..?
Termasuk la masa layan lagu ni tadi haa...
Tiba-tiba je terpandang ejaan yang salah tu...
Maklum la, mata ni entah macam mana boleh jadi terang pulak padahal punya la mengantuk... ehehh...

Sejak bila ejaan KLICK jadi KILCK...???
Dan sejak bila ejaan CLICK jadi KLICK...???
Kalau nak di-Melayu-kan, selalunya dieja sebagai KLIK...
Tak gitu..??
Salah siapa...??




p/s: Jawapan yang selalu kita dapat bila menegur kesalahan atau kesilapan ialah: Biasa la tu... Mana ada yang sempurna... Kadang-kadang akupun jawab macam tu jugak.. ehehh...

Friday, December 28, 2012

Masih di sini...

Assalamualaikum...

Masih di sini...

Aku masih lagi berada di sini, di rumah kakak kat Nilai sejak hari Isnin hari tu..
Plan nak balik hari Jumaat, tapi kakak aku cakap, balik la hari Sabtu sebab dia cuti sampai hari Ahad..
So, hari ni aku plan nak pergi Jaya Jusco Seremban 2, nak masuk kedai buku nak cari novel...
Dengar cerita ada diskaun..
Kalau tak lepas nak pergi jugak, siap la abang aku kena basuh...
Sepatutnya petang tadi aku dengan sorang anak buah tu pergi JJS2 tu...

Sementara masih di sini, ingatkan nak baca novel lagi..
Tapi satu novelpun tak berjaya aku buka dan baca..
Banyak sangat hal nak buat... huhuhu..
Penat ke PD pun tak hilang lagi walaupun aku tak mandi..
Aku cuma jadi tukang ambil gambar dan tukang jaga 3 orang anak buah yang kecil-kecil tu...
Biasa la, orang tua macam aku ni memang mudah letih.. ehehh..


Siapa kata pantai Port Dickson tak cantik...? Kalau semua jaga kebersihan alam sekitar dan jaga tingkahlaku masa kat sini, semuanya automatik akan jadi cantik.. :)


p/s: Baju sekolah anak sorang kastemer akupun tak berjahit lagi ni... Nasib baik baju tu semua dah siap potong dan jahit tepi.. Tinggal nak merempit dengan Mr. S aku tu je.. Harap-harap bekalan letrik tak meragam bila aku balik rumah nanti... Cuak gak ni tapi kena la cool selalu, kan... hahahah...

Monday, December 24, 2012

Awak.....

Assalamualaikum...

Awak.....

Saya tau awak dah jumpa blog saya ini...
Saya tau kadang-kadang awak baca entry yang saya kongsikan kat sini...
Awak jangan ingat saya tak tau aktiviti awak tu.. :)

Awak....
Saya sebenarnya tak kisahpun jika awak baca apa yang saya repekkan kat sini...
Kalau saya kisah, dah lama dah saya private-kan blog saya ni...
Tapi saya tak nak la buat macam tu...
Tujuan saya hanya ingin berkongsi cerita suka duka dengan pembaca...
Cuma setakat itu je...

Cuma, kadang-kadang lain yang saya sampaikan, lain pula yang mereka fahamkan...
Dan sebenarnya, itu yang merisaukan saya...
Bimbang ianya bertukar menjadi salah faham...

Awak....
Sayapun tau awak juga ada blog dan website awak sendiri...
Sayapun pernah jugak termasuk kat blog awak tu...
Tapi cuma setakat itu je la iaitu sekadar baca sahaja...
Takde la pula sampai saya mencanangkan apa yang ada kat blog awak tu pada semua orang kampung...

"Ehh, aku dah jumpa blog kawan kita tu la.. Tak sangka betul dengan dia tu..."
Pelis la awak.... Pelis sangat-sangat jangan guna ayat macam tu...

Awak...
Pesanan saya cuma satu je...
Awak tak perlulah nak bagitau semua kawan-kawan kita atau semua saudara-mara saya pasal blog saya ni...
Tak payah la awak nak bersusah-payah menjadi wartawan bebas tanpa gaji...
Membazir masa awak je, awak tau tak...

Awak...
Saya hormati awak sebagai kawan saya...
Dan saya juga harap awak hormati saya sebagaimana saya hormatkan awak...
Hormat bukan sekadar menundukkan kepala bila berjumpa..
Bukan jugak sekadar berjabat tangan tatkala bersua...
Hormat itu luas pengertiannya...
Sangat subjektif sepertimana subjektifnya perkataan cinta dan cantik itu...

Awak...
Ini hanyalah sekadar pesanan dari saya...
Saya tidak memaksa awak untuk menuruti apa yang saya mahukan...
Cuma, saya harap awak tidak terlebih sudu dari kuah dalam memberikan info...
Jika awak tersilap cerita, boleh jadi satu fitnah...
Awak tau kan apa hukumnya jika sudah memfitnah itu...

Awak...
Maafkan saya andainya saya tersilap, khilaf dalam setiap bicara dan perbuatan saya...
Cuma satu je yang saya pohon, sudah-sudah la bercerita pasal saya...
Saya tak suka dijadikan tajuk utama...
Biarlah orang lain sahaja yang menjadi topik perbincangan awak itu...

 Awak...
Sudah sekian lama saya tidak bermain dengan kata-kata....
Sudah agak kaku untuk saya mencoret rasa...
Dan saya andaikan bahawa pesanan ini hanyalah sekadar satu puisi dari saya...

Terima kasih awak, atas kesudian awak memahami jiwa saya, naluri saya, juga ilusi saya... 


p/s: Geli pulak baca karya sendiri... kehkehkeh...

Saturday, December 22, 2012

Kebaikan dan keburukan widget bloglist...

Assalamualaikum...

Kebaikan dan keburukan widget bloglist...

As a blogger, kita memang suka letakkan widget bloglist kat sidebar blog kita... Tak kira la sidebar kiri ataupun kanan. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita melihat jika ada entry terkini daripada kawan-kawan blogger kita.. Ini salah satu kebaikan widget bloglist yang disediakan..

Contoh widget bloglist kat blog aku ni... 
Blog sendiripun masuk dalam list jugak tu.. ahakk...


Ada juga blogger yang sanggup buat satu blog khas semata-mata untuk letakkan bloglist sahaja... Akupun ada jugak buat blog untuk bloglist ni tapi aku sendiri jarang masuk situ.. Tak tau la apa motif aku buat blog untuk bloglist tu.. Tengok orang buat, akupun ikut buat jugak... ahakkk... Mungkin sebab aku dah gunakan widget bloglist kat blog aku sekarang kot, tu yang aku tak masuk kat blog bloglist tu.. ehehh...

Keburukan widget bloglist ni ialah kadang-kadang ada di antara blog yang ada dalam widget bloglist tu menggunakan terlalu banyak gadget atau widget samada banner iklan, gambar yang gerak-gerak tu *entah apa ke nama dia dan sebagainya yang mungkin mengundang kehadiran virus malware.. Jika blog tersebut didapati menjadi host malware tu, secara tak langsung, blog kita akan turut mendapat tempiasnya walaupun blog kita takde letak segala gadjet atau widget tadi..

Jadi, cara untuk buang malware ni pada aku senang je asalkan kita jumpa dari mana puncanya.. Macam yang berlaku kat blog aku beberapa minggu lalu, ada malware tapi ianya berpunca daripada gambar gif yang aku gunakan, yang aku ambil dari photobucket.. Masa tu, terkial-kial jugak la aku nak buang sebab aku sendiri tak pasti gambar yang mana satu yang bermasalah.. Memandangkan blog aku ni tak banyak gunakan gambar daripada photobucket, iaitu cuma dua je, so, aku tumpu kat situ je la.. 

Sebenarnya lagi mudah untuk buang malware jika ianya berpunca daripada link yang ada dalam widget bloglist kita.. Kita just remove je link blog tu untuk sementara waktu.. Yang agak susah ialah jika ianya berpunca daripada blog kita sendiri.. Terkial-kial mencari punca.. Habis semua gadget kena remove satu persatu untuk mencari punca kehadiran malware tadi..

p/s: Kesimpulannya, lagi banyak gadget atau widget yang digunakan, lagi besar peluang untuk virus malware tu bergerak.. Pengalaman aku la, kan.. Pengalaman orang lain tu aku tak tau la pulak.. ehehh..

Friday, December 21, 2012

Sebal sungguh rasa di hati...

Assalamualaikum....

Sebal sungguh rasa di hati...

Pagi-pagi datang bertandang rumah orang. lepas tu mengadu macam-macam...
Cerita punya cerita, lama-lama melarat jadi mengumpat lak..
Tak boleh tunggu petang sikit ke nak buat aktiviti sokseksoksek tu...
Sabar je laa...

Kadang-kadang naik jemu nak dengar... Dok pi dok mai asyik cerita yang sama je... Baik duduk dalam bilik, buat hal sendiri.... On tv, kuatkan volume walaupun hakikatnya bukan nak tengok sangat tv tu... Cuma malas nak dengar orang dok potpetpotpet... Buat-buat tidur lagi bagus dari melayan cerita yang bukan bukan ni... Sebalnya la haiihh...

Ni yang rasa nak beli novel lagi ni... Ada novel yang best lagi tak...? Tapi aku kurang suka novel yang banyak sangat penerangan sampai dua tiga muka surat penuh dengan perenggan berkaitan penerangan je.. Baik baca buku sejarah je..

Kalau novel, mesti kena seimbangkan antara dialog dan penerangan.. Mesti ada banyak komunikasi... Dalam dialog tu pun boleh selitkan sikit penerangan.. Tak perlu nak buat perenggan panjang-panjang.. Buat pendek-pendek tapi kerap.. 


p/s: Sebal jugak bila terbeli novel yang tak kena dengan selera ni.... Baca sinopsis macam best je... Bila selak kat dalam, hmmmmmmm je laa.... Apo nak dikato.... 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)